29 Jul 2022

Boat Noodle Ayam Legend Rice Sedap Ke?

Assalamualaikum Readers


Boat Noodle Ayam Legend Rice Sedap Ke? | Teringat dulu zaman-zaman bercinta bagai nak rak. Asal dating tengok wayang lepas tu ternak lemak sampai ada list JJCM. Salah satu resto yang termasuk ialah Boat Noodle sebab dekat dengan pintu keluar lepas habis wayang. Heh heh


Ayam Legend Rice Set - RM 16.89

Thai Iced Green Tea - RM 8.96 (Fav teh hijau, kalau masuk BN wajib order)


Semenjak jadi SAH, nama boat noodle hanya tinggal kenangan buat kami. Yang kami makan hanya bowl maggi 😂 Sebab tu malas betul kalau kena godek cari makanan dalam Food Panda. Berjam-jam cari makanan sebelum buat keputusan nak order apa sebab sekarang caj delivery harga yahudi! Jarak dekat tapi caj yarrubbi. Dengan adanya code promosi dapat Nina menikmati menu baru dari Boat Noodle. 


Sos cili sedap! Ada rasa masam manis tapi sikit. Tak puas makan, portion sikit


Tadaaaa.. korang patut cuba menu baru ni sebab sedap! Kepingin nak makan di Thai tapi apa kan daya belum mampu lagi nak bawa anak travel obersea. I is tak kuat, nanti food hunting lupa daratan dan lautan. Kalau ada kesempatan, cuba la ke BN dan rasai sendiri.

12 comments:

  1. Akak terliur tengok ayam tu... lamanya tak makan BN!

    ReplyDelete
  2. Oh, ingat kan Boat Noodle ada noodle sahaja. Nasi pun ada, ye.
    Tak pernah makan di Boat Noodle.

    ReplyDelete
  3. pernah makan BN sekali je, tu pun makan mi sahaja. Green tea dia memang sedap

    ReplyDelete
  4. Mula-mula tengok gambar pertama, dalam hati berkata: Nampak macam sedap, tapi kalau aku yang makan tak cukup ni. Hihiiii.... rupanya portion memang kecil eh.

    ReplyDelete
  5. BN ni pernah masuk sekali je masa memula viral dulu dan lepas tu tak masuk dah. hehe..

    ReplyDelete
  6. betullah sekarang mmg mahal caj penghantaran. lepas tu order i selalu kena cancelled.. sakit hati

    ReplyDelete
  7. green tea boat noodle mmg sedappp

    ReplyDelete
  8. kalau pegi boat noodle saya makan noodle je, tak penah lagi try makan nasi kat situ.

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan sekali pun. sebab selalunya org beratur nak makan.

    ReplyDelete
  10. Aduh.. Sikit sangat portion dia tu.. Tak puas makan..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.