21 Oct 2014

Setahun Bersama Mattel Malaysia

Salam Readers..


Setahun dah ke? Harini genap angka 1 dari 21102013-21102014. Kejap je masa berjalan, dah setahun. Dah semakin sayang dengan kawan2 sekerja. Bergaduh, bergurau, kena marah tu biasa la. Adat kerja, semua tu kejap je dan hadapi dengan tenang. Dalam setahun ni boleh hadapi kerenah operator pun dah cukup bagus. Layankan jer.. Ramai yang confuse dengan company ni juga. Meh nak story mory cikit.




Mattel Inc.
Beribu pejabat di El Segundo, California, US. Mempunyai beberapa branch Mattel di seluruh dunia. Di Asia terdapat 4 iaitu di Bangkok, Malaysia, Indonesia dan China. Sudah 33 tahun bertapak di Malaysia. Nak tahu lebih boleh baca sini "wiki Mattel" dan kalau nak tengok the latest Hot Wheels dan Barbie boleh ke website "Mattel.com" :)

Mattel Malaysia - di kawasan perindustrian bebas Prai, Penang hanya memproses kereta mainan Hot Wheels. Kiranya Malaysia khas buat Hot Wheels saiz kecil.

Mattel Bangkok - hanya memproses Hot Wheels bersaiz besar. Seperti trak. Saiz barbell (roda) juga besar.

Mattel Indonesia - memproses Barbie Doll dan anak patung lain.

Mattel China - Lebih kepada Tool. Menghasilkan acuan (Mold) untuk dibekalkan ke Mattel Bangkok dan Malaysia. Juga memproses Barbie dan Hot Wheels.

Company hasilkan Hot Wheels untuk current export markets ke Argentina, Australia, Brazil, Chile, Colombia, Hong Kong, Italy, Japan, Netherlands, New Zealand, UK dan US. 

Nak buat kek untuk birthday tahun depan la. Heee. Amacam


Cabaran bila study lain tapi kerja lain. Memey dah lari bidang. Nasib baik ada geng budak Multimedia. Huhu.. Ada yang tak sabar nak tengok koleksi Hot Wheels nina tak? Hihi


20 comments:

  1. Oh, baru jelas...
    Semoga karier Nina terus berkembang bersama Mattel!

    ReplyDelete
  2. Ingatkan hot wheels mmg dicipta bersaiz kecik.
    Rupenye ada yang besar kat Thailand.

    ReplyDelete
  3. eh..mana pergi header blog sis?

    ReplyDelete
  4. Wah, dah setahun yer kerja situ Nina... Boleh rekomen zumal tak? Hehe ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Happy Anniversary Nina..semoga terus berjaya k...

    ReplyDelete
  6. Ohhhh kisahnya. Macam itu ye cerita dan sejarahnya...
    Semuga sentiasa ceria dan happy di tempat kerja...

    ReplyDelete
  7. TAHNIAH! TAHNIAH! CPT JE KAN MS BERLALU

    ReplyDelete
  8. Ooo..kerja kat situ rupanya..patut la sibuk je.hehe

    ReplyDelete
  9. seronoknya kerja mattel. banyak design cantik2. hihi

    ReplyDelete
  10. hee...study bidang lain kerja di bidang...da rezeki kat situ...kita terima je kan...sy pun sama...belajar lain..kerja lain...lari sikit2 la...Alhamdulillah...bertahan lebih 2 tahun...hee

    ReplyDelete
  11. Salam. Hee saya pun suka beli mainan kereta model kecilan mattel ini. Ada tak buat model kereta buatan malaysia proton perodua kah?

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Saya berminat dgn hot wheels..nk tanya macam mana saya boleh dapatkan hot wheels by case (72 pcs)? setahu saya mattel mengutamakan retailers. ada x jualan kepada individu? tq...

    ReplyDelete
  13. Hai... Nak tanya skit... Klau nak bli mainan direct kat kilang Mattel boleh ke? Kot dia ada Shop sendiri kat sana...

    ReplyDelete
  14. Lan Careno : Hai.. Maaf orang luar tak boleh masuk. Jual untuk employee saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak beli hotwheels kat awk boleh

      Delete
    2. Squeaky : Waalaikumusalam.. sis dh resign 5 bln

      Delete
  15. assalamualaikum...
    ingin beli hotwheels la....
    saya dh pm kt email.....
    dari ppkpfaridz@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Assalam... mcm mana nk beli hotwheel dgn kuantiti yg byk.nnt email sy ye d nazmirul08@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Hi..saya seorang collector Hotwheels so ingin membeli some model kereta yang tak sempat i beli sudah pun disapu habis orang kat kedai. Ada peluang tak? Tolong beri info thanks. 016-4513405.

    ReplyDelete
  18. Sudah setahun resign mattel.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.