14 Dec 2022

7 Herba Itali Untuk Masakan

 Assalamualaikum readers


7 Herba Itali Untuk Masakan | Perbezaan Daun Herba Itali Untuk Memasak | Nak makan dedaun ni mestilah di restoran makanan Itali atau nak jimat tanam sendiri sebab harga di pasaran sangat mahal. Nina cuma ada pokok oregano 😂 Bila tengok dalam drawer dapur, rasa membazir MIL beli semua herba-herba ni tapi kurang guna.



Alang-alang my son jenis more to eat western food, terpaksalah Nina cari alternatif resepi-resepi mudah letak herba-herba ni. Tak semua orang kenal daun-daun herba ni kalau tak masak. Sejarahnya semasa Empayar Rom, hidangan telah diubah suai dengan penggunaan rempah serta herba.


Penggunaan herba dalam apa jenis masakan, Asia, Timur Tengah, India atau Eropah bertujuan meningkatkan rasa, tekstur, warna dan aroma kepada masakan. Antara yang sering digunakan ialah :


1. BASIL


Digunakan dalam hidangan yang mengandungi tomato, lemon atau bawang putih. Masakan yang sesuai dimasukkan daun basil seperti salad, sup, berkeju atau pizza.


Basil segar lebih bagus berbanding yang dikeringkan. Dari segi kesihatan, basil mengandungi sifat anti-bakteria.


2. OREGANO


Salah satu bahan penting dalam masakan Itali seperti piza dan sos. Oregano memberi lebih rasa jika menggunakan dalam bentuk dikeringkan.


Mengandungi omega-3 yang tinggi, zat besi, antioksida pada tubuh.


3. PARSLI


Bukan sekadar hiasan hidangan. Ia sesuai digunakan dalam hidangan makanan laut, sos sayur, hidangan pasta dengan sos atau sup.


Cincang halus sebatang parsli, masukkan ke dalam telur dan digoreng hancur. Boleh beri rasa berbeza dan mudah pula!


4. THYME


Thyme serasi jika ditambah pada saat akhir masakan berasaskan telur, sayur-sayuran. Ia juga wangi. Dari segi perubatan ia mengatasi masalah pernafasan seperti batuk, bronchitis dan dada rasa sesak.


5. BAY


Daun bay digunakan untuk hidangan sup, sos atau stew. Perasakan daging, makanan laut dengan daun bay untuk rasa yang berbeza. 


Dari segi kesihatan pula, mengandungi vitamin A dan C, asid folik, potasium, kalsium dan zat besi.


6. ROSEMARY


Sesuai dimasukkan ke dalam hidangan kambing, sayur panggang, sup dan stew. Hati-hati dengan kuantiti yang digunakan. Walaupun guna sedikit sahaja sudah cukup untuk bau yang kuat. 


Boleh ditaburkan ke dalam perapan ayam gril untuk aroma dan rasa yang lebih menyelerakan.


7. SAGE


Perkataan 'sage' berasal dari Latin yang bermaksud kesihatan. Bersifat anti radang dan membantu pencernaan tubuh.


Untuk masakan daging panggang atau sup lebih enak dengan menambahkan sedikit herba sage. 


9 comments:

  1. oregano mmg ramai yg tanam... mungkin sbb senang hidup...

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang nak gunanya sikit je tapi takde paket kecik. Tu yang endingnya berbotol-botol kat dapur

    ReplyDelete
  3. Herba Itali terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan seperti basil, rosemary, thyme, dan banyak lagi. Semua jenis herba ini memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam membantu meningkatkan sistem imun badan dan meningkatkan daya tahan tubuh.

    Jemput singgah artikel terbaru saya: Kata-kata Semangat untuk Berjaya

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi info ni. Kadang2 ada jugak rasa nak tanam je sendiri herba2 ni senang bila nak guna dalam masakan tapi bila takde bakat bercucuk tanam ni hmm... terus terbantut niat tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. beli pokok yg dh siap ditanam. rasanya nursery ada jual

      Delete
  5. sy rs kalau sy tanam pokok2 ni, mati kot? hahaha sejenis tangan panas...

    ReplyDelete
  6. teringat jamie oliver. dulu dia kalau masak, dia petik je daun2 tepi tingkap then msk dlm periuk. opah sy ckp, eh dia tak basuh ke daun-daun tu? hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. geli tekak nk makan..memang tak basuh la daun2 tu. hahaha

      Delete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.