30 Dec 2017

Majlis Perkahwinan Zafirah

Assalamualaikum Readers 😃


Blogger Miamor Zafirah dah tie the knot bulan Nov lepas. Harini pi meraikan majlis walaupun tak jumpa pengantin. Uhuk.. uhuk takdak selfie bagai. Pengantin mai pukul 2, time tu ada di mall tunggu bf try baju pengapit dia 😅😅


Blogger Farah share dalam group. Lawa Zaf

Nasi minyak pun sedap dengan papadom


Takda rezeki kami nak duduk pelamin 😃😃 Ayah pengantin kelakar orangnya. Banyak kali pi rumah Zaf. Gambar Blogger Farah . Nasi minyak pun sedap, ada laksa. Sebab orang ramai, tak cukup meja terpaksa makan cepat.


Tq bf belanja Auntie Anne's dengan Starbucks. Kami makan nasi minyak sikit. Masih lapar. Haha



SELAMAT PENGANTIN BARU

SITI NURZAFIRAH KAMARUZAMAN & MOHD HAZWAN MOHD RADZI 


28 Dec 2017

Christmas Gift

Assalamualaikum Readers 😉


Time krismas lah boleh selfie dengan pokok, dapat tengok snow (kalau travel), dapat hadiah. Ini dari officemate. Nasib tak viral dapat krismas gift. Kesian anak pelakon kena kecam selfie dengan pokok Krismas 😅😅


Comelnya box

Ada jugak orang nak bagi. Rejeki


Ingat dalam kotak ada coklat je, sekali ada 2 ketoi ubat gigi. Wah jimat 😂😂 At the same time suka sebab 1st time dapat. Maceh Susan. 


27 Dec 2017

Nestle Bliss Gingerbread

Assalamualaikum Readers 😃


Nestle Bliss Gingerbread | Gingerbread Edisi Terhad | Dah try ke perisa sempena Krismas tahun ni. Overall dah minum 5 botol bliss Gingerbread ni 😅😅 #takbolehmoveon sedap angat-angat. Harga sebotol RM 4.80 . Dah boleh jadi duta Nestle Bliss Anies.


Comelnya packaging ! Rasanya dah nak habis stok

Dari bulan Nov ada dah

Kuning lembut warna airnya


Rasanya macam minum air halia tapi masam manis. Memang sedap! Rasa halia tu buat tekak rasa sejuk. Yang belum minum, try cari 😉😉


26 Dec 2017

Kezaliman Sesama Manusia Dan Binatang (Part 1)

Assalamualaikum Readers 😃


Hati tergerak nak share. Isu ceramah di masjid. 3x seminggu lepas maghrib, speaker besar semua rumah boleh dengar. Alhamdulillah JAIPP 😊😊 Azam 2018 mesti nak upgrade jadi lebih baik.


Kezaliman lidah sesama manusia. Jaga mulut. Zalim lidah seperti fitnah, makan harta orang, maki hamun, mengumpat. Dari lidah sentiasa bercakap benda tidak berfaedah maka Allah tambahkan lagi kekotoran dalam hatinya. Nauzubillah.



Makcik Bawang siapa bagi gelaran? Tertanya bawang merah ke putih hahaha


Netizen juga penyumbang dosa. Kritik orang sana sini dalam media sosial walaupun bukan dari percakapan tapi Allah tahu.


Ustaz juga belum tentu masuk syurga. Kita bercakap tentang orang. Akhirat kena beri pahala kepada orang sampai pahala yang dikumpul habis sedekah kepada orang.


Setiap orang ada group whatsapp, Nina lebih suka clear chat dari baca benda2 tak berfaedah. Nampak gambar artis tu faham2 isu apa. Artis pun manusia, mengata dapat dosa.


25 Dec 2017

CLINELLE Pure Swiss Cleansing Gel

Assalamualaikum Readers 😊


Clinelle Pure Swiss Cleansing Gel | My daily facial cleanser sebelum apply toner dari brand yang sama. Brand dari France. Nanti Nina review. Bau bunga ros. Sesuai untuk semua jenis kulit. No paraben dan alkohol tu penting.


Clinelle Pure Swiss Cleansing Gel - RM 28.75


Kurang berbuih, jadi tak ambil masa yang lama nak cuci muka. Buih-buih lembut menyapu muka gitu. Bau floral buat rasa nak picit banyak-banyak. Pencuci muka clinelle bebas dari sulfates dan selepas dicuci kulit muka berasa lembut.


Putih suci murni warnyanya

Boleh tengok bahan-bahan yang diguna


Harga affordable, wangi, selesa untuk semua jenis kulit.. Recommended untuk dicuba 😁


24 Dec 2017

Sarapan Dengan Roti Pita

Assalamualaikum Readers


Sarapan Roti Pita? Suka sangat makan roti pita ni. Tambah sedap makan dengan telur goyang letak lada hitam dan tomato cincang. Nikmatnya. Sebenarnya roti pita ni korang boleh makan dengan apa cara sekali pun. Nak ummphh cicah dengan kari ayam 😋


Roti pita + telur cincang + lof ayam + bakar dengan cheddar cheese = tergaring sikit haha janji bau cheese cair tu wangi


Boleh cari roti pita ni di Sam's Groceria atau hypermarket. Ada 3 jenis tak silap. 3 keping dalam 1 paket. Anak ramai tu maybe tak cukup 😅


Pita RM 6.57 saja. Weekends breakfast dari ayah beli roti canai, nasi lemak, kuih2 makcik inti kedekut tu

Kena hati2 nak belah sebab roti pita ni nipis sangat. Susah nak letak cheese



SELAMAT MENJAMU SELERA MENU MAT SOLEH


21 Dec 2017

Perbezaan Pengembara Dan Melancong

Assalamualaikum Readers 


Perbezaan Mengembara Dan Melancong | Nowdays banyak blogger perempuan dah travel banyak negara secara solo atau berkumpulan. Dalam sejarah Islam, pengembara 1 tradisi ulama & pencari ilmu dan kembangkan ajaran Islam seperti Nabi Muhammad SAW. 


Luggage lawa-lawa. Tak tau nak pilih hard shell


Orang berjalan jauh ke 1 tempat dengan niat baik disebut musafir. Jika niat bermain judi, maksiat tidak disebut musafir. Bila tengok orang travel usah cakap buang duit, semuanya PHD. Tengok instagram kawan kau travel sementara mereput tunggu mati - Siakap Keli 


Mengembara @ musafir

Surah Yunus ayat 101 : "Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi."

Surah Al-An'aam ayat 11, Allah berfirman "Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian perhatikanlah."


Imam Shafie Rahimahullah jelaskan setiap orang bermusafir akan dapat 5 kebaikan :


1. Jika perhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan peroleh iman.

2. Jika dia berhajat mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.

3. Jika dia berjalan untuk timba pengalaman, dia akan dapat pengalaman.

4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.

5. Jika dia mencari peluang berniaga, dia akan mendapat rezeki.


Melancong

Lebih kepada bersantai guna ejen. Semua ejen uruskan dari tiket flight, hotel, makanan, transport, tempat lawatan, tour guide. Sediakan duit saja. Kerana itu bayaran mahal dari mengembara.

  • Pelancong stay hotel 3-4 bintang, pengembara tidur di hostel. 

  • Pelancong shopping di mall, pengembara lebih suka keluar masuk pasar.

  • Pelancong naik bas khas, van yang selesa. Pengembara naik bas awam, jalan kaki atau train.

  • Pelancong di "escort" oleh tour guide yang boleh beri pelbagai info tempat dilawati, pengembara jelajah dan teroka sendiri ke tempat yang dikunjung.

  • Pelancong dibawa ke restoran makanan lazat pelbagai lauk, pengembara makan di mana-mana asalkan halal atau masak sendiri.


14 Dec 2017

Bercinta Dengan Pelan, AutoCAD

Assalamualaikum Readers 😃


Tak sampai berapa minggu lagi say bye 2017, hi 2018. Sama ja tahun baru tapi perasaan rasa sayu nak tinggal tahun 2017. Dah lama tak buat entri kronologi 😂😂


Lipat dengan lemah gemalai haha *tipu


Apa achievement korang tahun ni? Kerja kalau tak busy, jadi tukang lipat drawing, print drawing dan semuanya pasal drawing.


Azam nak jadi pekerja serba boleh bab client company. Sekarang dah masak dengan perangai setiap sorang officemate. Boleh jadi tukang ketawa 😆😆

12 Dec 2017

Sushi Zanmai Di Gurney Paragon Mall, Penang

Assalamualaikum Readers 😃


Sushi Zanmai Gurney Paragon Mall Penang | Main terjah masuk. Nak makan Pasta Zanmai tapi restoran dah tutup. Frust! Boleh pulak bf tanya awat menu takda spaghetti. Dia ni mamai atau mintak tampaq muka 😂😂 


Variants sushi zanmai. Dah tegur jangan ambik plate banyak2 nanti tak makan. Ketegaq

Teri Chicken Ramen jugak yang sedap. Walaupun rasa Sushi King kena dengan tekak



Harga makan berdua 😂😂

2 Lemon Tea - RM 13.60
1 Teri Chicken Ramen - RM 14.80
1 Kakiage Don (s) - RM 14.80
1 Ebiten Ebikko - RM 9.80
1 White - 2.80
1 Blue - 3.80
1 Pink - 4.80
1 Black - RM 5.80

Total : RM 70.20



Sushi sudah menjadi bubur. Hadap jugak lah ramen dan sushi yang aku rasa semalam punya. Sehari lepas tu sakit perut. Menyesal makan tapi nasib orang belanja. Hahaha.. Redha dalam kemulasan perut. Ayat DBP ciptaan sendiri. 


11 Dec 2017

Medan Indonesia 2017 : Shopping Di Samosir

Assalamualaikum Readers 😃


MEDAN INDONESIA 2017 : SHOPPING DI SAMOSIR


Sambungan entri sini ke perkampungan Batak. Ramai tanya sejarah Raja Batak. 


Di sana ada 1 kubur tercalit darah asli. Itu makam raja Batak. Raja akan makan daging musuhnya. Raja Batak mati dan gov Indonesia beri kemudahan di pulau Samosir. Dah maju, jadi pusat pelancongan. Kaum Batak sudah moden lama kelamaan tak amal upacara itu. Ada kaum Batak keluar dari pulau Samosir dan menetap daerah lain.


Lalu dikawasan kedai

Bermacam souvenir ada


Kawasan makam, muzium dan perkampungan di sekelilingnya ada kedai-kedai souvenir. Banyak dan cekik darah. Gunakan taktik tak bagi murah blah. Pompuan Batak jenis cakap keling, putar belit. Dah jadi tradisi kaum Batak, laki duduk rumah jaga anak, bini terboyot meniaga 😐😐


Nak shopping hati-hati. Kalau FM sekeping Rp 20k (RM 6++) memang mahal. Cari punya cari jumpa kedai area makam. Kedai takda nama. Nina tunjuk muka tokey saja. Tawar-tawar sampai murah bila nak bayar harga naik. Sabar jelah 😞😞 


Ini tokey kedai. Muda dan paling lawa. Sebab gadis Batak tak cerah

Borong baju T-shirt. Sehelai dalam Rp 35k

WAJIB beli kain tenun Batak. Menyesal tak ambik warna ni. Huwaaa

Kain tenun Batak lain dari negara lain. Hanya di Toba

Kedai borong FM 5 keping Rp 20k . Lama nak bargain dah dapat terus ambik

Kasut selipar kayu. Unikkan

Gelang dan rantai manik toksah cakap banyak

Perjalanan balik ke pangkal jalan ke jeti. Tak pasal kena tinggal bot.


Pulau Samosir tersangat besar, sayangnya tak sempat nak tawaf keliling pulau super cantik ni. Ada lagi view selfie. Agak nak tawaf keliling Danau Toba ni mau seminggu baru cukup. Ok, nanti Nina up entri karok di hotel. Free katakan 😀😀


9 Dec 2017

Review Filem : Wonder Woman

Assalamualaikum Readers


Review Filem Wonder Woman |Lama tak up entri movie. Berduyun-duyun nak kena update. Ok movie ni dapat tiket free untuk birthday bulan Julai lepas 😅😅 Filem box office 821.8 million. Perghh penangan Gal Gadot.


Wonder Woman poster


SINOPSIS FILEM WONDER WOMAN


Di Paris, Diana Prince terima fotonya & 4 lelaki semasa World War 1. Kembali ke masa lalu, anak kepada Ratu Hippolyta, dibesarkan di pulau tersembunyi, Themyscira, kediaman pahlawan Amazon yang dicipta oleh Zeus untuk lindungi manusia. Hippolyta kongsi sejarah Amazon bagaimana Ares, anak lelaki Zeus, cemburu kepada manusia. Zeus menghalang Ares hingga mati dan tinggalkan Amazon dan pedang "Godkiller" untuk bila Ares kembali.


Diana dan Ratu Hippolyta. Cantik betol pulau ni

Diana selamatkan Steve Trevor



Antiope, ibu saudara Diana melatihnya menjadi wanita pahlawan. Sehingga perisik Amerika, Kapten Steve Trevor diselamatkan Diana selepas pesawatnya terjunam ke laut kerana dikejar kapal Jerman. Amazon membunuh tentera Jerman. Antiope terbunuh kerana menyelamatkan Diana. Steve bercakap benar dengan Lasso of Hestia (tali emas) bahawa perang membinasakan manusia. Dia mencuri buku ahli kimia, Isabel Maru yang cipta gas beracun untuk Jeneral Erich Ludendorff. Percaya Ares cetus perang, Diana meninggalkan Themyscira.


Bunuh tentera Jerman

Wonder Woman dan perisai


Di London, buku Maru diserah ke Majlis Perang, Sir Patrick Morgan. Diana terjemah nota Maru dan Jerman rancang lepas gas maut di Belgium. Steve merekrut 3 orang untuk halang gas. Diana dan Steve semakin intim. 


Maru si gila

Jeneral Ludendorff mengorat Diana

Steve cuba korek rahsia


Steve dan Diana gerak berasingan menyerang kubu. Diana ingin membunuh Ludendorff, percaya dia Ares dan akan menghentikan perang. Diana mengejar Ludendorff ke pangkalan dumana gas dimuat dalam pesawat pengebom dan berjaya membunuh Ludendorff tapi keliru kematiannya tak hentikan perang.


Diana ke kubu Jerman

Tanah pemisah tentera Jerman

Sir Patrick atau Ares


Sir Patrick muncul dan dia sebenarnya Ares yang beri inspirasi kepada manusia untuk berperang. Diana cuba bunuh Ares guna pedang "Godkiller" tak berjaya. Ares dedahkan Diana jadi "Godkiller", anak perempuan Zeus dan Hippolyta.


Foto bebaskan perkampungan dari tentera dan diemail oleh Bruce Wayne (Batman)


Steve musnahkan makmal Maru dan merampas / mengetuai pengebom bawa gas terbang ke ketinggian yang selamat dan letupkan, korbankan dirinya. Diana menyedari manusia juga ada kebaikan. Diana bunuh Ares akhirnya. Kini, Diana email Bruce Wayne kerana menghantar gambarnya dengan Steve bersama misi barunya. Sambungan movie Justice League 😃


🌟🌟🌟🌟

8 Dec 2017

Majlis Perkahwinan Hanie Dan Farhan

Assalamualaikum Readers 


Musim kawin kembali lagi. Bulan 12 ni ada 3 jemputan tapi belum tentu dapat pi. Kenduri Blogger Miamor Zafirah wajib p . Sapa follow Nina bertahun mesti penah tengok muka pengantin selalu menghiasi cerita dalam blog.


Simple pelamin suka suka

Groom super duper happy



Photographer buat hal, ambik senget


Kelakar nau, ex bf pengantin satu kolej juga tapi sekarang bercinta dengan ex collegemate/housemate. Memang kenal sangat. Itu la jodoh.. pi mai pi mai tang tu jugak. Hahaa..


Teringat Hanie si hantu laksa Padang Polo, Ipoh. Habis kelas singgah


SELAMAT PENGANTIN BARU
SITI NORHANI ZULKIFLI & MUHAMMAD FARHAN MUHAMAD ABDUL NASIR


Kita ke Dewan Umno, Bukit Selambau, Kedah. Makan juga kuah gulai batang pisang. Arghh tapi bukan batang, daging lembu saja. Itu hidangan wajib orang Kedah. Sapa suka?

7 Dec 2017

Kenapa Belum Kahwin?


Assalamualaikum Readers 😙


Kenapa belum kawin? Memilih eh.. Haha 

Why tanya orang belum kawin? 

Bermacam soalan aku terima, include mak dan bapa, soalan dari pelbagai jenis orang, umur, jantina, education background etc. Bila Nina nak kawin? 😝😝


2 years more and countings !! Sangat secret soal personal life sebab tak penting nak bagi tau orang. Ini pun tayang muka bf half.. Jangan marah 


Dah stable at work, comfortable position and gaji. Gaji entirely untuk diri. Nak beli apa.. beli. Nak makan mana.. makan (2x5 macam bf), nak travel mana suka hati 😃😃 Tak perlu risau household expenses. Once put aside duit parents, another is ours. Dapat berbakti to parents, boleh gurau dan manja. Spend so much time dengan mereka. 


Kesian anak makcik. Takda suami dan anak2. Nanti tua sapa nak jaga? - soalan mamak kedai runcit untuk mak (anak sendiri gaduh dengan bini depan public 😆😆)


Sapa kata orang single/tak kawin lonely? Tak semestinya people feel that way, then kena feel the same way. Tak perlu weird people sedap2 nak label andartu or andarlusia. Ada yang kawin, tapi masa tua alone jugak. Anak2 tinggalkan. Suami meninggal. Yang kawin muda, bercerai, anak kena jaga. Kawin lama, anak ramai, suami/isteri buat hal.


So leave all to Allah. Tak tau jumpa tak dengan hari tua kita. Allah sebaik-baik perancang. Sampai masa, yang dah tetapkan di Loh Mahfudz, dengan sendirinya hati akan terbuka untuk bina masjid. Nak ada anak2.


Marriage is hard work. Dua2 kena work hard to make a marriage work. Bukan nak ada someone untuk be lovey dovey 24H. Someone let into our house and personal space to build a family together. Memang kena memilih. Lepas memilih, suami still buat hal, and the marriage doesn't work, nobody has the right to say anything about our personal choice. 


Semua ada perjalanan hidup sendiri. Journey tak sama. Ada roadblock masing2. Tak guna kawin, ada anak cucu berlambak2 tapi tak lead an Islamic lifestyle. Asyik happy. Solat dan sunat tak jaga.


At the end, semua ada kubur dan kena jawab all our deeds masa di dunia pada Allah. Kawin muda ka tua ka, ada anak, takda anak semua tak penting. First, kita ditanya tentang solat, amalan. Kalau amalan di dunia asyik nak audit life orang tapi lupa nak audit life sendiri.

Semoga jodoh panjang, doa baik2 ❤ Tak kisah bercinta lama


6 Dec 2017

Aiken Spot Away Pimple Cream

Assalamualaikum Readers 😄


Aiken Spot Away Pimple Cream | Review Krim Jerawat | I found you, I found you.. macam nyanyi lagu pulak. Salah satu fav Nina sebab berjaya kecik a.k.a surutkan jerawat yang tengah naik. Sesuai untuk muka takda jerawat atau jerawat time PMS dan sesuai guna lepas picit jerawat, tak jadi parut hitam 😉😉 Harga RM 11.10 beli di Aeon Wellness.


Aiken Spot Away Pimple Cream

Packaging macam keranda daaa


Aiken non Paraben dan SLS. 2 benda ni menghakis kulit muka. Jadi sebelum beli baca dulu isi kandungan. Mencegah lebih baik dari kulit muka dah teruk baru nak cari pakar kulit. 


Cara guna pun senang

Picit sikit saja dah cukup. Tahan lama walaupun size comel lote


Cara sapu 2x sehari pagi dan malam tapi guna malam sebelum tidur. Rasa macam suam-suam nanti tak rasa apa dah. 

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com