3 Aug 2021

Resepi Udang Masak Kicap Pekat

 Assalamualaikum Readers


Resepi Udang Masak Kicap Pekat | Semenjak kerja ni nak update blog pun tak sempat. Serius! Nak taip pun malas tapi gagah jugak. Ini antara menu yang mudah nak masak boleh gantikan dengan ayam.





Kalau kuah tak pedas memang rasa tak sedap. Antara menu kesukaan hubby sebab boleh makan nasi macam nasj kandar. Duduk rumah boleh cuba masak nanti.   





Bahanr-bahan :


10 ekor udang besar

3 ulas bawang putih & merah (ditumbuk)

Setengah inci halia (ditumbuk)

3 sudu cili boh

2 sudu sos cili

3 sudu sos tiram

2 sudu kicap manis

Garam & gula secukupnya


Caranya :


1. Tumis bawang dan halia sehingga wangi.


2. Masukkan cili boh, masak sehingga pecah minyak


3. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap manis.


4. Masukkan gula dan garam, akhir sekali masukkan udang & bawang besar (hiasan). Siap untuk dihidangkan.


12 comments:

  1. boleh dicuba..tak pernah lg guna udang..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try lagi udang masak kicap. Boleh cuba nanti ni.

    ReplyDelete
  3. Ada balance kuah tu boleh buat mee goreng pulak😋💕

    ReplyDelete
  4. sedapnya. nak try lah. tapi rumah takde stok udang. Guna telur goreng pun rasanya sodap

    ReplyDelete
  5. sedapnya menu ni. Jarang lah nasi kandar ada letak udang haha

    ReplyDelete
  6. Udang tak pernah terfikir nak buat masak kicap. Asyik sambal ngan masak lemak je. Boleh lah try.

    ReplyDelete
  7. nasib la cik nor tak makan udang
    tp en suami memang feberet dia

    ReplyDelete
  8. Sedapnya lauk udang masak kicap. Betul betul pekat kuahnya.

    ReplyDelete
  9. Nampak menarik . CCL jarang masak udang kicap ni . Selalu buat udang goreng kunyit , x pun udang masak pedas manik . Sekali sekala cuba kelainan best juga

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan kak nohas, biasa ayam je, nanti boleh try udang pulakk.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.