15 Mar 2023

Review Hotel Landcons, Langkawi

Assalamualaikum readers


Review Hotel Landcons, Langkawi | Bukan nak cerita pasal keindahan Langkawi tapi nak tekankan pasal hotel ni yang rasa tak berbaloi untuk menginap! Tak salahkan SIL No.2 sebab dia dah survey hotel yang ada pool untuk fruit son. Lepas dah checked in, barulah Nina start google review hotel ni 😂 Asal engkau tak google sebelum book! Sesuai dengan rate 🌟🌟🌟


Hotel Landcons, Langkawi




Hotel Landcons ni terletak di Pantai Cenang, depan McD dan Underwater World. Tiada kemudahan parking disediakan, sebelum book, bila tanya staff kata ada. Benda pertama, lepas Nina masuk ialah tengok keadaan pool. Air tak jernih, macam tak servis kolam pun ya. Kesian Harraz berkali-kali ajak nak mandi pool tapi tiada siapa endahkan. Sebab kami nak pi waterpark.


Reception siang buka lampu, malam tutup lampu


Air kolam kalau perhati betul-betul macam warna kelabu tak jernih


Tiba di bilik, kami 'disambut' dengan sebuah TV lama dan katil tak ada blanket, hanya selimut nipis. Masa tu Nina dan Harraz masih flu. Tak seperti hotel yang pernah menginap sebelum ni. Baca review di blog entri tahun 2012, masih tak ada perubahan hotel ni. MashaAllah, apa punya management. 


Bilik di tingkat 2

Tak ramai yang mandi pool

Selimut nipis, terpaksa slow aircond waktu malam


Ada sesetengah bilik disediakan bantal lebih dan hanger ada yang tidak. Sejadah ni mungkin ada yang sedekah, sebab bilik lain tak ada


Kekurangan hotel 


1. TV lama dan rosak


2. Tiada telefon, kerusi solek


3. Tiada cerek air sebab luar bilik ada mesin Cuckoo


4. Aircond lambat sejuk


5. Keadaan bilik yang berhabuk dan berbau hapak (ini paling tak suka), di setiap sudut kalau sentuh mesti ada pasir. Tak pasti berapa lama tak sapu dan mop lantai bilik. Bilik MIL pun Nina check.


6. Tangga hotel agak lama, tak sesuai digunakan. Tak ada safety.


7. Iron rosak dan tiada iron board (iron atas meja berlapik kain tuala), terpaksa naik ke tingkat 3 untuk iron baju.


8. Waktu malam receptionist duduk dalam gelap (jimat letrik ke?)


9. Lif hanya ada 1, muat untuk 4 orang kalau tiada luggage.


10. Hotel ni penuh dengan orang Pinoy saja. Local tu boleh kira dengan jari masa kami menginap.


Keluar dari lobby hotel terus nampak McD


Terus teringat Anies, sebab dia bab book hotel tak boleh dinafikan memang tip top! Rugi 2 malam menginap di sini, Alhamdulillah kami tak bayar habis so dapat refund separuh, terus FIL pi walk in Mali Best atas nasihat hubby (fav hotel dia kalau mai Langkawi dari zaman bujang). 


p/s: to be honest, MIL sendiri suruh Nina update cepat-cepat dalam blog sebab tak nak orang lain kena macam kami. The worst things, ada bilik air berlubang di dinding.

12 comments:

  1. Kalau tengok view kolam, memang cantik. Sayang betul tak maintain.

    ReplyDelete
  2. Lain macam pulak ya…kat reception bergelap 😅
    Syukur MaliBest masih ada kosong.

    ReplyDelete
  3. Moga dilain kali bolih pilih hotel lain yg lebih baik..

    ReplyDelete
  4. kdg2 abam kie pun pernah terkena dgn keadaan bilik hotel yg below par mcm ni. rasa x berbaloi je byr mahal2..

    ReplyDelete
  5. Agaknya harap tempat strategik orang boleh tutup mata buat tidur sahaja tapi kalau kemudahan bagus, orang akan sarankan kepada orang lain untuk menginap.

    ReplyDelete
  6. Allahu. tq update nina. take noted tmpt ni. tapi kalau yaya sblum nak booked hotel memang akan amik masa lama gilerrr..haha sebab kita nak dduk rehat, nak chill, happy dgn family kan jadi mmg akan review bnyk hotel.tgok semua komen2 psl hotel tu . makan minggu-bulan jgk kalau Yaya cari sebab tgok time ada masa free je..

    ReplyDelete
  7. Teruknya servis! Mujur dapat refund. Baguslah Nina buat entri ni. Orang lain yang nak cari penginapan boleh buka mata sikit.

    ReplyDelete
  8. Agak2 seminggu or 2 minggu diorang xcuci aor kolam tu kan . Tak ada biay selenggaraan . Kalau tiap2 hari buat mesti cantik je airnya

    ReplyDelete
  9. nampak sgt laa diorg x amik peduli lps pkp. atau pun staf x ramai. nk buat itu ini. syg hotel dah ok cuma tu laa x amik peduli. syg bisnes 'rosak' mcm tu je

    ReplyDelete
  10. My God, seram tgk bilik kalau mcm tu nina

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.