21 Nov 2022

Bawa Harraz Naik Bas Ke Komtar

 Assalamualaikum readers


Dikesempatan ini, Nina ingin mengucapkan selamat mengundi buat semua. Tunggu PM bagi cuti ni 😁 Memang seperti yang dijangka dua parti akan bersaing sengit. Sempena cuti 3 hari straight, dapatlah habiskan masa layan Harraz.


Bas rapid laju, terus nangis. Ingat bas macam dalam video, slow saja. Hahaha


Lepas lulus naik bas Rapid, kita naik bas lain pulak

Sebelah market Chowrasta. Kalau hari biasa kena beratur panjang

Air sorbet lemon. Ramai orang balik mengundi, nak jjcm pun tenang


Dalam banyak-banyak lagu dia paling suka The Wheels on the Bus, jemu oihh pagi petang malam dengar lagu yang basi sama. Kalau naik kereta pun sama, dia nak pegang stereng. Anak dan bapak berebut stereng, hampa rasa? Alang-alang bagi anak rasa naik bas macam mana. Nanti tak la peqhak (hairan, tercengang) lepas ni kalau naik bas lagi.


Nanti pi sekolah, boleh naik bas sendiri. Tak payah mama atau baba pi jemput 😗 Ajar anak naik public transport dari usia awal, memudahkan mereka untuk belajar berdikari. Mama kejar bas kat Taiwan, lumba lari dengan aunty Anies 😂 Itu tak kira train lagi. 

13 comments:

  1. lagu feberwt ank2 ciknur kecik dulu jga tu siapp hafal he hee

    ReplyDelete
  2. Bagus tu, ajar anak berdikari sedari kecil. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    ReplyDelete
  3. harraz nnt belajar jg mcm mn nk aim pak cik sengal aka bus coordinator tau😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik tu pun dh arwah kalau Harraz pi sana. Haha

      Delete
    2. jgn jd bos bus sudah lerr😂

      Delete
  4. hihiih nice je bawa awal-awal ajar anak-anak memang suka mereka

    ReplyDelete
  5. Ala nangis pulak dia. Tak rilek bas ni nak laju laju. hehe..Yeay, Harraz berjaya naik bas. Ais tingkap tu popular betul kat Penang kan. Belum pernah cuba lagi sebab masa pergi Penang belum viral lagi kot zaman dulu.

    ReplyDelete
  6. besau dahh anak ninaa aummmmm hehe

    ReplyDelete
  7. bas dalam lagu 'the wheels on the bus' terhenjut-henjutlah. Ala jangan nangis Harraz, cmane nak naik MRT nanti

    ReplyDelete
  8. seronoknya cuti..spend masa dgn anak & family..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.