1 May 2023

Hukum Ziarah Kubur Sempena Hari Raya

 Assalamualaikum readers


Hukum Ziarah Kubur Sempena Hari Raya | Terus terang, kadang kala tak sempat nak ziarah kubur pada waktu-waktu biasa kecuali beberapa hari sebelum raya. Mostly Nina akan ziarah untuk bersihkan kubur kedua-dua tok wan dan nenek sebelah mak. Amalan ini selalu dilakukan oleh umat Islam terutamanya di Malaysia.


Kubur Tok Wan - ziarah pada 20 April 2023

Kubur Nenek dan Tok Nek

Amalan menziarahi kubur sempena hari raya menjadi kebiasaan masyarakat Melayu dan tidak merupakan salah satu sunnah Nabi atau seruan agama. Ini perkara yang perlu diingat supaya tiada salah faham tentang perkara ini.


Mengenai hukum ziarah kubur bersempena aidilfitri, hukum asalnya iaitu disunatkan ziarah kubur pada bila-bila masa. Sabda Nabi s.a.w :


كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا


Maksudnya :

"Adakah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah" (Riwayat Muslim)


Amalan ziarah kubur dilakukan untuk mengingati kematian dan juga dilakukan oleh Rasullah SAW apabila Baginda menziarahi kubur ibunya. 

5 comments:

  1. Semoga tenang semua roh arwah dalam perjalanan menemui-Nya.

    ReplyDelete
  2. kalau raya di kg , selesai solat wajib ziarah kubur yg telah tiada
    slmt hari raya Nina

    ReplyDelete
  3. sy pun ziarah sesekali je... time raya, both raya puasa n haji akan singgah ziarah. syulur kubur family mostly dlm kawasan sama

    ReplyDelete
  4. tp kalau keuzuran mmg sy x g melawat even time tu tgh raya. rs mcm x selesa pula nk ziarah dlm keadaan diri mcm tu

    ReplyDelete
  5. Selalunya berkesempatan masa hari raya puasa atau haji.. bersihkan kubur..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.