Assalammualaikum readers
Review Wanita Ahli Neraka (2025) | Trending di Netflix, sesungguhnya seorang wanita itu diberi pilihan 4 pintu baginya di syurga. Banyak pengajaran dan keinsafan dalam movie ini. Salah satunya, salah memilih suami buruk akibatnya.
Sinopsis :
Mengisahkan seorang gadis muda, bernama Farah yang menikah dengan Wahab, calon ketua kawasan di daerah mereka dengan niat ibadah demi meraih syurga. Selepas menikah kehidupan Farah baik dan layanan pada suaminya juga bagus sehingga tiba tempoh untuk pilihan raya.
Pernikahan nya yang penuh bahagia ternyata menyimpan rahsia kelam yang perlahan-lahan menghancurkan hidup Farah. Farah mula dihantui bayangan hitam dan kerap kerasukan dan hidup dalam ketakutan. Akhirnya, Farah sedar dirinya menjadi bahan korban dari perjanjian suaminya dengan iblis untuk mendapatkan jawatan dan kuasa.
Kisah yang diambil dari perjalanan hidup isteri Firaun, Aisyah yang akhirnya dapat masuk syurga. Penonton takkan tahu bila iblis tu nak muncul kan diri, bila muncul tiba-tiba terus terkejut. Cuma scene Abi dan Mbok tergantung. Rasanya mereka mati. Yang penting, sebelum menikah, selidik latar belakang keluarga pasangan dan agamanya bukan hartanya.
🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.