15 May 2023

Sushi Sedap Dan Murah Di Empire Sushi

Assalamualaikum readers


Sushi Sedap Dan Murah Di Empire Sushi | Zaman makan Sushi King dah berlalu, zaman bujang boleh habiskan duit, ini dah ada anak eloklah pilih sushi yang murah dan sedap. Empire Sushi ada bermacam jenis pilihan dan ianya Halal. Nina first time makan hari raya kedua tahun ini, sebab awal pagi dah serbu Lotus Jelutong beli barang nak masak, dan ter-bau seaweed yang wangi. Terus teringin!



Grilled Lobster - RM 2.30
Cheesy Ebi (XL) - RM 3.10
 Inari + Tempura - RM 2.90
 Tamago Yaki - RM 2.80
 Tempura Ebi - RM 2.20


Di Empire Sushi terdapat lebih daripada 60 jenis hidangan sushi daripada Maki Roll sehingga Tako Yaki. Harga serendah RM 1.10 dan berbeza mengikut kepada jenis-jenis bahan yang digunakan pada setiap hidangan. Ramuan dan bahan dalam Empire Sushi bebas dari alkohol, kandungan babi dan mirin.




Berbanding harga dan size setiap satu sushi yang dihidangkan, sushi di Empire Sushi lebih besar sikit dari sushi tempat lain dan murah malah fillings banyak dan padat, confirm puas hati! Konsep di Empire Sushi bukan dine in, cuma store biasa, tunjuk-tunjuk dan bayar. Kalau belum pernah cuba, recommended untuk habiskan duit sebab worth it. Hehe..


6 comments:

  1. Teringin juga hendak cuba. Ramai kata sedap dan murah.

    ReplyDelete
  2. suka empire sushi..byk pilihan, boleh campur2..

    ReplyDelete
  3. Sedap ye? Saya tak pernah cuba lagi, sebab selalu ramai orang beratur di empire sushi ni.

    ReplyDelete
  4. nampaknya sy hanya mampu tengok je laa hehehe... sbb bkn 'pemakan' sushi😁

    ReplyDelete
  5. kalau makan pun takoyaki dgn okonomiyaki je tu pun kalau g aeon... 😬😁

    ReplyDelete
  6. Suka empire sushi ini.. berbaloi dan sedap..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.