30 Nov 2023

Pengalaman Bersalin Anak Syurga

Assalamualaikum readers


Pengalaman Bersalin Anak Syurga | Bukan mudah nak terima hakikat yang anak dikandung 9 bulan meninggal. Ambil masa sebulan untuk redha dan kuat untuk teruskan hidup. Alhamdulillah sekarang dah okay, boleh taip dalam blog tanpa menangis.



13 Sept 23


- Sakit bersalin anak no 2 ni lain dari Harraz sebab dipaksa bersalin, air ketuban dipecahkan tapi Allah bagi rasa pergerakan baby keluar perlahan-lahan.


- Dr. Rahimah yang sambut, jahit luka (1 cm) dan tunjuk gambar keadaan baby yang tak stabil. Riuh rendah dengan suara-suara Dr dalam labour room sebab baby berhenti bernafas 2 minit selepas dilahirkan. Dengar suara menangis kejap saja.


- 2.30 pm nurse tolak balik wad, letih dan perasaan bercampur. Nina cakap dengan hubby, kalau baby tak normal, redha Allah ambil sebab tak sanggup tengok anak sakit.


Sepanjang masa hubby duduk NICU, bacakan Yassin. Faham perasaan dia, 2 kali azankan anak dalam incubator. Tak ada rezeki, dapat dukung anak macam orang lain


14 Sept 23


- 6.50 pagi nurse kejut suruh perah susu. Baby dari lahir tak boleh minum susu sebab saluran pernafasan sempit. Nak menelan pun tak boleh. Sedih dari lahir hingga meninggal tak menyusukan anak.


Anak kedua ni perah guna tangan sebab dah ada pengalaman


- hari yang sama, family in law mai hospital tengok baby buat kali terakhir incase jadi apa-apa, sorang-sorang masuk NICU kecuali Harraz dan Safiya (anak SIL).


- 9.40 pm Dr cakap baby tak boleh survive sebab ada masalah Lung Hypoplasia. Paras oksigen dinaikkan 100%. Kami decide kalau oxygen drop lagi, terus cabut tiub. Tak sanggup tengok anak. Kami redha dengan ujian Allah. Dr dan nurse banyak bagi kata-kata semangat.


Sampai sekarang fobia dengar bunyi mesin pernafasan, mesti teringat anak. Memang sayu masuk NICU, bermacam kes.


15 Sept 23


- Awal pagi Dr Peads call hubby, oxygen baby drop paras 38. Hubby mai NICU dan perasan warna kulit anak dah berubah, bukan kemerahan tapi pucat. Naluri bapa tak pernah silap. Allah makbulkan doa dia, pergi pagi Jumaat tanpa siapa tau pukul berapa. Rahsia Allah.


- Pukul 12 pm nurse cabut branula tanpa sedar kena masuk ubat 2nd Zincofer. Cucuk semula branula, pukul 12.26 pm baru masuk ubat. Buang masa!


Masuk botol ke 2 ubat tambah darah. Bengkak tangan kena cucuk banyak kali


- 1.50 pm, pi NICU menangis sepuasnya, Allah saja yang tau. Tengok mesin macam anak masih hidup, sebab dari lahir perlu bernafas dengan bantuan mesin tapi tengok keadaan dia dah meninggal.


Kulit putih bersih, rambut curl ikut hubby. Memang beza dengan Harraz dari segi berat dan tinggi



Abang 2.72 kg
           46 cm

Adik 2.56 kg
       56 cm

- Selesai Dr tanggal semua tiub dan wayar, baru boleh peluk cium puas-puas sebelum pi forensik. Bau wangi anak syurga. Allah bagi nikmat bau tu. Pampers dan wipes tissue sedekah pada NICU.


Perasaan kosong masa ni. Rasa nak cepat-cepat keluar dari kawasan hospital


Sempat sedekahkan baju pada sorang mualaf Indonesia sementara tunggu discharge 


Gift dari pihak hospital semuanya disedekahkan


- 3.58 pm baru discharge, nurse bagi sebiji ubat stopkan susu badan. Baju baby sedekahkan tak sanggup nak bawa balik. Tak sempat nak ikut hubby mandikan jenazah anak. Pukul 4.44 pm gerak ke kubur.




- Pukul 5.04 pm sampai kubur, gagahkan diri jalan di celah-celah batu nisan. Hubby pun dah tak nangis masa dukung anak.





- 5.31 pm selesai urusan pengebumian. Alhamdulillah cuaca redup dan rasa tenang anak dah tak sakit.


16 Sept 23

- Pantang tanpa anak, nurse datang check up di rumah. Banyak bagi kata-kata semangat. Dorang risau meroyan. MIL masak lauk pantang hari-hari. Bermula episod bengkak susu, sakit badan sampai tak boleh tidur. Nasib baik tak demam, terpaksa susukan Harraz yang dah stop nenen 😭 Kenapa tak guna pam? Sakit sampai nangis, siap kena rengat. Allahu

Stok ubat tambah darah

Menu pantang hari pertama

Menu hari kedua dan seterusnya memang Nina minta masak lauk simple saja



21 Sept 23

- Admitted kejap untuk masuk ubat 3rd Zincofer. Serik dah kena cucuk branula, tangan kanan dan kiri penuh dengan parut. Nasib tak baik, ada Dr baru, dia punya soalan tu rasa nak marah, tanya pasal baby, ubat masuk berapa ml. Punya pemalas nak minta file perubatan pada nurse. Nasib tak kena viral.





15 Oct 23

- Ajak hubby pi kubur anak alang-alang FIL cakap dah letak batu nisan. Tipulah tak rindu. Rindu pada yang tiada hanya yang mengalami saja akan rasa. Dalam masa yang sama nak didik Harraz supaya tau adik dia di syurga.


Kebumi sekali dengan ahli keluarga FIL

Tarikh lahir dekat dengan bapa Nina (17/9)



17 Nov 23

- Sesi kaunseling kedua pihak hospital aturkan. Yang pertama di NICU, sebab tak okay, banyak menangis, Dr risau emosi tak stabil.



Kenangan betul bangunan ni. Terus terang serik nak datang


Berpantang dengan 2 ketoi ni. Masuk celah kangkang sebab nak roti, tak padan umur baru 7 bulan. Harraz bukan boleh biar, nanti dia suap sepupu.


Redha dengan ujian Allah, selama ini tengok orang lain alami benda yang sama. Semoga dengan syafaat anak syurga dapat menarik kami sebagai ibu bapa ke syurga. In Shaa Allah. 

7 comments:

  1. Innalillahiwainnailahirajiun. Keluar air mata baca pos ini.
    Moga Nina sekeluarga tabah.

    ReplyDelete
  2. Allahu...salam takziah dear...dah ada yg menanti di syurga & asbab utk tarik mak & abah nya ke syurga nanti..in sya Allah.. be strong, moga Allah berikan kekuatan...Allah tahu sis kuat sbb tu Dia uji sis & Allah sayang... nak kasi banyak pahala... hugs...

    ReplyDelete
  3. Allahu!! sabar ya nina... ujian utk nina sekeluarga tp hikmahnya nina ada harith nufael yg akan menarik nina dan suami ke syurga nanti.. insya allah... aaminn

    ReplyDelete
  4. salam takziah...smoga tabah dgn ujian ini...

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar, salam takziah sis...Allah uji tanda Allah sayang, semoga terus kuat dan tabah..tarikh lahir arwah sama dgn linda...

    ReplyDelete
  6. Allahu...sedihnya..semoga Nina & suami tabah & kuat semangat..

    ReplyDelete
  7. bersabar atas segala-galanya dan setiap ujian itu ada hikmahnya

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.