30 Mar 2023

Air Berbuka Teh Bunga Longan

Assalamualaikum readers


Air Berbuka Teh Bunga Longan | Menu Air Berbuka | Kembali dengan entri air berbuka untuk ramadhan yang ke 4. Bahan pun simple dan mudah untuk di buat. Letak pulak asam boi, terus terangkat rasa air teh bunga ni. Nina beli teh bunga brand Yeo's tu, tak terlalu manis sebab kita dah masukkan longan.


Air Berbuka Teh Bunga Longan


Main campak-campak bahan untuk 2 jug pun masih laku keras air teh bunga longan ni. Rasa fresh dari teh dan buah tu menghasilkan rasa masam manis yang seimbang. Meh tengok video yang Nina share ni. Tengok video lagi mudah nak buat kannn...



Bahan-bahan :


1 kotak teh bunga

1 tin longan

5 biji limau kasturi (perah dan tapis biji)

6 biji asam boi

Ais



Caranya :


Masukkan longan, air teh bunga, perah limau kasturi, asam boi dan ais. Kacau sebati, siap untuk dihidangkan.

29 Mar 2023

Gel Mandian Good Virtues Co

 Assalamualaikum readers


Gel Mandian Good Virtues Co | Finally jumpa sabun mandi yang sesuai dengan kulit badan Nina. Sebelum ni ada masalah gatal-gatal di badan, ingatkan alergik dengan seafood tapi tak makan pun still gatal. Sedih tengok parut sana sini, kalau time berpeluh lagi tak tahan. Nasib baik tak ke klinik kulit socka lagi sebab teringat pesanan doktor, kalau kulit gatal tanpa sebab mungkin dari penggunaan sabun mandi yang tak sesuai.


Good Virtues Co. Lightening & Hydrating Shower Cream - RM 15.29 (beli di Lotus)



Habis sabun mandi Johnson&Johnson terus beli Good Virtues Co. Alhamdulillah kulit beransur pulih. Dah tak gatal lagi, makan seafood pun ok unless seafood tak fresh barulah start gatal. Hasil pembacaan dari review-review, produk Good Virtues Co. ni ramai peminatnya. Di ingatkan ini adalah brand bukan Islam di Selangor



First try botol kecil yang ini dulu. Beli di Watson RM 9.90


Untuk pengetahuan semua produk Good Virtues Co ni ada 3 kategori, iaitu :


1. Penjagaan wajah

  • CC Cream
  • Facial Wash
  • Toner
  • Facial Scrub
  • Cream
  • Make Up Remover
  • Masks

2. Penjagaan rambut
  • Shampu
  • Conditioner
  • Serum
  • Tonic

3. Penjagaan badan
  • Shower Cream
  • Hand & Body Lotion
  • Body Scrub
  • Deodorant
  • Feminine Wash
  • Body Perfume
  • Hand Sanitiser
  • Hand Wash


Kebaikan produk :

  • Rangkaian mandian Good Virtues Co. wangi dan teksturnya berkrim dan memberi kelembapan pada kulit selepas mandian.
  • Packaging menarik dengan botol yang bercorak ceria.
  • Setiap shower cream lengkap dengan kebaikan minyak habbatussauda. Membersihkan kulit disamping menyihatkan sel-sel kulit.
  • Bebas dari minyak mineral, SLES, ALES, Parabens dan pewarna tiruan serta 100% tanpa ekstrak haiwan.
  • Habbatus Sauda berfungsi sebagai anti-penuaan, anti-radang, anti-oksida, memperbaiki keadaan kulit (sesuai untuk semua jenis kulit), melembabkan, menyegar dan menyuburkan kulit.

27 Mar 2023

Resepi Vietnam Roll Dan Sos

 Assalamualaikum readers


Resepi Vietnam Roll Dan Sos | Kerajinan itu ada jika ada geng nak membuat. Alang-alang cousin hubby datang rumah MIL untuk berbuka pada ahad lepas. Nina pun ajak buat sebab tak puas makan kalau beli di bazaar hanya ada 3 'tongkol' vietnam roll yang dibelah dua. Harga RM 10 😞 Kalau buat sendiri, semua orang boleh rasa, puas hati itu pasti dan mesti! Haha.. Siap hidangan untuk moreh gituuu.


Vietnam Roll yang seksi dan gemok


Hidangan berbuka puasa hari ke 4. Jemput makan


Vietnam Roll ni paling utama sos kena sedap. Kalau tak sedap, memang tak best. Dalam google banyak resepi tapi bahan sos tu macam merepek pun ada. Jadi kami buat sos sendirian berhad, ikut citarasa sendiri. Meh nak share, konpem tak pening nak membuat. 


Bahan-bahan :


Rice paper

Stick crab / udang

Mee hoon (optional)

1 batang carrot (buang kulit)

1 batang timun (buang kulit)

Salad

*Semua bahan dicelur terlebih dahulu kecuali rice paper



Bahan Untuk Sos Pencicah :


5 biji cili api hijau

2 sudu sos cili Thai

2 ulas bawang putih

2 sudu gula melaka

2 biji limau kasturi

2 helai daun ketumbar

2 sudu mayonis / yogurt asli



Caranya :


1. Rendamkan rice paper ke dalam air, sekejap sahaja


2. Letak salad dan susun carrot, timun dan stick crab dan balut ketat.


Selamat mencuba!

26 Mar 2023

Pertunjukan Api Di Pantai Cenang, Langkawi

Assalamualaikum readers


Pertunjukan Api Di Pantai Cenang, Langkawi | Disebabkan datang Langkawi bawa anak dan fam in laws, kami laki bini tak pi Kalut Bar tengok pertunjukan api 😁 Boleh tengok di Pantai Cenang tapi tak best sebab terlampau crowded dan banyak yang tengok secara percuma tanpa bagi tips. Nak duduk pun tak ada tempat. 



Pertunjukan api di Pantai Cenang ni meriahkan malam minggu di Langkawi. Memang sini jelah tempat happening. Pertunjukan api bermula dari pukul 8 malam. Anak seronok, parents pun happy. After 5 minutes..... Harraz menangis, takut api terus kami bawa main permainan. Beli tempat korek pasir etc.







Kita sebagai pengunjung ni, sedor diri sikit, nak beli diesel bukannya murah. Semua guna duit, kalau tips RM 10 pun tak nak bagi alahai sedihnya. Kalau di Kalut Bar, lebih exclusive. Duduk sambil order minuman dan nikmati pertunjukan api sepuasnya depan mata, tiada orang awam dan tiada gangguan.

25 Mar 2023

Air Berbuka Tembikai Laici Sparkling

 Assalamualaikum readers


Air Berbuka Tembikai Laici Sparkling | Menu air Berbuka | Selamat berpuasa untuk hari yang ke 3! Pejam celik pejam celik dah sebulan kita berpuasa, selalunya macam tulah. Untuk tahun ni resepi air untuk berbuka, semuanya hubby yang cari dan suggest untuk bini dia. Sebab kami dah meluat/menyampah nak beli air di bazaar ramadhan yang semuanya rasa out of taste!


Air Berbuka Tembikai Laici Sparkling


Kalau rajin, Nina akan share menu air berbuka untuk hampa semua. Buat sendiri lebih sedap dan fresh dari beli. Janji laku keras dan habis 2 jug 😂 Puasa memang akan kurang makan tapi lebih kepada minum air bergelen. Maka hari-hari lah MIL akan tanya soalan yang sama 'hari ini buat ayaq apa?' Okay tanpa membuang masa, meh tengok video yang Nina share ni.



Bahan-bahan :


Setengah buah tembikai

1 tin air laici

1 biji limau nipis

3 helai daun pudina

5 sudu gula

1 botol Air Mineral Spritzer Sparkling (beli di 7E)


Caranya :


Blend semua bahan dan akhir sekali masukkan ais, jus, dan air spritzer sparkling. Dah siap!

23 Mar 2023

Makan Di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Penang

 Assalamualaikum readers


Makan Di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Penang | Makan Nasi Ikan Bawal Di Ombak Damai | Kembali lagi ke sini untuk kali ketiga pada sabtu minggu lepas. Sebelum puasa, bawa mak tok (nenek hubby) jjcm sebelum puasa sebab yang lain ke Sungai Petani. Alang-alang hantar hubby jumpa customer. Nina terus drive ke sini sebab dah masuk waktu lunch. Nasib tak ramai orang. 


Set Nasi Ikan Bawal - RM 15.00


Coconut Shake - RM 5



Ombak Damai ni best sebab makan tepi pantai, sambil makan sambil bagi anak mandi laut pun ada. Dah banyak yang berubah, kedai laksa pun dah tak dihidangkan dalam tempurung. Last dapat makan laksa tempurung. Pantai pun dah berubah, mungkin sebab hakisan. Rasanya kedai yang Nina makan ni baru buka, sebelum ini tidak ada.


Selepas bayar, akan dapat no giliran. Makanan siap, no akan dipanggil


Di sana ada gerai nasi goreng, sotong celup tepung dan lain-lain


Luar gerai


Sebelum keluar dari kawasan parking


Layanan setiap gerai pun dah lain. Ada konsep, no giliran. Dah siap makanan, owner sebut no yang diberi pada customer. Mudah macam tu kan dari sebelum ni kena bersesak tunggu depan gerai sebab nak ambil makanan. Kalau ke Penang, singgah ke sini.


Alamat : 

P224, Jalan Gertak Sanggul, Bayan Lepas (Waze)


Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 2.00 pm - 7.30 pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 12.30 pm - 7.30 pm

21 Mar 2023

McDonalds Beef Foldover

 Assalamualaikum readers


McDonalds Beef Foldover | Hari jumaat lepas, balik kerja terus ajak hubby pi McD. Katanya bini mengidam nak makan foldover yang hanya keluar setahun sekali saja. Itu pun kena makan sebelum bulan ramadhan. Bila dah masuk ke pertengahan bulan puasa, mesti McD dah stop jual foldover.


Beef Foldover - RM 14.14 (Ala Carte) & Iced Lychee Berry - RM 4.72 (sedap dan tak over manis)




Sebagai duta McD tak diiktirafkan, haruslah tahu setiap season akan keluar makanan apa. Nasib baik tahun ni, McD dah tak keluarkan edisi Fish Foldover sebab tersangatlah tak laku dan bau hanyir. Yang ada tahun ini hanya daging dan foldover ayam sahaja. 




Bentuk foldover masih sama, rasa sama dan harga pun sama. Makan pun dah rasa kenyang sebab roti pita dan 2 kepingan daging bersama sos istimewa. Yang belum cuba, boleh terjah untuk berbuka atau moreh nanti!

16 Mar 2023

Beryl's Tiramisu Almond Milk Chocolate

 Assalamualaikum readers


Beryl's Tiramisu Almond Milk Chocolate | Dalam banyak-banyak produk coklat yang di jual di Langkawi, Beryl's menjadi pilihan untuk borong. Harga pun murah sikit. Nasib baik nafsu membeli masih terkawal. Sebelum ni, Nina ada share coklat Tiramisu kotak putih. Itu pun sedap!


Beryl's Tiramisu Almond Milk Chocolate

13 paket


Coklat Beryl's Tiramisu ada 3 jenis, Almond White, Almond Milk dan Almond Green Tea. Suka rasa pahit serbuk koko di bahagian luar coklat di mixed dengan rasa tiramisu dan lemak badam. 



Badam


Entri sebelum ni, Nina kata mudah cair tapi bukan jenis cair melekit tapi cair yang mengubah coklat menjadi lembut. Masih boleh bawa ke mana-mana. 

15 Mar 2023

Review Hotel Landcons, Langkawi

Assalamualaikum readers


Review Hotel Landcons, Langkawi | Bukan nak cerita pasal keindahan Langkawi tapi nak tekankan pasal hotel ni yang rasa tak berbaloi untuk menginap! Tak salahkan SIL No.2 sebab dia dah survey hotel yang ada pool untuk fruit son. Lepas dah checked in, barulah Nina start google review hotel ni 😂 Asal engkau tak google sebelum book! Sesuai dengan rate 🌟🌟🌟


Hotel Landcons, Langkawi




Hotel Landcons ni terletak di Pantai Cenang, depan McD dan Underwater World. Tiada kemudahan parking disediakan, sebelum book, bila tanya staff kata ada. Benda pertama, lepas Nina masuk ialah tengok keadaan pool. Air tak jernih, macam tak servis kolam pun ya. Kesian Harraz berkali-kali ajak nak mandi pool tapi tiada siapa endahkan. Sebab kami nak pi waterpark.


Reception siang buka lampu, malam tutup lampu


Air kolam kalau perhati betul-betul macam warna kelabu tak jernih


Tiba di bilik, kami 'disambut' dengan sebuah TV lama dan katil tak ada blanket, hanya selimut nipis. Masa tu Nina dan Harraz masih flu. Tak seperti hotel yang pernah menginap sebelum ni. Baca review di blog entri tahun 2012, masih tak ada perubahan hotel ni. MashaAllah, apa punya management. 


Bilik di tingkat 2

Tak ramai yang mandi pool

Selimut nipis, terpaksa slow aircond waktu malam


Ada sesetengah bilik disediakan bantal lebih dan hanger ada yang tidak. Sejadah ni mungkin ada yang sedekah, sebab bilik lain tak ada


Kekurangan hotel 


1. TV lama dan rosak


2. Tiada telefon, kerusi solek


3. Tiada cerek air sebab luar bilik ada mesin Cuckoo


4. Aircond lambat sejuk


5. Keadaan bilik yang berhabuk dan berbau hapak (ini paling tak suka), di setiap sudut kalau sentuh mesti ada pasir. Tak pasti berapa lama tak sapu dan mop lantai bilik. Bilik MIL pun Nina check.


6. Tangga hotel agak lama, tak sesuai digunakan. Tak ada safety.


7. Iron rosak dan tiada iron board (iron atas meja berlapik kain tuala), terpaksa naik ke tingkat 3 untuk iron baju.


8. Waktu malam receptionist duduk dalam gelap (jimat letrik ke?)


9. Lif hanya ada 1, muat untuk 4 orang kalau tiada luggage.


10. Hotel ni penuh dengan orang Pinoy saja. Local tu boleh kira dengan jari masa kami menginap.


Keluar dari lobby hotel terus nampak McD


Terus teringat Anies, sebab dia bab book hotel tak boleh dinafikan memang tip top! Rugi 2 malam menginap di sini, Alhamdulillah kami tak bayar habis so dapat refund separuh, terus FIL pi walk in Mali Best atas nasihat hubby (fav hotel dia kalau mai Langkawi dari zaman bujang). 


p/s: to be honest, MIL sendiri suruh Nina update cepat-cepat dalam blog sebab tak nak orang lain kena macam kami. The worst things, ada bilik air berlubang di dinding.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com