6 Feb 2015

Wedding Atiqah And Amirul (Part 1)

Salam Readers..


Entry bergambar: Destinasi Taiping dan Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang


Akhirnya bekas intern bakal menamatkan zaman singlenya bersama jejaka pilihannya dari Sekolah Teknik Bukit Minyak. Aku dan May paling excited sejak bulan lepas selepas terima kad jemputan. Nasib baik cuti pada Jumaat ini di approved walaupun bos masih lagi di hospital.



Tunggu mak di JPN sebelum lari dari rumah. Hehe


Pada pagi Jumaat yang mulia, sebelum tunggu May pick up di rumah sempat lagi bawa mak ke JPN untuk tukar IC baru. Nasib baik tak berapa ramai orang. Dalam pukul 10 pagi, kami gerak ke rumah pengantin di Taiping. Tercapai juga hasrat May nak lihat persiapan majlis perkahwinan Melayu. Yelah pakciknya berkahwin dengan orang Melayu tapi tak dapat tengok dengan lebih details.



Happynya May dapat buat goodies
Muka di sebalik tabir. Tengah tunggu makan tengahari. Ngeh.. ngeh
Misi angkut bakal pengantin dan goodies ke dewan


Agak sadis bila sampai rumah pengantin tapi senyap sunyi. Kesian Ika buat goodies sorang-sorang. Malam sebelum ke Taiping, dia whatsapp gambar goodies yang dah siap. Aku ingatkan dah siap semua tapi ternyata banyak lagi kami kena siapkan goodies tu. Uhuk.. uhuk. Sepantas kuda kilat kami berjaya siapkan sebanyak 6 kotak sebelum kerja diambil alih saudara mara.



Siap ulang alik dari rumah ke dewan untuk hantar kotak-kotak goodies, terus kami lesap ke Kuala Sepetang ! Misi menjejaki warung Mee Udang Mak Jah. Nak juga rasa kesedapan mee udang yang selalu orang ceritakan tu.



Mee Udang Special - RM 13.90
Nampak beno menipu.. kampung banyak wayar la. Hehe
Selamat tinggal Kuala Sepetang. Mungkin tak datang dah
Otw balik ke Taiping menjelajah pokok bakau


Nak review yang mee udang ni sedap, kuah pekat dan 4 ekor udang besaq. Fuhhh makan sorang tak habis. Nasib baik kongsi. Cuma muka waiter's seeloknya manis sikit bila ambil order. Ni tak masam mencuka, dah la waiter lelaki asyik minta no fon. Meluat.. aku mai dari jauh nak makan der.




Sesudah makan dengan expressnya, terus balik ke Taiping. Waktu dah maghrib kerana malam tu ada majlis doa selamat dan kami kena siapkan hantaran. Tak sangka May pandai jahit lace di shawl pengantin. Cer teka kami tidur pukul berapa? -______-



Testing shawl pengantin. Dah macam mualaf 
Tadaaa.. hantaran hampir siap
Walimatus urus buat Ika & Mirul
     

13 comments:

  1. Dah ada pengalaman dah pasni. Hehe

    ReplyDelete
  2. Bape kali g kualau septg tp x pnh dpt mkn mee udang ni..huhu..snggh blog nina..lama x mai sini ^_^

    ReplyDelete
  3. sy g gerai mak jah tu siap mkn 2 mgkuk...pya laa pelahap.....hahhaaha...serius sedap...

    ReplyDelete
  4. Walaupun penat menyiapkan untuk majlis kenduri kendara nie tapi rasa seronok kaan...

    ReplyDelete
  5. Ramai yg ckp mee udang mak jah ni sedap! Sgt tp sis JM until now x pernah ke sana lg

    ReplyDelete
  6. kt sini ada acawangannya tp ramai kt x sedap ;-)

    ReplyDelete
  7. Meriah nyer.. Seronok nampaknya..

    ReplyDelete
  8. Flawless nye Nina. Sweet ;)
    May nak convert Islam ke? Dah try pakai shawl tu..
    A good beginning..

    ReplyDelete
  9. mmg mengancam tgk mee udang tu ... ada brader nak kenal ya . sis pun x suka cara gitu ... sis dah rasa penatnya buat persediaan majlis kahwin ...

    ReplyDelete
  10. Pengalaman pengantin dealing ngan staf TM untuk tempahan dewan/catering? Sy dgr, service c2 sgt teruk... Dan byk peraturan x betul... Especially dealing ngan pn.rubi...bole pengantin bagi komen?

    ReplyDelete
  11. Marina John : Rasanya bride pernah bagi tahu service lewat siapkan pelamin dan banyak peraturan kena ikut dalam dewan tu.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.