6 Mar 2023

Drama Andai Itu Takdirnya

 Assalamualaikum readers


Terjebak tengok drama ni dari MIL. Tiap-tiap malam dia tak pernah missed setiap episod kecuali Nina 😂 Sebenarnya tak berapa suka part episod awal sebab ada babak sedih kena dera dengan suami. Drama gandingan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Drama menggantikan Akira Khan. Adaptasi dari novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah Semail.



Sinopsis

Aleya yang berasal dari keluarga sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia sentiasa mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah pada orang lain. 


Tanpa dijangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima dan menuduh Aleya yang perangkap supaya boleh hidup mewah. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Membuatkan Aleya lari dari hidup suaminya dan tinggal berasingan. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesal terhadap semua kesalahannya kepada Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.


Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya terganggu sekali lagi apabila suaminya jatuh cinta pada Sharifah Azreen yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?


4 comments:

  1. pernah baca novelnya...tp x igt dah jln cerita nya...hihihi..

    ReplyDelete
  2. tak suka... benci... tapi ada anak jg hehehe drama melayu

    ReplyDelete
  3. ni drama pertama puteri sarah kn lps kes dia dgn sol?

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.