18 May 2022

Pengalaman Bersalin Di Hospital Pulau Pinang (2021)

 Assalamualaikum Readers


Pengalaman Bersalin Di Hospital Pulau Pinang | Anak pun dah setahun lebih, Nina baru nak up story. iPhone kena hacked, dapat selamatkan gambar-gambar sebelum fon terminated. Sebelum lupaaa cepat-cepat taip untuk kenangan anak bila dah pandai baca nanti.


Tunggu result swab test kita selfie dulu


Setelah fikir masak-masak dengan hubby, cancel nak bersalin di Lam Wah Ee (LWE Hospital) walaupun untuk normal hanya RM 5k (tak termasuk caj-caj lain). Hospital private yang MIL (ejen prudential) akan hantar kalau kami 3 beranak sakit nanti 👌🏻 Bila fikirkan duit nak guna banyak lepas anak dah lahir a.k.a ukur baju di badan sendiri.


Bangunan yang menempatkan bayi keluar dari NICU, jaundice dan swab test sebelum bersalin. Bukan bersalin di sini


Sehingga tahun 2018, HPP ada bangunan iaitu untuk hospital bersalin sahaja sebelum ditutup. Setiap kali doa semoga urusan bersalin dipermudahkan dan Allah makbulkan doa Nina. Ikutkan due date dalam 12 April 2021 tapi baby nak keluar awal seminggu.

               __________________________________________________________


4 April 2021 - 8.00 pagi


- Seperti biasa bangun pagi nak mandi, tengah mandi rasa cecair keluar, rupanya darah dah keluar sikit. Petanda nak bersalin tu. Siap-siap kejut hubby, ajak pi hospital.


- Sampai hospital, kena tunggu sekejap sebelum nurse panggil untuk doctor check bukaan. 1st time kena seluk. Dikelilingi doctor pelatih, perasaan malu tu tolak tepi. Nasib pakai mask, kalau tidak. Muka ni nak letak mana 😌 Dah check pergerakan baby semua ok, doctor suruh balik dulu sebab bukaan baru 1 cm. Selesai terus balik sambil lunch macam biasa.


10.00 malam


- Dah start sakit contraction, perut memulas macam sengugut. Selang 2 3 jam datang. Hubby ajak pi hospital tapi Nina rasa boleh tahan lagi, tunggu sampai esok pagi. Kami berdua tak tidur sampai ke pagi. Melayan contraction on off.


5 April 2021 - 9.00 pagi


- Sampai hospital, bukaan dah 4 cm terus nurse suruh tukar baju dan buat prosedur nak masuk wad + swab test. Hubby kena pergi daftar kemasukan ke wad dulu. Sakit contraction makin kerap. Kejap berdiri kejap duduk, sakit sampai menangis dan Nina terus jumpa doctor, minta buat swab test dulu. Saya dah tak tahan ni. Haha.. 1st time jugak buat swab test. Dah keluar result, nurse tolak masuk bangunan lain. Jangan risau, nurse akan tolak guna wheelchair sampai ke wad.


Pintu wad


2.00 petang


- Alhamdulillah dapat masuk wad, sejam duduk dalam bilik asing. Rupanya doctor buat CTG nak monitor jantung baby. Tunggu saja sampai result memuaskan. Dah siap baru masuk wad. Pilih lah nak katil mana. Hubby dapat hantar sampai pintu wad saja. Lepas tu semua barang guard yang bawa sampai katil. So far staff sangat-sangat baik, tak dengar lagi pesakit kena marah. Semua cakap baik-baik even doc pelatih.


Ambil result CTG baby
Katil ni kalau boleh bercakap dia kata sakit kena picit


- sakit contraction jangan cakap, katil besi jadi mangsa. Sakit-sakit pun sempat lagi tour. Wad Nina hujung sekali, masuk pintu wad terus jumpa labour room (bertentangan dengan toilet). Tawaf dari hujung sampai depan. Masa tu tak ada orang bersalin jadi LR sunyi, sebelah LR tak sure bilik apa tapi yang pasti macam bilik pemerhatian.


- Sampai sekarang ngeri tengok suasana ibu-ibu dalam bilik pemerhatian tu. Mostly dorang nak bersalin tapi ada yang prem, ada poor progress, pendek kata macam-macam isu. 


6.30 petang


- Doctor-doctor pakar datang buat check up dan tanya Nina nak ubat tahan sakit atau tak. So I said No 😂 takut nak kena inject kat punggung, lepas habis doctor check up semua mak-mak buyung, yang mana dah kena induce tapi bukaan fail semua transfer ke wad bawah - bersedia nak emergency czer. Seram sejuk dengar. Sebab once kena czer, korang takkan pindah katil sebelum bersalin. Akan masuk wad khas untuk czer. Yelah kena monitor lebih dari bersalin normal ni.


9.00 malam


- Sembang dengan hubby, dia otw nak hantar makan. Sadis betul Nina tak dapat makan lauk tu dan selepas 15 minit air ketuban pecah. Rasa macam belon pecah keluar air suam-suam 😂 panggil nurse sebab katil basah kuyup. Ramai-ramai datang check, rasa kepala baby sambil badan terketar-ketar sebab takut. 


- 10 minit kemudian, nurse tolak katil Nina dari wad ke LR, terasa syok kena tolak. Rasa macam tengok drama melayu tapi tanpa suami. Haha.. Masuk LR ada sorang patient. Nurse suruh buka bra dan underwear dan pindah naik atas katil. Bermulanya step by step untuk keluarkan seketul Harraz. Seingat hanya 2 kali push dengan sekuat tenaga. Dilarang angkat punggung dan menjerit. Itu semua menghilangkan tenaga yang ada. 


9.42 malam


- Lahirlah Harraz dan nangis teresak-esak sebelum nurse perasan warna kulit dah bertukar biru, cepat-cepat dorang bersihkan dan transfer masuk dalam inkubator. Tinggal nurse (bidan) dan doctor pelatih (lelaki cina) nak keluarkan uri dan jahit luka. Sambil-sambil tu dia bagi kata semangat, anak comel, in sha Allah anak awak ok. Jangan risau. Masa jahit pun kena tahan nafas baru tak rasa sakit walaupun dah dibius. Sempat kira berapa jahitan dalam dan luar 😂


- Dalam masa yang sama, sorang nurse call hubby. Inform Nina dah selamat bersalin. Dia baru keluar hospital nak balik rumah. Terus patah balik sebab kena azan Harraz sebelum tolak pi NICU. 


Perasaan tak ada anak tu is real. Menangis sampai tertidur. Nasib baik ada kawan sekolah FIL, Dato Dr. Azmi datang jumpa Nina dan Izzati (anak kawan FIL). Bagi tau perkembangan anak-anak kami di NICU


Susu pertama start pukul 5 pagi nurse datang kejut untuk perah susu. Pukul 7 pagi doctor-doctor pakar akan buat check up


- Dah selesai jahit luka, cuci dan letak ubat. Nurse pun tolak Nina ke wad lain. Ada 3 orang masa tu. Sorang lagi senasib anak masuk NICU (anak kawan FIL). Keciknya dunia. Kalau tak boleh berjalan ke tandas, minta tolong nurse akan bawa. 


*patient yang ada dalam LR masa Nina bersalin tu tak tahu nasib dia. Masa tu, doctor kata jantung baby makin lemah, induce 2x still weak progress. Nurse call hubby minta izin nak emergency czer dan kemungkinan rahim kena buang, sebab sebelum ini isi-isi dalaman dah bercantum. 


Dari situ, betul orang kata tak boleh amalkan ikan haruan selepas bersalin czer. Sedihnya dengar demi nak selamatkan ibu dan anak. Hargailah isteri-isteri ya.


5-7 April 2022


- 3 hari duduk hospital sebab baby masih ada di NICU. Nina discharge tengahari. Dah settle bayar bil hospital terus hubby tolak ke wad NICU. 1st time tengok Harraz dalam tu. Nak minta hubby ambil gambar pun tak boleh dalam NICU. Kesian sejuk anak aku, tak dipakaikan baju. Alhamdulillah tengok tiub oksigen dah tukar. 


Dah boleh discharge. Doctor pelatih datang check luka. Luka ok boleh balik

Sebelum discharge pi tengok anak dulu

Bil bersalin, makan, minum semua hanya RM 30.50


9 April 2022


- Alhamdulillah tengahari tu nurse call, bacaan jaundice dah turun. Boleh bawa balik Harraz dan monitor bacaan jaundice di klinik kerajaan sahaja. Seronoknya sebab 3 hari Nina ke hulu ke hilir masuk wad nak susukan Harraz. Memang tak boleh pantang betul-betul.


Bil NICU, wad neonatal, x-ray Harraz pun dalam RM 40.50 sahaja



Kenangan bersalin untuk bacaan anak-anak. Kalau masuk private tak pastilah kena caj berapa. Hati ni rasa better bersalin hospital kerajaan sebab kita tak tahu apa akan jadi selepas anak lahir. So far ini antara general hospital yang bagus dari segi semuanya termasuk harga dan layanan. Duduk wad ramai-ramai ni bagus juga, ada kawan sembang, ada pengasuh kalau mak-mak nak pergi toilet/mandi. 


Penang ada 6 hospital kerajaan yang lain semuanya kureng dari segi layanan doctor dan nurse. Kalau ada rezeki anak, boleh masuk HPP lagi, tak payah nak book bagai 😁 makanan sedap tapi 1st day bersalin makan ayam. Ghisauu luka bernanah 😅

9 comments:

  1. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Untung jadi rakyat Malaysia ni, caj bersalin cuma berapa puluh ringgit je.

    Sedih baca pasal patient yang jantung baby bermasalah tu.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, dah besar Harraz. semoga menjadi anak soleh

    ReplyDelete
  3. kena emergency cser kt swasta siap la duit...huhuh...akk dua kali csser bayaq kt gov spital rm160 ja..selamat duitttt

    ReplyDelete
  4. pengalaman menarik sebab zaman pandemik kan. ingat birthday Harraz sebab beza 2 hari je dengan Sal. Hehe. Alhamdulillah bersalin dengan mudah. moga adik-adik arraz pun mudah juga nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal : Senang la nk celeb birthday sekali. hahaha. Seram baca ayat Sal. tak terfikir lg nk tambah

      Delete
  5. alhamdulillah tahniah nina. doakan syida juga moga ada rezeki untuk ada anak. ttc 2 tahun sudah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Perkongsian yang ohsem dari Nina..
    Pengalaman yang tak kan dilupakan..

    ReplyDelete
  7. Pengalaman bersalin yang takkan dapat dilupakan.

    Baru rasa macam healthcare Malaysia ni sangat bagus bila tengok bil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Healthcare Malaysia ada yg bagus, tengok pd hospital juga

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.