28 Mar 2024

Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel

Assalamualaikum readers


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel | Lamanya tak update tapi alhamdulilah pageview setiap hari 5-6k++ ❤ Haritu ada share pasal produk Skintific especially cleanser. Tup tup terbeli 2 set pulak - serum dan moisturizer. Grab masa ada sale ya. Kalau di Watson's mahal banget.


Skintific 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel - RM 46.92 


Skintific ni kiranya sebagai penganti kepada Kiehl's sebab bagi Nina lah, lebih baik laburkan duit untuk skincare dari beli make up full set yang harganya boleh capai beribu tapi tujuan untuk tutup cela di wajah. 


  • Melembabkan kulit dan cepat meresap, efeknya bangun pagi still muka nampak lembab dan pipi terasa lembut.

  • Tidak mengeringkan kulit, sesuai untuk kulit kombinasi dan kering.

  • Suka pakai setiap pagi dan malam sebab teksternya sejuk di muka.

  • Mengurangkan warna kemerahan di muka. Kadang tu ada jenis kulit macam ni.

Best sebab ada spatula

Dah pakai 2 minggu. Mungkin boleh tahan dalam sebulan lebih untuk 30 gram



Siapa pernah ada jerawat batu siap nanah time study tu dia akan rasa betapa malunya setiap kali masuk ke kelas, boleh nampak lah muka pelajar-pelajar lelaki. Untunglah bukan taste aku nak dijadikan boyfriend. Haha.. Eh dah lari dari tajuk.

26 Mar 2024

Tealive Matcha Smoothie With Cream Cloud

Assalamualaikum readers


Tealive Matcha Smoothie With Cream Cloud | Panjang betul nama air ni 😂 walaupun panjang tapi sedap okay. Boleh repeat lagi sebab menu air ni viral dalam TikTok. Lagi pulak peminat green tea wajib cuba sebab cream cloud tu buat air rasa 'berlemak'. Menu air ni better order terus di kiosk, kalau thru Food Panda tak ada.


Tealive Matcha Smoothie With Cream Cloud - RM 12.74


Kadang orang takut nak cuba matcha ni sebab terpengaruh kononnya rasa macam rumput. Eh bila pulak manusia jadi lembu atay kambing boleh tau rasa sebenar matcha. Bergantung kepada cara air dibancuh, kalau terlebih memang akan rasa pahit tapi air ni bila mixed dengan cream cloud, rasa matcha tu jadi balance.



Carbonara Mac & Cheese - RM 9.34


Next cuba pulak Carbonara Mac & Cheese. Nina beli untuk Harraz tapi dia tak nak makan. Sudahnya mak lah kena habiskan. Macam mana berat tak naik. Sekali sekala boleh lah beli, harga lepas GST dah lain. 

17 Mar 2024

Majlis Perpisahan Untuk Suami

Assalamualaikum readers


Majlis Perpisahan Untuk Suami | Entri peram dari 20 Februari. Dalam banyak-banyak company yang hubby pernah kerja seumur hidup ini selain Perodua adalah Flash Express, yang meraikan farewell dia. Boss dan teman-teman sekerja sepakat nak celebrate walaupun cuma transfer ke branch lain. Jauh la jugak ulang alik dari Jelutong-Bayan Lepas 😂 Jadi wife ini hanya perlu berdoa, Allah permudahkan urusan hubby mencari rezeki yang halal untuk keluarga.


Memerangkap kek birthday. Tak pasti kenapa kek ni lembik walaupun dah simpan dalam peti ais. Oreo cheese pulak tu - RM 108


Aksi spontan tanpa diketahui


Betul rezeki tak salah alamat, mula-mula tu ada bincang kenapa dia nak stay dalam company FE dalam masa yang sama nak Nina join sekali sedangkan hari-hari stress, balik kerja malam, cuti tak tentu rupanya ada hikmah, bila dah masuk jadi 1 team ni baru lah terjawab segala persoalan. Walaupun penat tapi bila balik rumah dah tak perlu fikir pasal kerja, tak ada staff lain ganggu selepas waktu kerja macam kerja sebelum Nina resign.



Bike courier & car courier

Boss dan hubby bermula dari courier, naik pangkat slow-slow. Orang kata bermula dari bawah

TML branch (Timur Laut). Ada yang tak hadir, kalau campur dengan part time lagi ramai


Disebabkan boss suka sangat steamboat, maka kejadian makan-makan pun di Penang Chinese Muslim Steamboat & Grill Jelutong, berdekatan dengan office. Malam tu bawa bini masing-masing, boleh kenal-kenal tambah silaturahim. Makanan pun sedap, tak kira berapa kali kami tambah makanan 😅 Yang sukakan steamboat boleh datang makan kat sini. Masukkan dalam list jalan-jalan cari makan.

|

|

V

BYL branch (Bayan Lepas). Kejadian semalam - penat lelah kemas hub yang macam sarang tikus. Depan pintu masuk hubby kata nak sambung kemas hari ini. Begitulah bila ambil alih jawatan dan kena kerja cuci taik orang. Memang kena banyak sabar.

13 Mar 2024

11 Tayar Kereta Terbaik 2024

Assalamualaikum readers


11 Tayar Kereta Terbaik 2024 | Korang pakai tayar kereta jenama apa? Rasa-rasanya tayar jenama apa yang paling sedap bawa kereta selain ikut pada harga dan jenis-jenis kereta. Buat para-para sakura wanita dan juga ibu-ibu wajib tahu ya tayar kereta sendiri. Semenjak kawen, hal tukar tayar ni semua serah pada hubby tapi bab expired tayar kereta tu wajib remark.


Macam Nina lepas beli kereta Perodua, terus check tayar, keluar dari kilang pakai Hankook. Lepas 3 tahun baru hubby tukar Dunlop pulak. Harga tukar 4 tayar bawah RM 350 katanya. Setakat ini dah pakai 2 tahun tayar masih ada bunga dan tak nampak tayar botak lagi, memandu semasa hujan pun baik. Di bawah antara 11 jenis tayar yang boleh dipilih dan boleh survey harga di kedai-kedai tayar sebelum tukar. 



#1 Goodyear



#2 Falken


#3 Continental


#4 Michelin


#5 Dunlop


#6 Viking Pro Tech




#7 Hankook


#8 Nexen Tire Roadian



#9 Toyo Tires Proxes


#10 Bridgestone


#11 Silverstone


10 Mar 2024

SKINTIFIC Panthenol Gel Cleanser

Assalamualaikum readers


SKINTIFIC Panthenol Gel Cleanser | Sebelum ni pernah tukar skincare ke brand skintific sebab brand pencuci muka sebelum ini dah kena boikot. Lepas guna trial set muka nampak makin elok. Setiap minggu ada sale di TikTok, memandangkan cleanser dah habis. Nina pun try beli jenis gel cleanser pulak.


SKINTIFIC Panthenol Gel Cleanser - RM 35 (after sale)


Panthenol ni memang gentle dan sesuai untuk semua jenis kulit. Bagus untuk repair atau maintain skin barrier kita. Dalam produk ni ada ceramide, amino acid dan centella, sangat sesuai untuk kulit sensitif. Walaupun dia gel cleanser tapi banyak buih tau. Membantu untuk mencuci muka tanpa mengeringkan kulit. Bila kulit tak kering dan cukup hydration baru kulit tak breakout.



Overall sesuai dengan kulit muka Nina, memang lembut selepas digunakan. Kena rajin tengok TikTok, Skintific kerap buat sale murah-murah. Untuk sebotol katanya boleh tahan sehingga 3 bulan. Sangat jimat!

8 Mar 2024

HR Steak House, Kampung Baru

Assalamualaikum readers


HR Steak House, Kampung Baru, Kuala Lumpur | Balik dari One Utama, bagi Harraz tidoq dulu. Kalau tak cas bateri, dia akan buat perangai. Alang-alang hari tu, jatuh birthday hubby dia plan bawa kami semua makan di area Kampung Baru. Katanya lama tak mai KB. Ada banyak restoran tapi full house, sampai depan restoran ni nampak ada meja kosong walaupun consider ramai.


9.09 pm baru sampai kampung baru, cuaca pun baru lepas hujan


10.55 pm - order Chicken Chop (kawan) & Ribs Steak N. Z Mussels (kami). Hidangan kami baru sampai atas meja, walaupun masih ramai orang


Satu benda bila masuk restoran ni, semua meja mesti akan order jus. Pastikan sedia duit cash sebab dorang tak terima selain dari itu. Suasana makan di dalam selesa cuma pencahayaan tu kurang, lampu malap, ala makan romantik tapi ada anak. Kalau makan di luar ok sikit sebab lampu terang.



Tak pasti hospital ni berfungsi ke tak sebab orang luar boleh parking dengan bayaran RM 5

11.30 pm - gerak balik Damansara. KB masih meriah umpama malam raya

Lawakan?


Overall makanan western di sini sedap, portion pun besar dan harga berbaloi, harga lebih murah dari Penang, yelah bab harga hubby yang bayaq, ofcos dia compare harga. Dia punya rasa air mangga tu pekat pior dan manis. Kalau makan kat sini wajib order jus buah. Puas hati.

6 Mar 2024

Kelebihan Dan Kebaikan Bismillah 5

Assalamualaikum readers


Kelebihan Dan Kebaikan Bismillah 5 | Ayat ni dikongsi oleh hubby selepas nikah, lagi satu dia suruh hafal 'Bismillah 3' juga. Setelah diamalkan, nampak perubahan dalam hubungan kami. Gadoh tu adalah tapi tak sampai 1 jam baik semula. Gitulah sampai sekarang 😂 Tipulah dalam hubungan tak macam ombak. Nina amalkan sebelum pi kerja dan balik kerja. Baca semasa drive. InshaAllah.



  • Menghalang jin dan syaitan
  • Terpelihara dari bahaya dan musuh
  • Melegakan bengkak dan benjol
  • Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  • Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan
  • Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
  • Penawar pelbagai racun dan bisa
  • Penawar penyakit gila meroyan
  • Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

4 Mar 2024

Al Fatihah Buat Makcik

 Assalamualaikum readers


Lagi beberapa hari nak puasa, Allah bagi ujian buat sepupu-sepupu Nina atas pemergian satu-satunya mak selepas beberapa bulan berlawan dengan komplikasi jantung dan paru-paru. Sungguh tak jangka last jumpa makcik pada 1 Januari lepas di Hospital Pantai (insurans cover). Tahun lepas pun dah banyak kali keluar masuk hospital, warded dalam CCU. Cuma kali ni, lepas discharge balik rumah kena pakai pampers dan beli tangki oksigen sebab susah nak bernafas dan berjalan. Dalam keluarga sebelah bapa tak ada penyakit jantung dan paru-paru ya.



Perginya Aminah Mohd Zain pada usia 70 tahun


Dalam 9 beradik sekarang hanya tinggal 4 orang saja termasuk bapa Nina. Banyak pengorbanan makcik Nina dari muda hingga ke akhir hayat. Membesarkan cucu sebab parents bercerai hingga masing-masing masuk U. Pandai cari duit sendiri dengan buka catering walaupun anak perempuan tak ambil alih. Salah satu adik perempuan yang bapa ada, dari Nina masih dalam perut, macam-macam makanan berkhasiat yang dibeli untuk mak.


Meninggal dunia di rumah/tempat dilahirkan

Disebabkan kubur kampung bapa ni dalam kawasan airport, maka waktu nak melawat hanya pada hari raya dan jika ada kematian sahaja. Alang-alang tu bersihkan kubur siap-siap sebelum puasa. Tak macam tanah perkuburan lain setiap masa dibuka.


Disebabkan kerja non stop nak dijadikan cerita petang ahad lepas tak tengok fon satu hari pun. Malam baru tengok whatsapp, sekali notification banyak. Pukul 11 malam baru balik kampung, bacakan yassin buat arwah. Keesokkannya, dikebumikan pukul 10.30 pagi. Semoga arwah makcik dan mak kepada blogger Suria Amanda ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aaaminn..