5 Dec 2022

Penyakit Alzheimer Dan Demensia Berbeza

Assalamualaikum readers


Penyakit Alzheimer Dan Demensia Berbeza | Ramai rupanya yang keliru antara dua penyakit ini bila tengok posting tentang bekas PM, iaitu Pak Lah yang menghidapi penyakit demensia. Antara PM kesayangan ramai. Alhamdulillah, parents Nina walaupun dah berumur 70 tahun ke atas, mereka masih tidak ada penyakit ini. 




Demensia ialah penyakit berkaitan dengan memori. Mereka sukar untuk berfikir dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah. Demensia boleh mengganggu kehidupan seharian penghidapnya. Individu yang menghidap demensia tidak lagi dapat menjaga dirinya sendiri dan perlukan pertolongan daripada orang lain.


Alzheimer ialah satu jenis demensia yang mempengaruhi memori, keupayaan seseorang untuk berfikir dan juga tingkah laku seseorang. 60 hingga 80 peratus kes demesia adalah berpunca daripada Alzheimer. Alzheimer bukan disebabkan proses penuaan, sesuatu yang normal atau semula jadi. Pesakit yang didiagnosis dengan demensia akan meninggal dunia dalam masa 3 tahun


Ada banyak lagi cabang penyakit di bawah demensia :


1. Alzheimer

2. Lewy body dementia

3. Vascular dementia

4. Frontotemporal dementia

5. Parkinson, Huntington


Simptom demensia dan penyakit Alzheimer boleh menyerupai satu sama lain dan boleh mengakibatkan :


1. Penurunan dalam fungsi berfikir

2. Masalah mengingat kejadian yang baru berlaku

3. Sukar untuk berkomunikasi

4. Tidak ada sebarang minat dalam hidup dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain.


Semoga kita dapat berbakti kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih hidup. Yang menjaga parents ada penyakit ini, diharap tabah dan bersabar. Banyak ganjaran pahala menanti. 

6 comments:

  1. Semoga kita dan ahli keluarga kita terlindung dari penyakit ni. kena jaga dari muda. banyakkan membaca dan buat aktiviti yang boleh memberi brain stimulation

    ReplyDelete
  2. oh, br tau jugak rupanya x sama ye.. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Pahala berbakti kepada kedua ibu bapa memang sangat besar kan. Beruntung lah orang yang bersabar dan berkhidmat kepada keduanya. :)

    ReplyDelete
  4. baca entry ni trs teringat arwah jiran. sblm hilang sejauh 30++km dari rumah dia, dia ok je ddk rumah & tak merayap mn2 pun. suatu hari tu entah mcm mana dia boleh keluar berseorangan. apa lg mmg kalutlah 1 rumah. cari punya cari rupanya sampai nun ke daerah lain. tak tahulah mcm mn dia boleh naik bas ke... tumpang orang... dgn tak bawa apa2. org ramai jumpa dia menangis sebab lapar... skrg dah meninggal da...

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.