13 May 2025

Dancing Village : The Curse Begins (2024)

 Assalammualaikum readers


Dancing Village : The Curse Begins (2024) | atau tajuk filem seramnya ialah Badarawuhi Di Desa Penari. Takut betul tengok scene penari-penari kerasukan (kesurupan) sampai hilang nyawa 😭 Kena tengok sampai habis apa yang Badarawuhi nak sebenarnya?



Sinopsis :


Mengisahkan 4 anak muda bernama Mila (Maudy Effrosina), Yuda (Jourdy Pranata), Jito (M. Iqbal Sulaiman) dan Roy (Ardit Erwandha) yang berkunjung ke sebuah desa bernama Desa Penari. Mereka datang ke desa itu untuk sebuah misi. Mereka ingin memulangkan semula sebuah gelang antik milik Badarawuhi (Aulia Sarah), ratu penguasa roh Desa Penari yang dapat menyembuhkan penyakit ibu Mila.



Rupanya, Badarawuhi sudah menunggu kedatangan Mila dan dia berjaya menjadikan Mila sebagai seorang penari tanpa pengetahuannya. Berjayakah Mila keluar dari perangkap Badarawuhi dan menyembuhkan ibunya?


Fakta dari kisah ini :

Badarawuhi berasal daripada seorang wanita dari Jawa Tengah bernama, Ratna Narekh. Dia seorang ketua kampung dan menjadikan dia orang utama dalam memuja SangHyang (roh kuasa ghaib), ia menjadi tempat pesta menari dan lain-lain.


Ratna juga menuntut ilmu dari seorang pahlawan, Prabu Airlangga. Dipendekkan cerita, tok guru Ratna bertarung dengan Mpu Bharada (pendeta agama Hindu-Buddha, boleh google) dan tewas hingga mati. Di sebabkan itu, Ratna bersama murid-murid Airlangga yang lain terpaksa berpecah, kesemuanya lari ke Bali. Memandangkan, Ratna murid paling muda, dia lari ke Jawa Timur.




Sepanjang perjalanan ke sana, Ratna berjaya menakluk bermacam-macam jenis jin hasil daripada ilmu yang dituntutnya. Sejak kes lari, Ratna langsung tak pulang ke desa asalnya kerana sudah ditakluk oleh Mpu Bharada. Sumber mengatakan dengan ilmu yang dia ada (Kadigjayan, satu ilmu silat Jawa) membuatkan dia sentiasa awet muda walaupun Mpu Bharada sudah meninggal.


Suatu hari dia muncul di desa Wonokromo, ada seorang ketua yang suka memperalatkan wanita, tidak kira isteri orang, dia tetap goda. Wono menawarkan Ratna penginapan di rumahnya dan Ratna terima. Ketika Ratna sedang tidur, cubaan ketua kampung dan 2 orang anak buahnya nak meroyol gagal apabila Ratna berjaya bunuh mereka sebaik pintu bilik dibuka.


Ratna akhirnya pulang ke pantai selatan. Tempat tersebut dijaga oleh para panglima dan pahlawan yang terdiri daripada lelaki dan wanita untuk menjaga 'keharmonian'. Menari sambil diiringi muzik gamelan adalah satu pantang larang bagi menghormati jin-jin yang mendiami kawasan pantai. Ia membuatkan Ratna marah kerana itu hobinya dan dia tidak takut akan pantang larang dan dengan angkuh mengatakan dia sudah banyak menumpaskan jin dan mencabar jin di untuk bertarung.


Ratna menentang jin dan dia tewas, akhirnya mati. Ada satu jin masuk ke jasadnya dan lahirlah Badarawuhi. Jelmaan wanita cantik memakai kebaya dan selendang hijau. Mudah membuatkan kaum adam tergoda. Dia akan marah jika ada orang mengotorkan tempatnya, rupanya akan berubah setengah badan wanita bermahkota dan bahagian kaki jelmaan ular.


🌟🌟🌟🌟🌟/10

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.