30 Aug 2022

Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau

Assalamualaikum Readers


Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau | Unplanned trip ni selalu terjadi dalam family in-law. Tup tup sampai, orang kata know know arrived. Nina tak tau pulak marka (bf) cousin hubby dari Florida fly ke Malaysia so FIL bawa David jalan Taiping & Batu Kurau 2 hari lepas. Dia punya seronok main air sampai luka kaki, the next day jadi penunggu atas batu tengok orang mandi.


Bermalam Di Arif Homestay, Batu Kurau


Arif Homestay ni dekat dengan 2 kawasan air terjun iaitu Sempeneh dan Ayer Itam. Dalam 30 minit perjalanan. Kalau ke Batu Kurau jangan lupa terjah 2 air terjun ni. We oulsss mandi puas-puas. Homestay ni ada 3 rumah teres, jadi kami book 2 rumah untuk 2 hari 1 malam. Harga tak pasti, fully sponsor. Yang pasti murah dari Chalet Latip


Tiada sofa untuk homestay Nina stay dengan hubby termasuk David. Ada 2 bilik. Sebuah lagi homestay yang in law stay lengkap dengan sofa

Untuk 2 homestay tiada water heater. Memang best sebab air kuat dan sejuk

Owner sangat peramah, semoga terus berjaya dan murah rezeki


Perisa strawberi dan keladi RM 5

Air terjun sempeneh

Kembali ke pangkal jalan. Sudah masuk tol jambatan ke 2


Kalau port makan, kami akan serbu selera makan area balai bomba Taiping. Wajib ke situ. Breakfast di sponsor cousin hubby yang stay di Batu Kurau. Tunggu la musim buah tahun depan, in shaa Allah akan ke sana lagi. Tak ada rezeki nak bawa Harraz masuk Night Safari sebab hujan lebat dari petang ke tengah malam. 


Kemudahan yang disediakan :


1. Dua bilik air

2. Aircond setiap bilik

3. Iron & Iron board

4. Sejadah

5. Hanger

6. Bantal lebih

7. Di homestay ada 2 pool

8. Kettle

9. Mug


10 comments:

  1. Tempat penginapan nampak baru dan bersih.

    ReplyDelete
  2. Nampak bersih dan kemas keadaan dalam homestay.

    ReplyDelete
  3. Lama tak bercuti jauh².. iyalah, anak kecil lagi, baru masuk 4 bulan. :)

    ReplyDelete
  4. Bercuti kalau ke area Taiping ni memang akan hadap hujan jelah. Nampak simple tapi selesa homestay ni

    ReplyDelete
  5. bebudak sure suka ni, sbb ada pool..

    ReplyDelete
  6. ala xde water heater...lambat la nak mdi cmni...haha ;p

    ReplyDelete
  7. Bestnya ada pool.. Kalau nak chill dan rehat, memang sesuai ini.. Anak-anak boleh mandi kolam.. Mak rehat.. kikiki..

    ReplyDelete
  8. besar betul homestay ni. pool tu yg jadi tarikan

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.