10 May 2023

Resepi Spaghetti Goreng Keju Pedas Dengan Udang

Assalamualaikum readers


Resepi Spaghetti Goreng Keju Pedas Dengan Udang | Salah satu makanan fav tapi lepas makan kena minum jus lemon atau orange sebab rasa keju yang paduuu. Niat nak masak hari raya kedua tapi semua tak ada sebab SIL dah bersalin, tinggal Nina 3 beranak dengan fam's aunty Da saja di homestay. So Nina buat lontong saja.



Spaghetti nama saja goreng tapi berkuah, once dah tak panas baru nampak macam goreng tapi sangat creamy. Kena adjust resepi kalau tak muak lepas makan. Dalam resepi tak masukkan susu full cream pun tapi nak balancekan rasa creamy tu, memang menjadi! Janji ikut citarasa sendiri.




Bahan-bahan :


200 gram spaghetti

2 ulas bawang merah, cincang

4 ulas bawang putih, cincang

2-4 biji cili padi, dihiris nipis

4 helai daun kari

1 sudu besar serbuk kari ikan

400 ml cooking cream

14 ekor udang sederhana

3 keping keju cheddar

1 cawan susu full cream

6 sudu besar minyak masak (untuk menggoreng)

Garam & serbuk lada sulah secukup rasa

Daun ketumbar (untuk hiasan)



Cara Penyediaan :


1. Bersihkan udang. Perap udang dengan garam dan lada sulah untuk 1 jam. Kemudian goreng dan ketepikan.


2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga wangi.



3. Masukkan serbuk kari ikan, krim dan keju cheddar yang telah disediakan. Perlahankan api.


4. Didih selama 3 minit. Masukkan spaghetti dan udang. Kacau sehingga sebati.



Close-up


5. Hias dengan daun ketumbar dan hidang semasa panas. 


Tips : Sedap dimakan semasa panas. Lebih suka makan berasingan, bila nak makan baru letak kuahnya. Tak lah kering dan muak sangat. Udang boleh diganti dengan makanan laut yang lain. 


7 comments:

  1. Sedapnya. Dah la udang tu favourite

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat ni resipi spaghettinya Nina!
    Setuju, lepas makan kena minum jus lemon.

    ReplyDelete
  3. tekak melayu mmg x leh lari dr pedas wpn bkn mkn pedas byk mn pun😁

    ReplyDelete
  4. yg hacoom hacoomm tgk je laa 😁

    ReplyDelete
  5. Menarik juga resipi ni. Ala2 carbonara sbb guna krim.

    ReplyDelete
  6. Creamy creamy lepas tu pedas sikit.. layan..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.