5 Jun 2015

Makan Di Seoul Garden, Sunway Carnival Mall

Salam Readers..


Makan makan di Seoul Garden | Entry menternak lemak kembali semula.. Ini punya plan berapa kali postponed daaa.. Since bulan lepas. Apapun memandangkan harini kami berdua cuti sempena birthday agong, jadi aku decided nak OT 7 jam sebelum Akma pick up di office. Haa.. rajinkan aku ni. Hehehe.. Nak makan sini kena simpan space perut, kalau tak rugi makanan


Bayangkan semua jenis daging dan ayam kami buat BBQ. Ikhsan Google



Thanks belanja kita makan. Terbang RM 120 untuk 3 orang. Janji puas makan. Tak kisah belanja 2 beradik tu tengok movie SPY, sebab tukang belanja makan memang suka tengok Jude Law. Layan buat kali ke 2, sawan ketawa lagi :) Meh layan aksi ber BBQ, bakaq bermacam jenis daging dan ayam. Rasa lepas puasa nak makan Seoul Garden lagi. Kena cari mangsa seterusnya. Hihi


Merasmikan dulu bakaq ayam. Tengok orang belakang sibuk

Panaskan kuali dan kuah tom yam sebelum masak maggi

Nama pun siblings muka copypaste. Akma besaq dan kecik... Haha

BBQ bawah aircond leceh sikit sebab asap suka suka hati datang ke muka

Sedapnyaa.. Habiskan masa 3 jam dalam restoran ni


p/s: Untung Akma dan Ayie sebab budak kaunter tiket tu ingat mereka kanak-kanak dibawah umur. Perasan awek muda walhal umur T____T

24 comments:

  1. ye betul...ergi time perut kosong..paling best time berbuka puasa leh mkn sepuas puasnya...ishh dh lama x mkn di Seoul Garden..teringin lah fulak

    ReplyDelete
  2. Kalau orang belanja tu mmg sedap la kan..makan pulak beramai2..

    ReplyDelete
  3. Ehhh..

    dekatlah kita...

    salam kenal ~~

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa ahahah kita dh lah lapar niii kekekek

    ReplyDelete
  5. sekali sekala boleh laa berbelanja sakan macam tu.. hehehe save bajet bawak diaorang kan.. dapat separuh harga..

    ReplyDelete
  6. syarat nak makan kat seoul garden jgn makan ape2 dari umah..huhu.balik umah nanti baru nak p sana..

    ReplyDelete
  7. terbaca pulak waktu tengah berpuasa ni kan..haaaa sedapnya nmpk...;p

    ReplyDelete
  8. adoi...ternampak post ni dibulan puasa mmg mgetarkan jiwa sungguh!
    belum pernah rasa seoul garden ni....
    mgkin boleh cuba buat juadah iftar kan....

    singgah blogwalking!salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  9. masakan seoul tak kena dengan tekak lah, kena juga makanan melayu

    ReplyDelete
  10. Assalam nina,
    oohoiii
    mencabor keimanan
    ok bai :P

    psssttt : weols sekarang ni tengah dalam usaha nak unite utara bloggers. uols nak join dak???our 1st attempt nak buat gatherng berbuka posa @ Penang. kalo uols nak join pm iols no tepon naaaa. iols takkan published dalam blog iols hokeyh :)

    ReplyDelete
  11. betul tu. kalau nak makan kat Seoul Garden kene jgn makan drp pagi sampai ptg. malam melantak. hahaha ><

    ReplyDelete
  12. Nampak menyelerakan...mesti cuba ni. Ada satu lagi tempat yang berasaskan korea yg sy pernah pergi kat Gangnam Style di Shah Alam. Harga pun murah dan berbaloi serta sedap...

    ReplyDelete
  13. dulu nama kedai ni seoul bulgogi. mahal juga yer harga sekarang ni :) ...

    Jemput join segmen, Klik Sini.

    ReplyDelete
  14. dah lama x berseoul garden.. kikiki... untung la org ingat kanak2 lagi.. hahaha.. kenapa xngaku je.. hehe

    ReplyDelete
  15. Assalam nina,
    ish3
    tergugat iman iols nengok time bulan posa :P

    ReplyDelete
  16. bestnyer ada org belanja makan kan heheheheh....

    ReplyDelete
  17. Seronoknya.. Kalau kak sha nie x mampu nak makan banyak.. En.suami x bg gi steamboat2 nie.. Rugi katanya kalau bawa k.sha.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. baru dapat tau baru2 ni yg kat sunway dah ada seoul garden.. mmg target nk bawak family makan kat situ pun. tgh cari masa yg sesuai je..

    ReplyDelete
  19. Bestnyaaaa makan Seoul Garden. Puas hati even harga macam makan bufet ramadan, hehe. Pas puasa nk terjah seoul garden juga!

    ReplyDelete
  20. tak penah lagi makan kat sini. tak reti sangat makan buffet ni, hari tu makan steambot buffet kat mana entah, dok amek fishball ja >,< hahaha serupa beli celup celup kat tepi jalan tu je. heheh

    btw salam kenal ye. kita follower baru awak

    ReplyDelete
  21. Sy pula tk pernah tau kt mane soul garden ni. Perasaan nk p, tapi tk tau.
    Makanan semua pn hebat2 belaka

    ReplyDelete

Hye Readers ❤

Komen anda sangat berharga. Komen yang mengarut etc akan di delete!!

Cepat atau lambat, In Shaa Allah, owner akan terjah ! =) Terima kasih drop komen.