11 Jun 2025

Chang Puak Elephant Camp Hatyai

Assalammualaikum readers


Chang Puak Elephant Camp Hatyai | Hampir terlupa nak sambung kisah cuti di Siam. Aktiviti paling makan modal dan mahal di Hatyai bila masuk ke sini. Hubby pejam mata bayar duit di kaunter demi anak. Kami berdua pernah datang time masing-masing masih bujang. Ini bawa anak rasa lain sikit.



Thailand popular dengan gajah, Chang Puak Camp ini mula beroperasi pada Mei 2012. Nak merasai naik gajah, boleh cuba, naik untuk 30 minit sahaja. Yang tak best, Nina pernah datang pada tahun 2016, lepas naik gajah dapat makan free buah-buahan (tembikai dan nenas) tapi yang latest mereka dah tak provide pada tourist 😂 Ada 3 packages, boleh pilih nak yang mana, staff pun friendly.


Ambil package A


Bird Park

Seronok dapat pegang dan dukung arnab

BB Gun

The result, ours

Dapat voucher, boleh beli air


Bagaimana perasaan naik gajah tu? Rasa seperti duduk di tempat tinggi, terhuyung hayang, lebih kurang naik roller coaster dan 0kena tahan bau, bila gajah sambil jalan sambil berak. Hahah.. Nina perasan lokasi naik gajah dah berubah, sudah diupgrade, tak masuk hutan macam dulu-dulu. Siap ada rumah untuk pekerja dan rumah untuk gajah berehat.










Bila dah separuh jalan, akan ada orang ambil gambar, nanti boleh beli semasa turun dari gajah. Tak nak beli pun tak apa. Terpulang. Orang yang menjaga gajah juga ada jual souvenir untuk tips tapi tak beli sebab itu barang agama Buddha.




Lastly, naik ATV, mulanya dah takut sebab masih fobia lepas naik di Cameron. Laluan ATV pun dah lain. Semua fasiliti dinaik taraf. Not bad. Kalau ke Hatyai jangan lupa masukkan dalam list ya. 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.