19 Feb 2024

Ke Kuala Lumpur Demi Kerja

Assalamualaikum readers


Tajuk bukan main tapi hakikatnya Nina baru balik dari KL. Ikutkan kena extend tapi hubby tak nak (penat dengan jalan KL, banyak kali sesat, terlepas simpang dah kena pusing jauh siap kena tol). Bila fikir-fikir balik, plan Allah tu cantik, bulan ini email notis resign 1 bulan, lepas tu kerja part time sementara nak jadi permanent staff company baru, sebab tak ada background dalam logistik.


14 Feb - 7.11 pm masih stuck dalam jammed

15 Feb - 1.55 pm baru lunch, sedap lauk-lauk di sini

Dari PJ ke Segambut ambil kereta sewa, 2x sesat



Kenapa resigned? Nanti Nina story. Allah bagi rezeki kerja dengan Flash Express, kerja dengan hubby. Why not kan sebab kos pergi dan balik kerja jimat sikit. Nak dijadikan cerita FE tukar sistem, jadi courier branch TTDI mogok tak nak kerja, backlog parcel hingga 4K 😭 HQ pun 'menjemput' courier/supervisor negeri lain untuk support. Diberi hotel dan kereta selama 4 hari.


Sorang lagi sorting parcel ikut tempat

Malam kedua jalan-jalan KL. Pukul 10.48 pm masih meriah

1st pergi Pintasan Saloma, disebabkan sebelah kawasan kubur, hubby tak berhenti

Nak selfie kat sini tapi tulah susah dapat parking

Tak pernah masuk dalam ni


Berhuhuhu kami 3 beranak dan sorang courier pi KL petang khamis lepas. Hazab kena hadap jem 4 jam dari Sungai Perak. Semua pakat balik dari cuti raya cina. Satu pengalaman baru tak pernah terfikir jadi courier hantar parcel area Damansara. Paling malas layan customer order barang COD (cash on delivery). Time ini lah jumpa manusia yang order barang tapi tak mengaku. Kerja sambil jalan-jalan ni best, siang hantaq parcel, malam ronda-ronda KL 😂

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.