24 Feb 2024

Hantar Parcel Di One Utama

Assalamualaikum readers


Kalau 5 hari tak update blog, automatik pageview jatuh menjunam. Busy dengan kerja baru dalam masa yang sama HR company lama sibuk minta buat payroll sebelum resign pada 5/3/2024. Ok sambung kisah hari ke 4 bekerja di KL, hubby dah malas nak courier di rumah-rumah orang, diambilnya semua parcel dalam mall 😂


Oval Damansara - HQ company lama Nina.


Pukul 11.00 pagi baru hubby pickup Nina di hotel selepas ambil parcel. Katanya nak makan nasi kukus tapi sejak sampai di KL tak jumpa orang jual pun. Sengaja Nina ajak pusing TTDI, banyak restoran mamak di KL. Takkan pi KL pun nak makan nasi kandar. Haha.. Pusing sana sini jumpa orang jual di tepi jalan. Alhamdulilah rezeki. 


Nampak tak lori putih tu? Kami makan disitu

Ada pelbagai jenis lauk

Nasi kukus ayam berempah, sedap


One Utama Shopping Mall bukan kecik ya, ada bangunan lama dan baru. Sengaja ke sana, nak happykan anak dan hari itu pula birthday hubby. On special day dia tak nak stress, ribut-ribut.


Masuk bangunan lama, terpaksa jalan jauh hantar parcel di kedua-dua bangunan

Nasib jumpa troli di entrance new wing, yang mencabar tu cari office Polis Bantuan. Kami tanya pada 6 pengawal keselamatan Nepal. Lokasi di tong sampah 1 Utama. Bertabahlah anak.

2 trip ya RM 20. Berebut stereng, nyaris langgar orang sebab Harraz tak bagi Nina pegang stereng. Sementara hubby cepat-cepat settlekan parcel.


Start Nina kerja dengan Flash ni, masa bersama dengan anak tu makin kurang. Maafkan mama dengan baba ya. Kami buat semua ini untuk Harraz. Biar anak tau susah payah parents cari duit, keluaq kerja pagi, balik malam. Masuk mall ni bukan nak shopping pun tapi lebih kepada borong Roti Boy (fav Harraz), lepas PKP terus branch Penang tutup. Sambung nanti celebrate birthday kat mana pulak.

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.