1 Nov 2022

Makan Best Di Sham Hammer Ikan Bakar Special, Penang

 Assalamualaikum readers


Makan Best Di Sham Hammer Ikan Bakar Special, Penang | Kalau kami laki bini memang tak makan sini melainkan FIL belanja 😂 Ini pun bawa aunty Da dan uncle makan malam sementara tunggu naik flight balik KL. Paling kami suka ikan bakaq di Teluk Tempoyak tapi disebabkan susah nak dapat parking maka abaikan. Makan di sini tak pernah yang tak sengkak perut, macam mengandung 7 bulan rasanya. Haha


Tadaaa.. pilih Set D (4-5 orang - RM 185.50) termasuk 7 pinggan nasi putih + 1 jug jus oren & 1 jug air kosong


Haruslah jadi model


Sham Hammer Ikan Bakar Special ni terletak depan pulau Jerejak dan dekat dengan Queensbay Mall. Memang layan makanan sambil kena angin laut. Nak makan di sini selepas maghrib kena tunggu lama dan meja pun penuh. Kalau nak makan seeloknya book dulu. Selamat sikit dan makan pun dengan selesa. Meh tengok menu-menu dalam Set D yang FIL pilih. 


Ayam Sour Plum

Sotong Goreng Tepung

Kepah Masak Pedas

Telur Bistik kalau tukar huruf M tak ke seram

Kangkung Goreng Belacan

Sup Tulang

Siakap Bakar

Jenahak 3 Rasa


Bila sampai terus duduk, punggung pun tak panas lagi, makanan dah sampai, tak perlu tunggu lama. Ada bermacam menu ikan bakar. Buat pilihan yang bijak. Hehe.. Kalau singgah Penang, masuk ke Pulau ni jangan lupa terjah sini. 


p/s : gambar semua dari cousin hubby, sedang encourage dia untuk buat vlog jjcm 😆 

9 comments:

  1. Banyak lauk. Berpatutan harga.
    Nasipun letak dalam bekas boleh cedok banyak mana.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan gak harga tapi kalau sedap berbaloi la

    ReplyDelete
  3. Fuh…telan air liur sambil scroll. Haha..
    Teluk Tempoyak tu akak pernah pergi sekali, memang susah bab parking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak makan di Teluk Tempoyak kena naik moto

      Delete
  4. Telan air liur tengok ikan siakap bakar tu nina. Kepah pun lama tak makan. Tempat ikan bakar ni semua menu pun menyelerakan kan.

    ReplyDelete
  5. tengok hidangan semua menarik..masa adik akak duk sana xde plak dia bawak makan kat sini, ke sebab dia pun x lama duk sana kot...x sempat nak explore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat explore tu akak. banyak sangat tempat makan

      Delete
  6. semuanya sedap2 belaka harga pun berpatutan👍👍👍

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.