28 Sept 2022

Majlis Makan Malam Di Setia Spice Convention Centre, Penang

 Assalamualaikum readers


Majlis Makan Malam Di Setia Spice Convention Centre, Penang | Dengar saja bab makan free terus onnzzz.. Pulak tu boss hubby kata boleh bawa family, pakat bagi nama. Ajak SIL tapi hubby balik kerja lambertt maka ganti parents in law dengan cousin hubby. Bila dah sampai rupanya majlis ni join dengan persatuan cina Penang, ada info siapa akan jadi calon untuk pilihan raya bla bla..


Persembahan dari penari kebudayaan Pulau Pinang




Selfie bila anak tak ada, jangan lepaskan peluang keemasan

Muka fake bila selfie tak apa jangan perangai fake sudah. Tiberrr


Nak PRU etc semuaaa lambertt lagi. Janji makanan sedap, tak pasti dato yang sponsor tu habis beratus ribu sebab setahu Nina kalau ada tarian naga memang manyak mahal kosnya. Inikan pula ada 6 ekor naga. Sebelum delete gambar-gambar makanan buffet, nak abadikan dalam blog. Tak pernah lagi makan menu dari catering Setia Spice ni, dapat rezeki kami nak cuba malam tu. 



Belum sempat habiskan semua makanan, pinggan hilang di bawa pergiiii tanpa pertanyaan dah habis makan ke belum

Chef Special Steamed Homemade Prawn Dumpling & Thai Crispy Shrimp Kerabu Salad. Keduanya sedap!

Deep Fried Crispy Seafood Money Bag & Deep Fried Pandan Chicken. Ini pun sedap!

Sze Chuan Soup

Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Sauce

Stir Fried Broccoli & Assorted Mushrooms with Sliced Abalone (ini pun sedap tapi abalone sikit, sebab harga kayangan 😅)

Stir Fried Baba Nyonya Sauce Assam Prawns (nampak macam menu masak kicap tapi bukan)

Special Seafood Fried Rice with Scallop

Host by pelakon Louisa Chong & Dee


Convention centre ni last Nina masuk sebab nak cucuk vaksin. Lepas tu tak jejak kaki dah. Kami menjamu selera sambil layan lagu dan persembahan dari artis jemputan, Dato Khatijah Ibrahim bersama host Louisa Chong & Dee. Sampai sekarang rasa menyesal tak selfie. Haha. Maluu tapi mahu.

10 comments:

  1. wah...seronok nya event2 mcm ni, menu semua pun nampak sedap2...best!

    ReplyDelete
  2. bestnya makan free! sedap-sedap lak tu menu. Tak bawak Harraz ye, bolehlah mommy pakai tudung lilit-lilit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. opcos tudung helok tak kena tarik

      Delete
  3. Lama gila x pegi dinner opis camni... arghh rindu plak.. Bila la opis kita nak buat makan2 busat camni lagi :D

    ReplyDelete
  4. Sungguh gemerlapan. Makanan pun kelihatan enak² belaka.

    ReplyDelete
  5. yang penting makan sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  6. Ada sesuatu pulak dalam majlis ye. Berkempen alang alang tu agaknya. Makanan semua menyelerakan betul.

    ReplyDelete
  7. makan free kan...laju je hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.