24 May 2015

Film Review : SPY (2015)


Salam Readers..

Review Filem SPY | What's up guys ! Movie paling kelakar pernah aku tengok. Terbaik la perempuan chubby boleh jadi agent CIA. Gemok is awesome ! Please jangan berkecil hati wahai para pembaca. Rasa macam nak tengok lagi. Ketawa dari mula sampai ending. Hari ini, movie marathon bersama Wak Doyok. Yeahh layan SPY dan Tomorrowland lagi. Harap movie ni ada sambungan baru syok, dapat tengok Jude Law yang handsome tu dan slang Britishnya :)  *dialog movie banyak sebut F***




Sinopsis :


Susan Cooper (Melissa McCarthy), seorang wanita yang sederhana dan menjadi penganalisis CIA untuk memberi info kepada Ejen Bradley Fine (Jude Law) dalam misi ke Bulgaria dari pejabat CIA di USA, dengan menggunakan radio yang disambungkan ke cuping telinga Bradley. Selepas menyaksikan Fine sengaja membunuh sasaran tanpa mencari beg bom nuckleur, Fine kembali ke US. 


Susan dan Fine
Fine memalsukan kematian dan menjadi kekasih Rayna Boyanov



CIA mendapat tahu, anak perempuan sasaran Rayna Boyanov (Rose Byrne) mengetahui lokasi peranti ayahnya, mereka menghantar Fine untuk menyusup masuk ke rumahnya. Fine ditembak mati oleh Rayna, menimbulkan kemarahan Susan, dan mendapati Rayna mengenali identiti kesemua agent CIA termasuk Fine dan Rick Ford (Jason Statham). Susan sukarelawan untuk menjadi agent. Dia dikehendaki memerhatikan Rayna dan Sergio De Luca. Ford meletak jawatan kerana Susan dipilih menjadi agent.



Susan dihantar ke Paris, misi mengintip De Luca. Ford juga berada di Paris dan beg Ford ditukar kepada bom. Susan berjaya memberi amaran dan Ford membaling bom ke dalam sungai. Misi seterusnya ke Rom, dimana dia bertemu dengan Aldo (Peter Serafinowicz), seorang pemberi maklumat.


Susan diberi alat 
Scene berebut microfon


Susan bertindak tanpa mengikut arahan dan pergi ke kasino mengintip pergerakan De Luca dan terjumpa Rayna. Susan berjaya masuk ke dalam kumpulan Rayna selepas menyelamatkan Rayna dari meminum air yang diletakkan racun. Susan mengikut Rayna menaiki jet untuk ke Budapest. Sepanjang perjalan, pilot cuba membunuh Rayna, tetapi Susan berjaya menyelamatkan sebelum terhempas ke pergunungan Alps.


Menyamar jadi ibu tunggal 
Susan dan Ford 
Membunuh orang yang meletak racun dalam minuman Rayna


Apabila Rayna percaya Susan menjadi perisik yang menyamar, Susan menyakinkan ayahnya mengupah menjadi pengawal peribadi Rayna. Di Budapest, Susan bertemu Nancy, dihantar untuk melihat keadaan Susan dan Aldo. Susan menyelamatkan Rayna dari ditembak dan mengejar kereta menggunakan Vespa. Dia mendapati penembak itu agent CIA yang menjadi talam 2 muka. Agent Karen Walker mahu membunuh Susan, tetapi ditembak oleh penembak curi.


Misi mengekori penembak 
Memang lawak tengok muka Jason ni
Aksi memotong sayur di dapur
Aldo yang suka menggoda Susan

Malam perjumpaan Rayna dan pembeli bom nukleur, ternyata sekutu De Luca. Susan mengejar wanita yang dilihat di Paris. Nancy menyerang 50 Cent di stage untuk mengalihkan perhatian Rayna. Susan berlawan di dapur, mendedahkan identiti sebenarnya. Fine melemparkan pisau di dada pemyerang dan dia bekerja dengan Rayna serta menjadi kekasihnya. Apabila Susan dan Aldo dikurung, Fine mendedahkan kenapa dia menembak agent Karen dan palsukan kematiannya untuk mencari lokasi bom nukleur.



Aldo dan Susan melarikan diri dan Susan menyertai Rayna dan Fine di rumah De Luca dengan menyamar sebagai agent yang mengkhianat. Gangster Dudaev tiba bersama berlian dan ditembak oleh De Luca kerana dia mahu menjual kepada pembida yang lebih tinggi. De Luca melarikan diri d. engan bom menggunakan helikopter dan mencederakan Fine. Susan bergayut di heli dan juga Ford, akhirnya jatuh ke dalam tasik. Dengan bantuan Nancy, Aldo dan 50 Cent. De Luca dan bom jatuh ke tasik. Aldo memperkenalkan dirinya sebagai Albert, agent MI6 yang menyamar dan mempelawa Susan dinner dengannya di London. Ending yang kelakar juga. 



*5/5

Sebelum layan movie komedi harus makan dulu. Hehe

7 comments:

Farrah MF said...

Suka citer ni. Best! Best!

aRz MoHa said...

Menarik ja nampak. Suka lakonan mamat Jason statham

Qaseh Vee said...

movie genre spy ni mmg feveret sis ...

Yun Sing said...

Macam best.. tapi macam complicated ja xD

hana hadi said...

Ranking tertinggi gk kan lepas ceta san andrews ka apa nama.hehe

Puteri Wanita said...

macam best je :) ...

Deanna Morni said...

hehehehe....mesti kelakar citer nih...coz tgk pelakon wanita dia jer pun dh tauuu

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com