Assalamualaikum readers
Sedap Ke Air Chagee? | Sempena pembukaan outlet Chagee yang baru di All Season Place, Air Itam, Nina pun tak ketinggalan mencuba sebab packaging air lawa, collaboration bersama Duck. Memang tak pernah beli brand tudung Duck sebab mahal namati 😅 Golongan T20 mampu lah.
Air Chagee ni berasaskan teh dan susu, kalau sejenis tak suka bau teh yang sedikit wangi tu lupakan saja sebab lepas minum teh ni memang wangi sangat. Nasib boleh minum sampai habis. Hanya jual air tanpa makanan ya.
Untuk beginner, Nina cuba dua jenis air iaitu Jasmine Green Milk Tea (RM 13.90-large) dan Peach Oolong Milk Tea (RM 11.90-regular). So far kedua-duanya boleh diterima tekak. Air tak manis sangat, mild sugar. Sesuai untuk orang yang tengah diet. Yang belum pernah cuba silalah cuba.
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.