29 Mar 2023

Gel Mandian Good Virtues Co

 Assalamualaikum readers


Gel Mandian Good Virtues Co | Finally jumpa sabun mandi yang sesuai dengan kulit badan Nina. Sebelum ni ada masalah gatal-gatal di badan, ingatkan alergik dengan seafood tapi tak makan pun still gatal. Sedih tengok parut sana sini, kalau time berpeluh lagi tak tahan. Nasib baik tak ke klinik kulit socka lagi sebab teringat pesanan doktor, kalau kulit gatal tanpa sebab mungkin dari penggunaan sabun mandi yang tak sesuai.


Good Virtues Co. Lightening & Hydrating Shower Cream - RM 15.29 (beli di Lotus)



Habis sabun mandi Johnson&Johnson terus beli Good Virtues Co. Alhamdulillah kulit beransur pulih. Dah tak gatal lagi, makan seafood pun ok unless seafood tak fresh barulah start gatal. Hasil pembacaan dari review-review, produk Good Virtues Co. ni ramai peminatnya. Di ingatkan ini adalah brand bukan Islam di Selangor



First try botol kecil yang ini dulu. Beli di Watson RM 9.90


Untuk pengetahuan semua produk Good Virtues Co ni ada 3 kategori, iaitu :


1. Penjagaan wajah

  • CC Cream
  • Facial Wash
  • Toner
  • Facial Scrub
  • Cream
  • Make Up Remover
  • Masks

2. Penjagaan rambut
  • Shampu
  • Conditioner
  • Serum
  • Tonic

3. Penjagaan badan
  • Shower Cream
  • Hand & Body Lotion
  • Body Scrub
  • Deodorant
  • Feminine Wash
  • Body Perfume
  • Hand Sanitiser
  • Hand Wash


Kebaikan produk :

  • Rangkaian mandian Good Virtues Co. wangi dan teksturnya berkrim dan memberi kelembapan pada kulit selepas mandian.
  • Packaging menarik dengan botol yang bercorak ceria.
  • Setiap shower cream lengkap dengan kebaikan minyak habbatussauda. Membersihkan kulit disamping menyihatkan sel-sel kulit.
  • Bebas dari minyak mineral, SLES, ALES, Parabens dan pewarna tiruan serta 100% tanpa ekstrak haiwan.
  • Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-penuaan, anti-radang, anti-oksida, memperbaiki keadaan kulit (sesuai untuk semua jenis kulit), melembabkan, menyegar dan menyuburkan kulit.

6 comments:

  1. hari tu pun belikan utk Ibu..set ni.best katanya

    ReplyDelete
  2. belum pernah try brand ni. menarik sebab ada habbatus sauda

    ReplyDelete
  3. Akak guna yang ni...wangi...sedap bau dia...suka product2 ni...beli time sale berbaloi2

    ReplyDelete
  4. Pernah cuba.. Tapi shampoo lah.. Tak sesuai.. Suka bau dia.. wangi..

    ReplyDelete
  5. ya betul. sy dah kena ms budak2 dulu. alah dgn sabun mandi. bila tukar ke shower gel barulah ok x menggaru2

    ReplyDelete
  6. nk try jg laa yg ni. tp kn tggu shower gel yg ada ni habis dulu...😁

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.