9 Jan 2024

7 Tanda Suami Sayang Isteri

 Assalamualaikum readers


7 Tanda Suami Sayang Isteri | Kalau tengok di socmed rata-rata orang single takut nak berumah tangga disebabkan macam-macam kes sekarang ni seperti suami bunuh isteri, kaki pukul, penyondol, suami tak bertanggungjawab dan monopoli poligami. Mestilah bila buat keputusan nak nikah tu dah sehabis mungkin bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan.



Dapat pasangan baik dan bertanggungjawab tu alhamdulillah, banyakkan berdoa kepada Allah semoga jodoh berpanjangan. Manusia ni tak semua perfect tapi kalau dalam marriage life masing-masing saling tolong, memahami dan paling penting tau bab agama dan willing untuk belajar In Shaa Allah dipermudahkan. Tipulah kalau tak gadoh, bertengkar apa semua tu. Nak kongsikan tanda-tanda suami sayang.


#1 Suami ambil berat tentang isteri


Balik dari kerja dia mesti tanya bagaimana hari anda. Dia juga suka dengar dan jadi 'pendengar' setia. Kalau anda mengadu ada masalah dia la orang pertama yang akan selesaikan masalah.


#2 Sentiasa mahu yang terbaik buat anda


Dia tak pernah menolak kalau anda ajak jumpa ahli keluarga dan kawan-kawan. Tak ada istilah malas atau malu. 


#3 Melayan anda dengan baik


Jika dia sanggup utamakan perasaan, permintaan dan keperluan anda lebih dari perasaan diri sendiri, itu bermakna cinta dia pada anda sangat ikhlas.


#4 Selalu luangkan masa bersama


Suami anda lebih suka luangkan masa bersama anda daripada bersama kawan-kawan dia. Itu tanda dia gembira bersama anda.


#5 Anda selalu diutamakan


Apa saja yang suami rancang mesti akan utamakan keperluan anda. Nak beli baju pun mesti akan belikan baju anda dahulu. Kalau dapat bonus hujung tahun dia mesti bagi anda.


#6 Dia tak rasa malu bersama anda


Bila berjalan di shopping mall suami tak akan tinggalkan anda jalan sorang di belakang. Pergi mana pun dia pimpin tangan. Dia pun tak malu untuk bawa anda ke majlis kerja atau jumpa kawan dia. 


#7 Integriti tinggi


Selalu bercakap jujur dengan anda semua perkara. Dia tak pernah sekali mungkir janji, lambat atau cepat pasti ditunaikan. Dia juga tak pernah putus asa berusaha keras untuk selesaikan masalah rumahtangga jika ada. Dia tak pernah lari dari masalah. Kerap ucap 'terima kasih' tanda hargai pengorbanan dia selama ini.

3 comments:

  1. semoga rumah tangga kita dalam keadaan sakinah dan mawaddah...Aamin

    ReplyDelete
  2. yezza..setuju dgn semua yg di atas...

    ReplyDelete
  3. Suami takkan cakap dia sayang isteri. Tapi dia akan share melalui perbuatan. Lagi-lagi bila dah tua, lagilah kurang dia tunjuk. Kenalah terima seadanya. Kadang benda kecil pun, memberi makna besar dalam rumahtangga, seperti nombor 4 di atas. Dia tak keluar lepak dengan kawan-kawan malam-malam, lebih suka duduk rumah dengan famili, dah kira cukup baik. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.