26 Dec 2022

Pentingnya Mengambil Kad Perubatan Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum readers


Pentingnya Mengambil Kad Perubatan Prudential BSN Takaful | Masih ramai di luar sana yang tak mengambil insurans untuk diri sendiri dan keluarga. Nina pernah follow dan lihat macam mana MIL ke sana sini cari pelanggan terutamanya Melayu untuk ambil insurans tapi masih di tahap rendah. Alhamdulillah MIL agen Prudential yang bertanggungjawab, kalau client call tak kira waktu, tetap ke hospital.


Check in wad VIP setiap kali admit dengan hanya medical card


Entri ni bukan nak promote insurans tapi kalau sesiapa baru jadi parents, di nasihat untuk ambil medical card buat anak. Kos rawatan sekarang ni agak mahal tanpa insurans. Tak semestinya kita muda dan sihat, tak boleh diserang penyakit kronik atau kemalangan sehingga hilang upaya untuk mencari rezeki. Buat masa sekarang, Nina dan Harraz masih tak guna medical card sebab masih sihat.


Nak teman pesakit diwajibkan buat saliva test setiap hari. Ini guna duit sendirian berhad



Untuk Harraz bayaran bulanan serendah RM 130 merangkumi insurans kesihatan. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan dan simpanan. Seeloknya ambil kedua-duanya. Nina dan hubby ambil pakej tersebut. Masih lagi di bawah RM 200 tapi sekurangnya ada juga savings di situ. Kalau ambil insurans untuk anak, kos bayaran bulanan masih rendah untuk bayi.



Paling penting, ambil insurans dari ejen sepenuh masa dan berpengalaman. Bila ada medical card ni, bila sakit hanya sediakan duit deposit untuk kemasukan ke hospital. Dah discharge nanti boleh dapat balik. Boleh dapatkan quotation dulu sebelum ambil insurans mengikut kemampuan.


5 comments:

  1. terbaca kt twitter: 10 drpd rakyat malaysia hanya seorg je yg ada takaful/insurance

    ReplyDelete
  2. betul. kesedaran org kite ttg insurance ni sgt rendah. baru buka mulut, dikatanya kite kejar komisen pd hal kite nak bg kesedaran ttg ms dpn

    ReplyDelete
  3. saya satu famili semua ambil insurans dengan orang yang dikenali dan selalu jumpa. senang sikit

    ReplyDelete
  4. sementara masih muda, boleh bekerja dan caruman masih murah, ambillah insurans/takaful. tak guna kalau dah sakit baru nak ambil insurans/takaful. agent pun '50:50" nak ambil kes mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Masih kurang kesedaran mengenai insurans ini..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.