30 May 2025

Review Filem Pengantin Setan (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem Pengantin Setan (2025) | Filem yang ditayangkan pada Januari tahun ini tapi terkejut sebab sudah masuk dalam Netflix? Awalnya, tapi terus excited nak tengok sebab ini dari kisah benar pernikahan ghaib dengan Jin dan viral di Indonesia.



Sinopsis :


Mengisahkan tentang kehidupan rumah tangga sepasang suami isteri, Ariel (Emir Mahira) dan Echa (Erika Carlina) yang mengalami krisis. Dalam keadaan hubungan yang dingin bersama suami, Echa mendapat kebahagiaan dalam mimpinya bersama jejaka tampan tanpa dia ketahui itu jelmaan Jin Dasim (jin penghancur rumah tangga). Situasi terjadi ketika usia pernikahan mereka masuk tahun ke 3.



Echa yang merasa janggal bertemu dengan ustaz. Rupanya Echa sudah dinikahi oleh Jin Dasim di alam ghaib. Ariel cuba menjaga hubungan pernikahan mereka berdua dan Jin mula mengganggu Echa dan dan orang-orang terdekatnya, ada juga dibunuh oleh Jin Dasim.



Ariel sebagai lelaki dan suami penyayang, berusaha untuk membebaskan isterinya dari gangguan Jin sehingga berjaya. Banyak elemen-elemen dan nasihat dalam filem Pengantin Setan. Jin Dasim akan berusaha untuk runtuhkan rumah tangga anak-anak Adam. 


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

27 May 2025

Review Filem Almarhum (2025)

Assalammualaikum readers


Review Filem Almarhum (2025) | Movie seram dan Nina berpisah tiada 😅 kadang kucing lompat pun dah terkejut. Kucing pun pandai buat jumpscare. Haha.. Dalam kebanyakan filem Indonesia banyak menceritakan malam Jumaat Kliwon tapi tidak bagi filem ini.




Menjadi kepercayaan kepada masyarakat Jawa di mana orang yang meninggal pada hari Selasa Kliwon dianggap sial. Roh akan kembali menghantui ahli keluarganya supaya dapat bersama ke alam barzakh.


Sinopsis :


Mengisahkan Pak Mulwanto (Rukman Rosadi) merupakan pemilik tanah ladang di kampungnya. Walaupun hidup selesa dan anak-anak berjaya namun Pak Mulwanto seorang yang rendah diri dan sentiasa menjaga kebajikan pekerja. Suatu hari dia meninggal akibat terkena renjatan elektrik di kamar mandi.




Terkesan dengan kematian suaminya, Bu Rahmi (Nova Eliza) menjadi kemurungan dan aneh. Anak bongsu nya, Yanda (Alzi Markers) percaya dengan saranan Pak Budi (Gito Gilas) supaya melakukan ritual agar mereka semua tidak ikut meninggal. Walaupun perbuatan itu tidak dipersetujui oleh abangnya, Wisesa (Dimas Aditya), namun dia tidak menghalang adat setempat.



Sebelum ajal menjemput, sama seperti Pak Mulwanto, Bu Rahmi juga rasa sejuk hingga menggigil walaupun pada siang hari. Malam pula diganggu roh Pak Mulwanto yang mengajak dia ke alam barzakh. Melihat kelakuan ibunya, Yanda semakin yakin dengan cadangan Pak Budi, lalu memujuk kakaknya, Nuri (Safira Ratu Sofya) ke rumah mbah Sukma (Ruth Marini).




Kalau lemah semangat jangan tonton filem ini kerana jumpscare yang banyak, cara kematian pun ngeri, ada kemunculan pocong. Jalan cerita filem Almarhum mudah difahami cuma watak antagonis dua beranak yang menyakitkan hati. Bila tidak dapat apa yang dihajati, menganiaya orang pula.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

24 May 2025

Resepi Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum readers


Resepi Daging Goreng Kunyit | Antara resepi yang mudah dan menjadi favorite sekeluarga. Lagi banyak bawang lagi best. Goreng bawang sampai ranggup. Kalau makan di kedai tomyam, wajib order hehe.. nak dekat hari raya haji, mestilah banyak resepi daging kena cuba.




Bahan-bahan :


Setengah kilo daging

2 sudu serbuk kunyit

1 sudu garam

2 ulas bawang putih

Setengah bawang holland

1 biji bawang merah

4 ulas cili padi

Air


Cara-Caranya:


1. Gaulkan serbuk kunyit dan gaul sehingga sebati kemudian rebus. Rebus hingga daging lembut/empuk dan air rebusan kering.




2. Masuk 1/2 minyak untuk menggoreng.


2. Masuk bawang putih, bawang merah atau bawang holland. Masak hingga garing dan ranggup.



4. Last step masuk cili padi, siap!

Selamat Mencuba ☺

22 May 2025

Review Kaka Boss (2024)

Assalammualaikum readers


Review Kaka Boss (2024) | Filem pertama dari masyarakat Indonesia Timur iaitu Papua kerana tertarik dengan bahasanya. Tengah basuh pinggan dengar slang lebih kurang macam Sabah, terus curious nak tahu filem apa yang hubby tengok di Netflix. Belum pernah tengok kehidupan masyarakat Irian Jaya kerana guru pernah cakap mereka kasar dan ganas.



Sinopsis :


Mengisahkan Ferdinand Omakare (Godfred Orindeod), seorang bekas samseng yang ingin membanggakan anaknya, Angel (Glory Hillary). Watak Ferdinand dikenali sebagai seorang yang ganas dan digeruni oleh masyarakat sekeliling tetapi dalam hatinya ada bunga, cepat merajuk. Membuatkan Angel malu mempunyai bapa samseng.



Suatu hari isterinya, Martha (Putri Nere) menasihati suaminya untuk mencari pekerjaan yang lain. Ferdinand teringat semasa kecil dia sangat gembira dapat menyanyi sehingga dia membuat keputusan ingin menjadi penyanyi.



Ferdinand menghubungi Alan, seorang penerbit terkenal yang pernah berhutang kepadanya. Alan mulanya ragu-ragu akhirnya cuba menerima permintaan Ferdinand ingin terbitkan nyanyian. Ternyata, bukan lah mudah kerana suara Ferdinand begitu teruk. Ferdinand berazam ingin keluarkan single lagu sebelum acara sekolah Angel diadakan.


🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10

13 May 2025

Dancing Village : The Curse Begins (2024)

 Assalammualaikum readers


Dancing Village : The Curse Begins (2024) | atau tajuk filem seramnya ialah Badarawuhi Di Desa Penari. Takut betul tengok scene penari-penari kerasukan (kesurupan) sampai hilang nyawa 😭 Kena tengok sampai habis apa yang Badarawuhi nak sebenarnya?



Sinopsis :


Mengisahkan 4 anak muda bernama Mila (Maudy Effrosina), Yuda (Jourdy Pranata), Jito (M. Iqbal Sulaiman) dan Roy (Ardit Erwandha) yang berkunjung ke sebuah desa bernama Desa Penari. Mereka datang ke desa itu untuk sebuah misi. Mereka ingin memulangkan semula sebuah gelang antik milik Badarawuhi (Aulia Sarah), ratu penguasa roh Desa Penari yang dapat menyembuhkan penyakit ibu Mila.



Rupanya, Badarawuhi sudah menunggu kedatangan Mila dan dia berjaya menjadikan Mila sebagai seorang penari tanpa pengetahuannya. Berjayakah Mila keluar dari perangkap Badarawuhi dan menyembuhkan ibunya?


Fakta dari kisah ini :

Badarawuhi berasal daripada seorang wanita dari Jawa Tengah bernama, Ratna Narekh. Dia seorang ketua kampung dan menjadikan dia orang utama dalam memuja SangHyang (roh kuasa ghaib), ia menjadi tempat pesta menari dan lain-lain.


Ratna juga menuntut ilmu dari seorang pahlawan, Prabu Airlangga. Dipendekkan cerita, tok guru Ratna bertarung dengan Mpu Bharada (pendeta agama Hindu-Buddha, boleh google) dan tewas hingga mati. Di sebabkan itu, Ratna bersama murid-murid Airlangga yang lain terpaksa berpecah, kesemuanya lari ke Bali. Memandangkan, Ratna murid paling muda, dia lari ke Jawa Timur.




Sepanjang perjalanan ke sana, Ratna berjaya menakluk bermacam-macam jenis jin hasil daripada ilmu yang dituntutnya. Sejak kes lari, Ratna langsung tak pulang ke desa asalnya kerana sudah ditakluk oleh Mpu Bharada. Sumber mengatakan dengan ilmu yang dia ada (Kadigjayan, satu ilmu silat Jawa) membuatkan dia sentiasa awet muda walaupun Mpu Bharada sudah meninggal.


Suatu hari dia muncul di desa Wonokromo, ada seorang ketua yang suka memperalatkan wanita, tidak kira isteri orang, dia tetap goda. Wono menawarkan Ratna penginapan di rumahnya dan Ratna terima. Ketika Ratna sedang tidur, cubaan ketua kampung dan 2 orang anak buahnya nak meroyol gagal apabila Ratna berjaya bunuh mereka sebaik pintu bilik dibuka.


Ratna akhirnya pulang ke pantai selatan. Tempat tersebut dijaga oleh para panglima dan pahlawan yang terdiri daripada lelaki dan wanita untuk menjaga 'keharmonian'. Menari sambil diiringi muzik gamelan adalah satu pantang larang bagi menghormati jin-jin yang mendiami kawasan pantai. Ia membuatkan Ratna marah kerana itu hobinya dan dia tidak takut akan pantang larang dan dengan angkuh mengatakan dia sudah banyak menumpaskan jin dan mencabar jin di untuk bertarung.


Ratna menentang jin dan dia tewas, akhirnya mati. Ada satu jin masuk ke jasadnya dan lahirlah Badarawuhi. Jelmaan wanita cantik memakai kebaya dan selendang hijau. Mudah membuatkan kaum adam tergoda. Dia akan marah jika ada orang mengotorkan tempatnya, rupanya akan berubah setengah badan wanita bermahkota dan bahagian kaki jelmaan ular.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

The Haunted Apartment : Miss K (2024)

Assalammualaikum readers


The Haunted Apartment : Miss K (2024) | Berada di ranking pertama Netflix Malaysia dan kerana lama tidak tengok lakonan Cinta Laura jadi teruja nak tonton. Filem seram Indonesia ini merupakan sekuel dari filem berjudul Panggonan Wingit



Jika filem sebelum ini mengenai kisah hotel, filem kedua ini menceritakan kisah apartment berhantu. Filem ini di adaptasi kisah benar apartment berhantu di Surabaya.


Sinopsis : 


Mengisahkan Alma (Cinta Laura) dan adiknya, Mia (Callista Arum) berpindah ke Surabaya kerana dia mendapat kerja sebagai pengurus di apartment Sasmaya. Alma bekerja di situ dan mereka tinggal di apartment tersebut.



Alma mendapat aduan dari penghuni tingkat 5 syilingnya bocor seperti air hujan yang lebat. Air itu dari tingkat atas. Tiada pekerja yang boleh baiki kerana sudah malam. Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi dan nak selesaikan masalah, Alma mengajak adiknya untuk naik ke tingkat 6 walaupun tiada siapa boleh naik kerana pintu dikunci.



Walaupun tingkat 6 tiada penghuni dan ada bilik yang rosak, Alma dan Mia tetap masuk dan terjumpa hantu wanita sedang mengikat rambut anaknya, sambil berkata "4 hari, waktu maghrib". Mereka akan meninggal dalam masa 4 hari. Alma cari jalan untuk hapuskan 'sumpahan' itu.


Filem ini tak seram, hantu pun macam rupa alien, ada scene ganas, mayat di potong, kepala tercabut. Tak sesuai ditonton seisi keluarga terutama kanak-kanak. Kisah hantunya sedih, tapi geram kenapa kena balas dendam pada orang lain.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

10 May 2025

Pizza Wagyu Sedap Di Pizza Bara

Assalammualaikum readers


Pizza Wagyu Sedap Di Pizza Bara | Pizza Bara Bukit Mertajam | Pizza Kayu Api | Dah lama teringin nak rasa pizza wagyu, Alhamdulillah dapat. Kami pi hari weekdays, konon tak nak tunggu lama, bukan waktu orang balik kerja tapi sangkaan meleset, sampai tempat parking, parking hampir penuh 😂


Jemput makan. Banyak pilihan pizza di Pizza Bara


Nasib baik ada meja kosong, take order (no. 47), bayar siap-siap dan dapat no giliran tapi kan Nina tak dengar announcement tu, bising sebab lagu. Maaflah nombor dah panggil tapi lepas 10 minit baru tergerak hati nak tanya di kaunter. Akak yang ambik order tak menang tangan. Tunggu order dalam 30 minit, tak cepat dan tak lama. Kena faham sebab pizza bakar atas kayu, ambil masa sikit. Air percuma disediakan, boleh topup banyak kali.


Nina ada tapau bawa balik pizza, staff friendly dia cakap pizza tak boleh mixed, kena letak dalam box asing. Keesokkannya nak breakfast dengan bapak, pizza masih lembut walaupun tak dipanaskan, tak liat macam Pizza Hut, Domino's.


Wagyu Pizza - RM 45 (sedap!)

Beef Pepperoni Pizza - RM 23 (tak kedekut cheese)



Tak mampu nak makan pizza wagyu Jofliam sebab bukan golongan T20 (orang kaya) tapi lepas kes cerai dia dengan Cik Epal lagi lah aku tak hingin 😤 Follow baca blog Cik Epal dari zaman bujang lagi. By the way next time ada masa nak repeat lagi menu-menu yang lain. Sebab dah boikot pija yahoodi.


PIZZA BARA

373A, Jalan Abdul Kadir, Tanah Liat 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Buka setiap hari dari pukul 6.00-10.30 malam

Boleh tengok manu dan take away sini : Pizza Bara | Take App

7 May 2025

Resepi Udang Goreng Telur

Assalammualaikum readers


Resepi Udang Goreng Telur | Antara menu yang dimasak pada bulan ramadhan yang lepas. Menu simple untuk berbuka, nak buat bekal untuk ke pejabat dan bekal suami pun boleh. Ada udang lebih boleh cuba 😄




Bahan-bahan :


16 ekor udang

1 sudu kecil garam

1 sudu perasa

1 sudu tepung jagung

4 biji telur

2 ulas bawang putih

2 tangkai daun bawang


Cara-caranya :


1. Perap udang bersama garam, perasa dan tepung jagung.




2. Tumis bawang putih, masukkan udang. Setelah udang hampir masak masuk telur yang telah dikacau.



3. Lastly, masuk daun bawang. Siap untuk dihidangkan. Sedap makan panas-panas dengan nasi putih.