Assalammualaikum readers
Review Filem Singsot : Siulan Kematian (2025) | Hujung minggu datang lagi, kita layan movie horror lagi. Hihihihihi.. alamak movie kali ini kena ikut baca subtitles English sebab 95% dialog dalam bahasa Jawa Jogja. Ternganga Nina nak faham apa yang dikatakan 😂
Sinopsis :
Ipung (Ardhana Jovin Aska Haryanto) si kecil yang taksub dengan burung peliharaan datuknya (Landung Simatupang). Kerana kerap kali melihat datuknya merawat burung sambil bersiul, dia juga ikut sekali. Masalah, Ipung tidak tahu ada waktu-waktu tertentu sahaja boleh bersiul kecuali selepas maghrib.
Neneknya (Sri Isworowati) sudah mengingatkan berkali-kali tetapi biasalah budak kecil, susah nak dengar cakap sehingga perkara seram mula berlaku. Ipung diganggu dan diikuti oleh setan.
Siapa tahu dari siulan biasa Ipung boleh membawa kepada masalah serius, datuknya berusaha menyelamatkan Ipung dari menjadi mangsa siulan kematian.
Menarik ya? Jarang ada filem yang menunjukkan tema ' larangan bersiul di malam hari' di jadikan tajuk untuk menakutkan-nakutkan penonton. Boleh tengok di Netflix ya. Cuma endingnya, Nina tak berapa faham kenapa Wiwik mati, dan datuk Ipung muncul dari mana selepas berlawan dengan roh orang mati.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.