24 Nov 2023

Pengalaman Mengandung Anak Kedua

Assalamualaikum readers


Pengalaman Mengandung Anak Kedua | Betul orang kata setiap anak pengalaman berbeza. Kandungan kedua ini tak rancang sebab Harraz baru umur 1y10m. Ikut kiraan Dr, mula pregnant bulan Jan. Entri panjang, boleh skip kalau tak nak baca



Allah bagi rasa mengandung tanpa alahan. Bulan 3 buat aktiviti lasak di Langkawi dan dapat puasa penuh. Lepas raya baru perasan ketulan di perut sebelah kanan. Period on off, sumpah tak ambik kisah bab kesihatan sebab kerja, urus anak dan rumahtangga ni memang penat!


28 April 23, 6.29 pagi


Terus buat test esoknya. Memang terkejut lah. Mula risau sebab tak jaga makan, tak makan folic acid dan lain-lain 😭 Bermula episod hospital jadi rumah kedua. 


30 Mei 2023


- Buka buku pink, kandungan sudah 22w dengan berat 48.5 kg dan HB 11.8 . Dah nampak baby bump.


27 Jun 2023


- Berat 52.5 kg (naik 4 kg). Terus Dr KK buat surat refer Dr pakar. Dah mula rasa tak sedap hati.




13 Julai 2023


- Pi Hosp. Pulau Pinang buat details scan dan Dr sahkan ada masalah Polyhydramnios (air ketuban banyak). Mula kerap sesak nafas, pedih ulu hati dan susah nak tidur. Paling teruk kerap buang air.


Perut besar macam mengandung kembar

Bercinta dengan toilet


23-25 Julai 2023


- Admitted, baby kurang gerak. Disebabkan air ketuban banyak jadi tak rasa pergerakan baby, tahap kesihatan makin drop. Dr explain masih tak dapat detect masalah baby sebab dah besar.


15 Ogos 2023


- Admitted kali ke 2 sebab false contraction, kandungan 33w. Sakit semasa kerja, nasib ada parents in law mai ambil di office bawa ke hosp. Nurse inject ubat Dexa 1st dose (matangkan paru-paru baby). Sakit hanya Allah yang tau, krem punggung kanan.


Dalam masa yang sama masih menyusukan Harraz, rupanya kena stop bf sebab merangsang contraction. 



Rezeki dapat wad dan katil yang sama masa bersalinkan Harraz


16 Ogos 2023


- Buat 1st procedure Amnioreduction selama 25 minit. Keluarkan 2.45ml air ketuban (4 botol). Rasa lega sangat.


Gambar contoh


Tujuan keluarkan air ketuban sebab nak scan baby dan kalau dibiarkan boleh bahayakan nyawa ibu sebab air ketuban banyak bagi tekanan pada organ hati, paru-paru dan pundi kencing. Nina kerap sesak nafas, sakit pinggang, tidur mengiring sebelah kiri saja dan sakit bila buang air.


Ubat stopkan contraction


- Lepas procedure, contraction teruk, nurse tolak balik wad menangis mintak pain killer. Kena cucuk di punggung, pengsan 4 jam. Tersedar nurse bagi ubat Nifedipine selang 4 jam (stop contraction sebab bukaan 1 cm) dan inject ubat Dexa 2nd dose.


18 Ogos 2023


- Hari discharge tapi Dr kata kalau air ketuban naik kena buat 2nd procedure. Result scan nampak saluran pernafasan sempit, sebab tulah baby tak telan air ketuban tapi buang air saja. Alhamdulillah bagi memo Dr pada HR, boleh work from home. Dr ada suggest, ambil sample air ketuban ke lab untuk tau baby sakit apa tapi kos 1k. Tolak untuk buat test.


Mintak laki bawa susu, ini susu Harraz

Nasib setiap orang tak sama


6 Sept 2023


- Ke hosp buat details scan. Kena admit sebab air ketuban naik balik. Balik rumah packing baju, inform HR (incase kena admit sampai bersalin). 


7 Sept 2023


- Lepas buang air ketuban, nurse tolak ke PAC. Kena tunggu sebab wad penuh, nasib baik mild contraction, nurse bagi panadol saja.


Allah saja yang tahu seksanya mengandung kali kedua ni


Nurse tolak masuk PAC dulu


- Dari pagi hingga pukul 5.00 baru masuk wad. Lepas tu buat CTG, kali ke 2 baru result ok. Baby kerap ubah position, Dr tak bagi balik, stay hingga bersalin sebab bukaan dah 4 cm.



Bacaan HB drop 9, terpaksa masuk 3 botol (seminggu sekali 1 botol)

Keluar bersama darah tapi bukan tanda nak bersalin pun


- HB drop ke 9. Muka pun nurse kata pucat. Terpaksa masuk ubat Zincofer (ubat tambah darah). Nurse buat tester, kalau takda alahan baru masuk 1st dose. Alhamdulillah ok.


Insert branula di pergelangan tangan tak sakit sangat. Berdenyut bila masuk ubat zincofer ni

Menu isi ikan paling sedap. Mostly ayam tapi mesti tunggu yang ni jugak

Teringin nak makan sementara tak bersalin lagi


12 Sept 2023


- 6 pagi nurse kejut buat CTG, mesti kena buat 2 kali baru dapat result macam Dr nak.


Result ada contraction

- 7.15 pagi selesai induce belon, tunggu sejam baru boleh bangun. Tak sakit tapi rasa tak selesa nak berjalan dan buang air. 


Baru tau induce belon macam ni


- 9 pagi repeat buat CTG, ada contraction tapi bukaan masih 4 cm, Dr decide keesokkannya masuk LR. Kandungan dah masuk 37w (9 bulan).



MIL kirim sebab dah nak bersalin. Nanti kena pantang


- 4 petang turun air tapi bukan air ketuban, rupanya keputihan. Dr keluarkan belon dan masukkan yang baru (belon besar sikit). 3 jam lepas tu belon jatuh sendiri. Memang takda function, pintu rahim tak buka.


13 Sept 2023


- 8.30 pagi nurse tolak pi LR untuk pecah air ketuban. Disebabkan air terlalu banyak, keluar macam empangan pecah (terpaksa sedut masuk 2 botol). Malu pun ada sebab basah baju Dr.


- 10 pagi bukaan 6 cm, contraction kerap selang 3 minit. Dah sign form Epidural dan mintak nurse inject pain killer, mula laloq (mengantuk dan sakit kurang sikit). 30 minit datang Dr bius tapi cancel Epidural sebab dah mula meneran. 


- Alhamdulillah pukul 11.08 pagi selamat bersalin. Ada koyakan sikit. Jahit 1 cm. 


Bersambung part ke 2 nanti. Panjang entri ni 😂

6 comments:

  1. Alahai...x semua orang mengandung dugaan sama kan...x sabar nak tunggu part 2

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum baby...sama tarikh lahir dengan cikLinda lah...
    mengandung setiap anak tak sama...tp alhamdulillah, bby dan ibu selamat...

    ReplyDelete
  3. Allahu...baca je dah seriau..dah selamat bersalin ya...tak sabar nak baca part 2..

    ReplyDelete
  4. selamat berpantang ye Nina.. Tahniah juga! Kalau tau awak baru pas bersalin, konpom kita cari sesuatu yg berkaitan dari korea hehehehe pape pun tahniah tau!!

    ReplyDelete
  5. takziah nina atas kehilangan anak kedua.

    ReplyDelete
  6. Allahu..memang dugaan sungguh .. setiap org lain ujianNya kan... its ok...sakit tu penghapus dosa... moga terus kuat key..

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.