16 Jun 2014

Review Filem : Clash of The Titans (2010)

Salam Readers..

Review Filem Clash of the Titans (2010) | Bila ada kesempatan, dapat tonton movie yang belum sempat nak tengok sebelum ini. Semalam keluar tengok wayang dan dapat juga membelek2 DVD. Maka terbeli Clash of The Titans adalah filem remake dari tajuk yang sama sekitar tahun 1981. Tak sesuai untuk kanak-kanak, takut terpesong ajaran agama.


SINOPSIS CLASH OF THE TITANS : 

Berkisar tentang anak dewa Zeus yang menentang Hades. Clash of The Titans juga ada manusia yang tidak mempercayai tuhan. Perseus adalah anak separuh manusia dan dewa Zeus, God of Mount Olympus. Cerita dimulakan apabila seorang nelayan menjumpai keranda di tengah lautan. Apabila Perseus meningkat dewasa, dia selalu tertanya dari manakah datangnya dia sehingga suatu hari dia dan keluarga angkat melihat patung Zeus di tumbangkan ke laut dan Hades membunuh keluarganya.


Ibu Perseus yang mati dibunuh oleh rajanya. Hanya dia yang hidup

Ibu bapa angkat Perseus

Perseus tak dapat menyelamatkan keluarga angkatnya

Hades


Sehingga Perseus ditangkap oleh tentera Argos dan di bawa ke istana. Semasa dibawa mengadap Raja. Si Permaisuri terlalu mengagungkan kecantikan puterinya hingga Hades muncul dan menyumpah mereka. Barulah Perseus tahu ayahnya ialah Zeus. Seorang dewa bernama Io berjumpa dan menceritakan segalanya tentang Perseus. Dia selama ini menjadi pemerhati Perseus sejak dari bayi hingga dewasa. Menjadi penjaga kepada Perseus. Bayangkan umurnya 100 tahun masih kelihatan muda. 


King of Argos

Puteri raja disumpah oleh Hades

Hades menyedut kecantikan permaisuri yang angkuh

Jika ingin menyelamatkan Argos dari Kraken mereka haruslah mencari Medusa. Maka, Perseus, Io dan angkatan tentera Argos memulakan perjalanan mencari Medusa yang dapat membunuh Kraken. Semasa dalam perjalanan mereka dikejar kala jengking dan macam-macam halangan yang ada. Zeus memberi pertolongan kepada anaknya Perseus dengan memberi pedang, pegasus dan duit syiling untuk upah duit perahu ke tempat Medusa yang terletak di dunia orang mati. Seram bunyinya kan.. 


Perseus dapat pedang dari bapanya

Diselamatkan dari kala jengking

Dalam perjalanan mencari medusa

Zeus memberi duit syiling. Hehe

Menaiki sampan ke dunia orang mati

Memancung kepala medusa

Oh ya kaum lelaki yang pandang tepat pada mata Medusa terus disumpah menjadi batu. Kawan yang sejati, sanggup mati untuk menyelamatkan Puteri dan hanya Perseus yang berjaya keluar dari tempat Medusa bersama kepalanya. Kesemua tentera Argos mati menjadi batu. Sayangnya Io dibunuh oleh King apa entah (suami kepada ibunya).


Beliau menjadi penyelamat manusia di Argos apabila menyelamatkan Puteri Andromeda daripada dimakan oleh Kraken, ciptaan si Hades iaitu dewa di neraka yang ingin merampas takhta abangnya, Zeus secara diam-diam tetapi tak menjadi sebab Perseus berjaya membunuh Kraken dengan menunjukkan kepala Medusa kepadanya.

Puteri Andromeda dijadikan makanan Kraken

Makhluk ciptaan Hades

Mata medusa dapat musnahkan Kraken

Perseus menyelamatkan Andromeda selepas jatuh ke dalam laut


 So the ending of the story, Zeus berterima kasih pada Zeus dan menghidupkan balik Io sebagai pasangan hidupnya. 

I gave 8/10 for the action and thriller. I need to find "Wrath of The Titans

1 comment:

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.