21 Sept 2021

Status Pemberian Vaksin Lewat

Assalamualaikum Readers


Status Pemberian Vaksin Lewat | Refer entri ini mesti ramai dah ingat Nina dah settle dapat vaksin under company. Malangnya sampai ke sudah tak dapat walk in disebabkan B Braun tak clear nama dalam MySejahtera!! Apa susah sangat nak delete nama, officially dah resign dari 18 Ogos lagi. Tolong bagitahu macam mana nak selesai. VIRALKAN pun boleh. Kami ada anak 5 bulan untuk dilindungi. 


Dalam website

Dalam MySejahtera



Hubby pun sama, tarikh untuk vaksin kedua dia tak dapat attend, bila datang hari lain, kena halau. Soo rude staff under PIKAS! Sampai sekarang nama pun tak clear lagi walaupun dah resign dan kerja tempat lain.


6 Ogos - Vaksin terpaksa di postponed sebab baru inject vaksin thypoid. Kena tunggu seminggu lagi.


18 Ogos - Dah resign, sepatutnya ada banyak gap boleh panggil untuk vaksin.


2 Sept - pergi ke Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, ada walk in untuk vaksin. Rupanya vaksin MOVAK untuk penjaja dan peniaga untuk majlis bandaraya.




13 Sept - pergi ke Spice Penang untuk walk in tapi tak dibenarkan masuk sebab dalam MySejahtera masih ada nama untuk vaksin under B Braun. Staf disitu kata dorang tak boleh tolong clear, kena tunggu company buatkan.


14 Sept - Whatsapp sepupu Nina kerja di B Braun, dia kata company dah buka slot untuk 2nd vaksin SAHAJA. Minta tolong HR clearkan nama sampai ke sudah tak buat. Suruh buat sendiri thru MySejahtera. Mana boleh delete appointment. Isu ni malas nak gaduh sebab sedara, kalau tak nak tolong cakap, aku tak kecik hati!


21 Sept - Kami laki bini nak beli keperluan dalam mall pun susah sebab dua-dua orang tak fully vaccinated! TAK VAKSIN TAK BOLEH MASUK, BUKAN KAMI ANTI VAKSIN TAPI KAMI TAK DIPANGGIL UNTUK TERIMA VAKSIN


Sampai ke sudah tak call, yang dapat call dari scammer setiap hari


Kat mana lagi tempat kami nak minta tolong, call no vaksin tak pernah angkat. Nak walk in kena halau balik. Kami nak kena beli vaksin di KPJ, Pantai macam tu? Orang paling risau ialah MIL. Rasa nak menangis sebab risau pun ada bila keluar rumah sebab ada urusan yang perlu dibuat. Redha dan tawakal semoga Nina dan hubby tak terkena virus covid. Allah maha mengetahui.


27 comments:

  1. Kita baca pun geram tau. Nina dah try guna helpdesk kat MySejahtera tak? Cuba kat situ pulak tengok macamana.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...sabar yer. moga dipermudahkan urusan & moga sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan
    insyaAllah.
    susahh skrg mana2 pegi kena.ada sijil vaksin

    ReplyDelete
  5. Allahu Nina, teruk jugak. Tak tahu sistem di Penang macamana sebab kalau di Selangor setakat nak masuk supermarket beli groceries tak ada masalah walaupun tak vaksin. Kena Braun setelkan jugak tu. Semoga urusan Nina dan husband dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : B Braun lepas tangan sebab bkn staf dorang dh. Nampak sgt tak professional.

      Setakat ni ikea, parkson, sunway, Aeon memang kena 2 dose baru boleh masuk

      Delete
  6. Semoga ada jalan penyelesaian dlm masa terdekat ni. Aamiin...

    ReplyDelete
  7. Allahuu Nina, semoga dipermudahkan urusan. Apakehei susah sangat company tu nak clearkan nama..huhu

    ReplyDelete
  8. Allah.. Sedihnya baca😌
    Nina xdpt kol HR B Braun direct ka... Geramnya akak dengar... Kalau pi dekat mana2 ppv mntk jumpa dengan staf mysejahtera pun xleh ya

    ReplyDelete
  9. Alah kesiannya awak.

    Dah cuba pegi kat helpdesk dalam app mysejahtera tu?

    ReplyDelete
  10. semoga dipermudahkan urusan nina nk dpt vaksin..

    ya Allah kesiannya kat awk.. ='(
    bila xvaksin lg kdg org terus pndg pelik..
    tp xtau hal sebenar.. aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Org pandang serong ingat anti vaksin

      Delete
  11. Susah jugak kalau jadi macam ni. Kena selalu request help desk mysejahtera, sampai depa layan. Semoga dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MS tak membantu.. yg reply email robot bkn org

      Delete
  12. Sedih pulak baca entri nina kali . Sebak pulak . CCL doakan semoga urusan nina sekeluarga dipermudahkan . Nina dh try helpdesk ke . Cuba hantar report help desk melalui mysejahtera hri2 . Mungkin diorang akn ambil reaction

    ReplyDelete
    Replies
    1. CCL : Apps tu tak membantu sebab robot yg reply. Kena call KKM baru masalah selesai

      Delete
  13. semoga dipermudahkan urusan Nina & suami...

    ReplyDelete
  14. buat aduan direct to KKM atau mane2 NGO...pegi MB ke direct KJ ke. ini dah kes aniaya kan
    company lama pun tak boleh lepas tangan je, kena bagi kerjasama jugak
    eh geram pulak kita ni

    nina, semoga dipermudahkan urusan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dh call KKM, doctor tolong. Company lama lepas tangan sebab bukan staff dorang dh

      Delete
  15. Allah.. teruk juga masalah Nina nie.. HR patutnya boleh clearkan dengan mudah.. Mana boleh buat macam nie..
    Semoga dipermudahkan urusan Nina dan suami.. Aamiin..

    ReplyDelete
  16. Semoga dipermudahkan urusan Nina sekeluarga.

    Mungkin Nina boleh email ke Jawatankuasa Vaksin Negara dan KKM kalau tak dapat call mereka. Email juga ke B Braun. Email atau whatsapp ke B Braun ini dilampirkan kepada Jawatankuasa Vaksin dan KKM.

    Good luck k

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.