4 Mar 2024

Al Fatihah Buat Makcik

 Assalamualaikum readers


Lagi beberapa hari nak puasa, Allah bagi ujian buat sepupu-sepupu Nina atas pemergian satu-satunya mak selepas beberapa bulan berlawan dengan komplikasi jantung dan paru-paru. Sungguh tak jangka last jumpa makcik pada 1 Januari lepas di Hospital Pantai (insurans cover). Tahun lepas pun dah banyak kali keluar masuk hospital, warded dalam CCU. Cuma kali ni, lepas discharge balik rumah kena pakai pampers dan beli tangki oksigen sebab susah nak bernafas dan berjalan. Dalam keluarga sebelah bapa tak ada penyakit jantung dan paru-paru ya.



Perginya Aminah Mohd Zain pada usia 70 tahun


Dalam 9 beradik sekarang hanya tinggal 4 orang saja termasuk bapa Nina. Banyak pengorbanan makcik Nina dari muda hingga ke akhir hayat. Membesarkan cucu sebab parents bercerai hingga masing-masing masuk U. Pandai cari duit sendiri dengan buka catering walaupun anak perempuan tak ambil alih. Salah satu adik perempuan yang bapa ada, dari Nina masih dalam perut, macam-macam makanan berkhasiat yang dibeli untuk mak.


Meninggal dunia di rumah/tempat dilahirkan

Disebabkan kubur kampung bapa ni dalam kawasan airport, maka waktu nak melawat hanya pada hari raya dan jika ada kematian sahaja. Alang-alang tu bersihkan kubur siap-siap sebelum puasa. Tak macam tanah perkuburan lain setiap masa dibuka.


Disebabkan kerja non stop nak dijadikan cerita petang ahad lepas tak tengok fon satu hari pun. Malam baru tengok whatsapp, sekali notification banyak. Pukul 11 malam baru balik kampung, bacakan yassin buat arwah. Keesokkannya, dikebumikan pukul 10.30 pagi. Semoga arwah makcik dan mak kepada blogger Suria Amanda ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aaaminn.. 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.