11 Nov 2022

Hukum Aurat Perempuan Bersalin Dengan Doktor Lelaki

 Assalamualaikum readers


Hukum Aurat Perempuan Bersalin Dengan Doktor Lelaki | Masih lagi kecoh isu ni di TikTok walaupun ustaz Azhar Idrus dah jelaskan sebab-sebabnya. Siapa yang tak malu kalau bahagian sulit doctor lelaki yang tengok tapi lahirkan anak zaman pandemik ni, buat golongan B40 macam Nina tak ada pilihan.


HUKUM : Tidak dibenarkan kecuali terdapat keperluan & darurat.


Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat hajah (keperluan) dan darurah (keperluan mendesak) untuknya.


Alhamdulillah sihat. Baju-baju semuanya orang sponsor.


Kata ustajah, ada masa nak kumpul duit selama 9 bulan. Zaman sekarang ni, bersalin normal di private dekat 6K, Czer 8K tau, itu tak kira komplikasi baby mau cecah 12K, itu tak kira keperluan lain, pampers, susu etc. Kalau orang yang tak mampu ni mesti pergi hospital kerajaan. Time tu tak bekerja, duit simpan untuk besarkan anak. Allah sebaik-baik perancang.


Nina bersalinkan Harraz di temani seorang bidan, seorang doktor pelatih (Chinese) dan beberapa nurse perempuan. Yang menyambut dan menjahit luka semuanya bidan. Lepas ke wad tak ada doktor lelaki datang check walaupun Nina hanya nampak seorang saja doktor melayu perempuan (sarat pregnant). 


Dayus ke suami? dan suami-suami yang lain? Hanya Allah yang boleh menilai. Waktu bersalin malam pula, doktor pun dah balik tinggal pelatih saja. Itu pun dorang tak balik rumah. Stay hospital 24 jam. Tak kesian ke? Memang hospital gomen kekurangan doktor perempuan O&G. Yang ramai lelaki!! Doktor perempuan di hospital swasta pun datangnya dari hospital kerajaan.


Menurut ustaz Azhar Idrus, dalam keadaan darurat, sesiapa pun tidak lagi dapat membuat pilihan. 


"Jika tiada doktor perempuan dan yang ada doktor lelaki sedangkan bersalin itu kritikal kerana berkaitan dengan dua nyawa. Bersalin dengan doktor lelaki pun tidak berdosa".


"Kenapa suami dikatakan dayus pula? Tidak haram. Haram itu begini. Ada doktor perempuan tetapi memilih untuk mendapatkan khidmat doktor lelaki. Itu baru haram."


Jika seorang suami tidak mampu dari segi ekonomi untuk menghantar isteri bersalin dengan doktor perempuan di hospital swasta. Suami berkenaan tidak dikategorikan dayus. 

9 comments:

  1. kecoh topik hangat ni
    kat tiktok he hee
    adoiii ank pertama dan kedua ciknur dgn DR lelaki. Tp 22 thn lalu ,ikutkan nk DR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada pilihan cik nor.. janji ibu dan anak selamat

      Delete
  2. dalam keadaan kecemasan kita tiada pilihan dalam bab ini....kalau nak tunggu doktor perempuan..memang lambat lagi tu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk tunggu doc perempuan atau nk selamatkan nyawa. fikirkan lah

      Delete
  3. Cukup jelas dan harap faham lah kan dengan hukum dan isu ni :)

    ReplyDelete
  4. yg psl video tu sy baca ustazah tu ckp yg viral tu separa video je. kalaulah dlm keadaan darurat kita boleh memilih......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dlm YouTube full video.. Kalau dia byk duit tolong lah org2 susah bersalin di hospital private bkn ckp suka-suka hati

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.