8 Feb 2015

Wedding Atiqah And Amirul (Part 2)

Salam Readers..


Entry panjang lebar diharap pembaca tak menguap.. 


Bersambung semula kisah disebalik menjayakan majlis perkahwinan bekas intern. Fuhhh tarik nafas nina.. Nasib baik majlis kawen orang, kalau majlis kawen sendiri pengsan 24 jam. Malam sebelum diijab kabulkan, pengantin kelam kabut nak siapkan bilik tidurnya sedangkan aku dan May, dah kroh.. kroh.. ZzzZ pukul 3 pagi. 



Ready nak ke masjid


Pagi, 7 Feb 2015.. Kami berdua bangun dan bersiap-siap untuk majlis akad di Masjid Taman Tekak Permai, Taiping. Sepatutnya majlis start pukul 10 pagi tapi pengantin terlewat sampai tok kadi buat muka T____T . Penat tau ulang alik 2x menghantar hantaran ke masjid. Bayangkan 30 minit lewat. Kami terus patah balik ambil bunga pahar nak hantar ke dewan. Tak sempat nak tengok akad nikah.



Selesai akad nikah.. Sumber dari Bride
Ikhsan dari Bride.. Hehe



Sampai dewan siap bawa 3 bunga pahar dan 2 bunga manggar. Rasa macam nak pancit dah tetapi bila terpandangkan photo booth yang dah disiapkan oleh kawan sekelas pengantin terus penyakit selfiee datang. Hihi.. Sebelum orang datang baik merasmikan pelamin dulu. Nasib baik adik pengantin sporting.


Aktiviti selfiee terganggu bila pengantin call, minta pulang ke rumah nak pick up untuk ke bridal. Tunggu pengantin tukar baju, keluar rumah terus cari kedai mamak. Untung la groom belanja makan maggi goreng mamak. Makan sehingga licin.. Hehe


Dewan Kompleks Telekom Malaysia, Taiping
Lawakan pelamin.. Excited pula
Tengok katil pengantin ni buat mata mengantuk.. Hehe



Ekceli kebas buntut aku menunggu pengantin make up yang memang konfem berjam-jam. Tetiba adik pengantin tersasul sebut cendol. Apa lagi, kami ber 3 pekena cendol di pekan Taiping. Ini memang JJCM plus kebuluran, baru lepas makan maggi mamak.


Korang tak tahu otw cari cendol ni, Najmi ada beritahu pasal Mee Udang Mak Jah tu. Cerita dari ustaznya yang nampak 'something', terus aku rasa nak muntah. Si May boleh buat lawak, google maksud yang Najmi sebutkan. Hadoii..



Cendol terkenal di Taiping
Cendolnya yang memikat. Nyumm..
Monyet bergayut belakang van. Hahaha


Kalau korang ke Taiping, jangan lupa singgah cendol ini tau. Memang sedap dan puas hati tengok adik-adik makan cendol hingga licin. Tak rugi kak nina belanja. Alooloo *syok sendiri


Kenikmatan menghirup cendol terbantut bila pengantin call minta balik ke bridal. Sepoilku rasakan di saat itu. Sebelum balik, Najmi request carikan kedai sebab abang iparnya minta belikan gel rambut. Alahai groom ni, nak rambut pacak time sanding ler.. Baruku tahu Najmi berkongsi tarikh lahir. Yeahh team 4th July !!



Selfiee sementara tunggu Najmi belikan gel rambut abang iparnya
Patung comey.. Perasan
Misi menculik pengantin.. say PEACE


Tepat pukul 1.10 petang, kami tiba di dewan. Groom tak sampai walhal kereta dorang gerak dulu. Masuk dewan, parents bride cemas tanya pasal 'accidents'. Rupa-rupanya kereta pengantin lelaki berlanggar. Pelik gak sebab kami busy makan cendol.


Bacaan doa buat pasangan pengantin baru
Muka kekenyangan.. Bolatnya pipi
Photobooth
Miss Potato nampak gemok bila pakai jubah ni. Haiyakk


Puas makan nasi minyak, aku dan May minta diri dulu. Sebelum balik tu sempat lagi selfiee dengan sepupu sepapat bride. Dorang friendly betul siap bertukar no tepon. Terharu tau, mak bride peluk cium.. Hehe. Muah ciked makcik :) Tak sabar nak ke Kamunting ! To be continue.. lalala





Selamat Pengantin Baru

Nur Atiqah & Amirul Ariff

11 comments:

  1. Salam. Hee seronoknya berkahwin.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya pelamin dan bilik pengantin tu... Zumal tak jumpa lak something yang Nina maksudkan tu... Hehe ^-^

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat mereka berdua. Apakah something yg d maksudkan semasa mkn tu Nina

    ReplyDelete
  4. ternampak something kt kedai tu??? oh nooooo

    barakallahu lakuma utk mempelai...

    ReplyDelete
  5. Dok sebelah pengantin tu...
    Tak lame lagi lah tu.
    First time tengok Nina pakai jubah..sweet.
    Akak pun baru belajar pakai jubah cotton.
    Yang licin rasa cam x.seswai dengan akak.

    ReplyDelete
  6. tengah syok baca entri mood pengantin tetiba mata terpaut pada cendol yang sangat membuka selera ;)

    ReplyDelete
  7. terpikat dgn deko pelamin tu ... cantik !

    ReplyDelete
  8. cantik pelamin...tahniah tuk pasangan pengantin...

    ReplyDelete
  9. Pasangan iqa dan mirul pnh dealing ngan puan rubi x untuk tempahan dewan/catering? Dgr2 service diaorg teruk.. Dan sy pernah alami.. Bole bagi komen x?

    ReplyDelete
  10. Marina John : Saya tak sure bride dealing dgn siapa.. apapun pihak pengantin merungut juga.

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.