17 Jun 2014

Felixia Yeap Menjadi Mualaf Baru

Salam Readers..


Kurang dari seminggu lagi nak puasa dan menunggu bekas model Playboy mengucap 2 kalimah syahadah pada 3 Julai ini bersempena tarikh lahirnya. Semoga urusan Felixia berjalan dengan lancar. Mari kita mendoakan yang baik2 saja buat dia. Seriously suka tengok lakonan dia dengan Azlee Khairi dalam telemovie Nikah Kita Bercinta




Nama sebenar adalah Felixia Yeap Chin Yee. Dilahirkan pada 3 Julai 1986 di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Model berketinggian 173 cm. Felixia Yeap merupakan warganegara Malaysia berbangsa Cina yang juga seorang model profesional yang pernah menghiasi majalah terkenal 'playboy', FHM dan banyak lagi. Menjadi model untuk mencari rezeki dan membantu ibu tunggal yang membesarkannya dan adiknya. 


Pernah muncul dalam rancangan realiti 'I Wanna Be A Model (Season 3)' sebagai finalist dan disenaraikan dalam The Hall of Fame kerana meraih gelaran Miss Malaysia Tourism 2007 pada usia 19 tahun. Felixia juga adalah pemenang kedua untuk pertandingan ratu cantik Miss Chinese World Malaysia 2006 dan pernah tersenarai dalam pertandingan akhir Dewi Remaja Malaysia.



Pada tahun 2008 beliau telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan '2008 Beijing Olympic - Olympics Beauty' dan diikuti dengan penyenaraian dalam FHM Girl Next Door 2009 . Sejurus selepas itu, beliau telah dinobatkan sebagai Velocity Angels-Model of The Year 2009 sebelum menjadi finalist untuk Miss Universe Malaysia 2010.






Ramai yang suka dengan perubahan Felixia dan ada juga yang mengkritik hebat. Apa yang pasti dia mengatakan dia agak selesa dengan mengenakan pakaian berhijab dan ini yang membuatkan saya begitu tersentuh hati. Seorang bukan islam mempunyai keinginan yang kuat untuk memakai hijab seperti para muslimah.


Tak perlu nak tunjukkan semua gambar2 seksinya dulu. Felixia juga dah memiliki nama Islam yang cukup indah melalui mimpi. Semakin banyak terima tawaran model muslimah dan berlakon.   






Paling ketara, banyak lelaki mendekati terdiri dari lelaki Melayu yang tertarik dengannya termasuk dalam kalangan ustaz. Suka dengan kata-kata Felixia:


"Berbanding dahulu, lelaki yang mendekati saya pada kali ini mengajak saya berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu."

"Prinsip saya mudah. Seperti mana saya memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, saya juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam. Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri."


Lelaki pilihan hati Felixia? Dia mengimpikan lelaki matang, berilmu, berpengetahuan, penyayang, berkerjaya dan berpendapatan stabil tetapi tidak terlalu workaholic, down-to-earth, tidak berfoya-foya, menepati janji dan serius dalam ikatan perkahwinan.


11 comments:

  1. memang cantik..

    ReplyDelete
  2. dia senior sekolah sy.
    tp waktu sekolah dulu, dia biasa2 je
    tak sangka jd terkenal mcm ni. hihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah semoga niat beliau dipermudahkan Allah...

    ReplyDelete
  4. nk tggu siapalah yg berjaya jd suami dia ;-)

    ReplyDelete
  5. Sememangnya dia memiliki kecantikan anugerah Ilahi.. Sentiasa menyokong apa yang baik.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Bertambah lagi saudara Islam kita.
    Jemput semua bloggers singgah blog saya.
    Life is beautiful...don't waste it.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.