Assalammualaikum readers
Review Godaan Setan Yang Terkutuk (2025) | Berada di tangga kedua di Netflix menarik perhatian Nina untuk tengok selain Dasim. Jalan cerita sarat dengan isu kekeluargaan antara suami/ayah yang berusaha melindungi keluarga dari segala godaan setan.
Sinopsis :
Mengisahkan kehidupan keluarga ustaz Ahmad (Donny Alamsyah) dan isterinya, Sri (Poppy Sovia) bersama dua anak perempuan mereka, Nayla (Azela Putri) dan Yasmin (Aline Fauziah). Ahmad menjadi ustaz ruqyah berpengalaman selama bertahun-tahun dan sudah banyak membantu orang yang di rasuk dan tidak menerima sebarang bayaran, menolong ikhlas kerana Allah.
Sehingga Ahmad menolong ruqyah Ratna (Claresta Taufan), anak Pak Timur yang kerasukan, sudah ramai ustaz yang dipanggil tetapi gagal. Seperti biasa, ustaz Ahmad tidak mahu menerima bayaran. Dalam masa yang sama ustaz Ahmad perlukan duit untuk bayar yuran sekolah Yasmin dan ganti rugi telefon milik rakan sekelas Nayla. Perniagaan Sri juga merosot.
Suatu pagi, Ratna datang ke rumah ustaz Ahmad tetapi ustaz berada di masjid, tanpa berfikir panjang ibu Sri mengambil duit hasil ruqyah Ratna. Kejadian aneh mula berlaku pada Yasmin tetapi ustaz Ahmad masih bertenang. Sehingga ustaz mengetahui perjanjian Pak Timur dengan iblis.
Keluarga ustaz Ahmad akhirnya di ganggu iblis yang ingin merosakkan keluarganya, akhirnya Sri membunuh Nayla dan Yasmin terselamat.
Sepatutnya tajuk lebih kepada godaan duit bukan godaan setan 😂 setiap babak tak terlalu merepek dan watak Donny dan Poppy nampak serasi sebagai suami isteri kecuali Ratna yang kesurupan Spider-Man hingga kena berdiri di dinding. Yasmin juga kurang, terutama scene ibunya serang Nayla, sepatutnya sebagai anak ustaz bacaan doa perlu lancar.
Peliknya Nayla keluar dengan Farhan ke motel tiada siapa tahu dan dia berpakaian seksi ke sekolah juga tak diketahui oleh ustaz dan Sri. Lastly nampak lah setan itu memang berdendam dengan ustaz Ahmad, hingga ke penjara pun dia ada.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟/10
No comments:
Post a Comment
Hye Readers ❤
Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!
Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.