7 Jun 2015

Review Filem : San Andreas

Salam Readers..

Review Filem San Andreas | What's up guys and girls ! Rindukan The Rock? Jadi kena tengok movie bencana alam ini. Last date dengan Wak Doyok sebelum puasa. Ayat tak boleh blah. Harus lah hormat bulan puasa. Acecece.. Bila tengok part tsunami melanda teringat movie 2012. Akceli suka tengok heroinnya, Alexandra Daddario, pelakon filem Percy Jackson. Meh layan review filem yang menelan belanja 110 juta dan box office sebanyak 300 juta setakat ini :)




Sinopsis San Andreas:


Mengisahkan kejadian gempa bumi yang sangat besar akan berlaku di San Andreas. Raymond "Ray" Gaines (Dwayne Johnson), seorang penyelamat helikopter LAFD (Los Angeles Fire Department), dalam proses penceraian dengan isterinya, Emma (Carla Gugino) selepas beberapa tahun kematian salah seorang anak perempuan kerana lemas ketika berakit. Ray dan anaknya, Blake (Alexandra Daddario) membincangkan hal percutian mereka ke San Francisco.


Di Caltech Seismologi, Dr. Lawrence dan Dr. Kim Park telah menjangka akan berlaku gempa bumi terbesar di San Andreas. Semasa kejadian, mereka berada di Empangan Hoover dan ramalan menunjukkan gempa bumi 7.1 magnitud berlaku menyebabkan empangan runtuh dan membunuh Kim Park yang menyelamatkan seorang kanak kecil. Apabila Ray dipanggil untuk menyelamatkan mangsa-mangsa, Blake berat hati untuk pergi ke San Francisco bersama ibu dan teman lelaki ibunya, Daniel Riddick, pemaju hartanah yang kaya dan sedang menyiapkan sebuah bangunan tinggi di bandar itu.





Dr. Lawrence mendapati garisan San Andreas mula beralih, menyebabkan gempa bumi 9.1 magnitud yang memusnahkan bandar-bandar di sepanjang garisan sasaran. Pada masa itu, Emma bersama adik teman lelakinya, Susan berada di hotel semasa gempa. Emma menghubungi Ray dan menyelamatkannya menggunakan helikopter. Di San Francisco, Daniel membawa Blake ke pejabatnya. Blake menunggu di lobi, dimana dia bertemu Ben, bakal jurutera dari UK yang menunggu giliran interview dan adiknya, Ollie.


Daniel dan Blake meninggalkan pejabat tetapi mereka terperangkap di tempat parking bangunan itu semasa gegaran gempa bumi. Kaki Blake tersangkut dan Daniel meninggalkan dia untuk mencari bantuan, tetapi melarikan diri kerana ketakutan. Ben dan Ollie, membantu menyelamatkan Blake. Ketiga-tiga mereka mencari telefon di sebuah kedai dan menghubungi Ray, yang terbang ke San Francisco bersama Emma untuk menyelamatkan mereka.




Dalam perjalanan, enjin helikopter Ray gagal berfungsi dan mendarat ke dalam mall. Ray mencuri kereta dan terperangkap apabila jalan rosak. Mereka terjumpa pasangan veteren, dan membuat pertukaran kereta dan kapal terbang. Blake, Ben dan Ollie mencari tempat tinggi di untuk memudahkan ibu bapanya menyelamatkan mereka. Ray dan Emma tiba di San Francisco dan terpaksa menggunakan payung terjun kerana jalan rosak. Mereka merampas bot selepas mendengar amaran tsunami.





Bersama bot-bot lain, mereka mampu mengatasi gelombang berhampiran Jambatan Golden Gate. Blake, Ben dan Ollie berjaya ke bangunan belum siap teman lelaki ibunya untuk memberi isyarat kepada Ray dan Emma yang sedang mencari mereka. Bangunan hampir tenggelam, Ben dan Ollie sempat melarikan diri tetapi Blake terperangkap di dalam air dan lemas sebelum Ray selamatkannya. Emma merempuh cermin bangunan dan menyelamatkan kesemua orang sebelum bangunan itu runtuh. Dalam bot, Ray melakukan CPR dan Blake terselamat. Ray tak nak hilang seorang lagi anak. THE END..





#My Review:


  • Tiada ibu bapa yang tak sayangkan anak. Ray berusaha menyelamatkan anaknya yang lemas. 

  • Lelaki mana yang tak sayangkan isteri walaupun dalam proses penceraian. Kalau lelaki lain, padan muka sebab ikut lelaki kaya yang tak reti nak selamatkan diri. Eh ! contoh ok..

  • Cinta pandang pertama maybe, Ben sanggup menolong dan menemani Blake sepanjang usaha mendapatkan bantuan dari ibu bapanya.

  • Paling penting, filem ni mengajar cara-cara untuk menyelamatkan diri semasa bencana gempa bumi dan tsunami. Tak rugi kalau kita belajar walaupun negara bukanlah selalu berlaku bencana alam kecuali banjir. 

4.2/5*

_________________________________________________________________________________


Selepas tengok wayang mesti laparkan.. memang lapaq sangat. Pekena Sushi King sebelum puasa. Nanti tak mengidam sebulan. Hehehe.. Over kan. WD nak try makan sushi. On saja la :)


Sebiji telur yang terbelah dua

Faveret sushi dengan udang ni. Nak tengok beza muka sebelum dan selepas puasa

9 comments:

  1. minat The Rock.. he's hot...

    yang tak minatnya jalan cerita ni...

    tak minat dat kind of story macam 2012 jugak...

    Jumpa satgiii ~~~

    ReplyDelete
  2. Wah, best jalan citer filem nie. Teruja nak trngok...

    ReplyDelete
  3. mendebarkan citer ni kan......baca pon dah best heheheh

    ReplyDelete
  4. Minat the rock nie.. tp belum tgk lagi san andreas nie.. x smpt nk gi panggung...

    ReplyDelete
  5. Assalam nina,
    aaaaaaaaaalaaaaaaaaaaaaaa
    nak shushi itu
    sob3
    jom ghatering kat shushi king he3 :P

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  6. gmbr the rock berdua tu...nmpk batu bata bersepah tp kapal layar kt belakang tu cm elok je terletaknya... ;-)

    ReplyDelete
  7. lama tak.layan citer mat salleh

    ReplyDelete
  8. nice review ... thrill habis cerita ni :)

    ReplyDelete
  9. cerita ni best juga..tapi pelik juga dalam ramai2 juta2 org dapat dia cari anak dia..hehehe

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.