Assalamualaikum readers
TOP Liquid Detergent Gentle Care | Bila anak dah setahun lebih ni baru berani basuh sekali dengan baju orang dewasa. Kena tahu juga kulit anak jenis sensitif ke tak. Selepas baca review, decide cuba brand ni sebab 'gentle care' di tambah bau wangi dan soft, sebiji bau detergent baby. Warna botol biru lembut tu sesuai sangat.
TOP Liquid Detergent Gentle Care |
Nina jarang guna liquid detergent sebab bau selepas cucian tak kuat sangat, tak macam guna jenis serbuk. Jadi jangan lupa mixed dengan softener baru wangi. Tambahan pulak kena tengok anak jenis kuat berpeluh ke tak. Macam Harraz sehari 4 kali tukar baju, main dan berpeluh, lepas mandi sambung main. Itu tak termasuk lagi baju comot lepas makan dan minum.
Untuk mesin front load 1 penutup botol dah cukup |
Baju anak memang bersih guna top gentle care ni walaupun bau baby tetap hilangkan kotoran. Nina tengok tak semua tempat ada jual, hanya jumpa di Mydin dan Lotus. Nina beli di Shopee, murah sikit harganya untuk 3.6kg (RM 23.45). Setakat ini, kulit Harraz ok lagi tiada gatal-gatal. Selamat mencuba ibuk-ibuk.