13 Sept 2025

Oishi Panchos Keju Nacho Dan Jagung Pedas

Assalammualaikum readers


Oishi Panchos Keju Nacho Dan Jagung Pedas | Lately kalau beli groceries mesti jumpa produk baru dari Indonesia macam Wow Spaghetti Instant. Yang latest keropok ini, Nina jumpa yang warna biru tu di Lotus (RM 5.20) bulan lepas. Bulan ni beli yang warna merah pula sebab jumpa lebih murah di 99 Speedmart dengan harga RM 4.95.



Menariknya, keropok ini memang tak scam pembeli ya, yang perisa Keju Nacho tu memang pekat rasa kejunya 👍🏻 untuk perisa jagung pedas terasa jagung tapi pedasnya level biasa, kanak-kanak pun boleh makan. Dah jumpa nacho yang ranggup boleh buat resepi Loaded Nachos Guacamole 😋


Nanti nak buat entri sebab apa Maltodextrin tak bagus untuk kesihatan


Tak pasti Oishi ni ada berapa jenis perisa keropoknya, yang nampak setakat ini hanya 2 perisa. Kena tanya Fanny, dia dah cuba atau belum. Keropok Nachos Twiesties tu tak berapa sedap dan tak beli sebab nak buat jihad kecil untuk Palestin. 

No comments:

Post a Comment

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.