9 Jul 2023

Review The Witcher (Season 1)

Assalamualaikum readers


Review The Witcher (Season 1) | Masa taip ni, tengah tengok Season 2. Tup tup nampak iklan dalam Netflix dah keluar Season 3 😂 Mostly pelakon dan accent British. Hero The Witcher mestilah Henry Cavill. Lebih kurang drama bersiri popular di UK. From The Novel, to The Game, and to The Series.



Sinopsis : 


Kisah sang pengembara bertempat di benua bernama Continent, The Witcher mengisahkan tentang seorang 'monster hunter' bernama Geralt of Rivia, ahli sihir Yennefer of Vengerberg dan Puteri Cirilla of Cintra yang ditakdirkan untuk bersama.




Witcher adalah pemburu makhluk jahat yang melakukan tugasnya kalau ada bayaran. Asalnya mereka golongan manusia biasa tetapi bermutasi akibat campuran sains dan magik. Populasi Witcher makin berkurangan akibat dibunuh.


Jalan cerita antara game dan serial memang berbeza sebab berdasarkan novel. Supaya orang-orang yang tak pernah main game, boleh menikmati keseluruhan cerita dari awal tentang The Witcher ini.


Queen of Calanthe, nenek Cirilla

Mereka berjumpa di hutan selepas Puteri Cirilla lari dari tentera Nilfgaard


Jalan cerita Season 1 ni agak lambat, tapi rasa ingin tahu penyebab konflik antara manusia dan elf (bunian). Banyak juga monster yang ada di setiap kerajaan utara hingga selatan. Semuanya akan dirungkai oleh Geralt. Lagi satu Geralt ni, tak boleh berpisah dengan Puteri Ciri sebab dia sudah berjanji dengan nenek Ciri, apabila kerajaan mereka di rampas oleh Nilfgaard kerana Puteri Ciri ada satu kuasa yang dia sendiri tidak tahu.


Yennefer si bongkok

Ketua magik yang latih Yennefer - Tissaia
Istredd

Yennefer pula dijual pada usia muda oleh bapa tirinya kepada ahli magik, Tissaia de Vries dan di trained di akademi magik, Aretuza. Mulanya Yennefer ni hodoh dan cacat sebab separuh manusia dan bunian sehingga dia jatuh cinta dengan ahli magik, Istredd dan mengubah dirinya menjadi cantik tetapi akibat dari itu, dia menjadi mandul.


Review sepatutnya panjang lagi tapi korang kena tengok sendiri  episod untuk Season 1. 


Overall: Serial untuk yang dah kahwin! banyak adegan Ehem.. Ehem..


1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.