22 Oct 2014

Street Art George Town Penang (Part 1)

Salam Readers..


Selamat bercuti semua! Dapat seronok ronok selama 5 hari. Jangan jelly tau. Jadi harini Nina ambil kesempatan untuk makan angin bersama Tira memerangkap ex collegemate dan roomate ke Street Art. Wee.. saja nak buat Anies jelly. Mai la Penang lagi. Hihi


Hari yang best mesti kena bangun awal. Buang tabiat bila pegi jogging di R&R Bagan Ajam, siap bawa baju spare lagi. Motif? Lepas habis jog boleh terus mandi kat toilet r&r. Bernas idea aku, dapat jimatkan minyak dengan air. 


Entry bergambar *sila jangan pening. Hihi




Dah siap semua, terus pick up Tira di UiTM. Boleh pulak dia tunggu belakang tiang. Agak2 la nak main sorok2. Dah peluk cium semua, terus terjah McD beli breakfast dan straight ke pulau. Jimat Touch n Go sebab mesin rosak. Free je naik bridge. Hihi



Destinasi pertama mencari port makan di area Queensbay. Dah siap makan gerak ke Gurney Paragon Mall. Sejak mall tu siap, ini lawatan pertama aku. Terpaksa park dalam Gurney Plaza. Pening kepala bila naik park di atas. Banyak pusing daa.. 


 


Jangan main2, kat Penang dah ada Sephora. Tak perlu lagi ke KL. Makin banyak mall kat sini. Cuma kena ada duit baru syok shopping masa new year nanti. Sesudah penat meneroka mall tu, kami terus ke tengah2 bandar George Town. Takut sesat siap guna Waze lagi. Nak cari parking area komtar punya la susah. Terpaksa park jauh sikit. 


Nasib baik bawa payung dapat berteduh sambil mencari lukisan2 tu. Aku dah la 1st time pi street art ni. Bila dah nampak lukisan mural kat dinding tu apa lagi ambil gambar jelah. Tengah2 panas pun sanggup. Hee.. Serius cantik2 street art hasil Ernest. Meh layan gambar2 kami di sekitar jalan Lebuh Ah Quee :)



Pegang telinga anjing kat dinding ni tak apa :P




Nantikan sambungan part 2 pula, banyak lagi gambar nak tunjuk. Boleh buat inspirasi nanti. Rasa macam nak pi lagi je, ketagih nak naik basikal pula.  

5 comments:

  1. Wah bestnyer dapat bergambar kat street art tu...

    ReplyDelete
  2. lbh 10 thn dah tak pi pinang . dulu x byk mall .

    ReplyDelete
  3. wah..kat penang pun ada art ni. macam kat shah alam tapi ain tak pergi lagi

    ReplyDelete
  4. wah sopping sephora la pasni nina :)

    ReplyDelete
  5. Bagusnye...
    Walaupun bangunan dah buruk, tapi tetap dimanfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.