13 May 2022

Starbucks Caramel Macchiato Frappuccino

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Caramel Macchiato Frappuccino | Alkisah keluar beli barang office dan dahaga sebab Penang sekarang panas terik melampau. Singgah Starbucks tepi Sekolah Convent Light Street. Area situ semua bangunan lama sejak dan dekorasi pun antik. Tak sangka nak cuba air perisa baru warna biru sold out 😂 cari merata sejak raya lagi. 3 jenis flavour air baru nak cuba semua tak ada. Terpandang caramel macchiato ni.


Starbucks Caramel Macchiato Frappuccino RM 22.50 (add caramel upside down RM 3.00) = RM 27.05
Agak pricey tapi sekali sekala boleh la


Banyaknya caramel. Thank you barista




Sungguh sedap, manager tolong suggestkan sebab susu full cream habis, tukar ke susu oat dan ditambah caramel up side down. Nampak tak, bila tukar susu terus rasa air pun berubah. Mostly pi lah mana-mana branch Starbucks dalam Penang ni mesti jumpa manager yang always 'suggest' tanpa di tanya. 



Mungkin dah di train macam tu. Rezeki Nina juga tak pernah jumpa mana-mana staf yang annoy. Nanti korang boleh cuba air starbucks tukar susu tak kira frapp atau panas. Especially yang tak suka susu tu.


17 Jan 2022

Starbucks Caramel Cream Frappuccino Sedap

Assalamualaikum Readers


Starbucks Caramel Cream Frappuccino Sedap | Pilihan Menu Starbucks Yang Sedap | Tiap-tiap bulan akan aimm makanan/minuman apa yang nak dicuba lepas tolak segala commitment. Kerja 8 jam sehari, belanja diri why not. Sekarang pula apps FP dan GF mesti ada bahagian 'popular'. Mudah nak pilih.



Caramel Cream Frappuccino (Venti) RM 16 - drive thru 10% RM 1.60 = RM 14.40


Permulaan tahun 2022 ni, coffee addicted more worst then last year nampaknya 😓😓 Bangun 3 4 kali susukan anak penyebab kurang tidur. Orait, menu air dan kek Starbucks ni 1st Nina cuba. Terus fall fall in loveee! Manager pula yang buatkan. 


Terliur tengok

Tiramisu not bad, cuma di bawah tak makan sebab pahit kopi - RM 15.02 - drive thru 10% RM 1.50 = RM 13.52


Caramel Cream ni rasanya sedap sebab tak rasa kopi sangat, more to manis syrup caramel dan cream digabungkan dengan kek tiramisu. Gemok Nina oii, last one minum air manis dan kopi untuk bulan ni 😅😂






Disebabkan malas beratur, prefer cari branch yang ada drive thru. Mudah! Dessert ada macam-macam jenis, mengugat keimanan kalau walk in.


29 Aug 2021

NEW Starbucks Neapolitan Frappuccino

Assalamualaikum Readers


NEW Starbucks Neapolitan Frappuccino | Pertengahan bulan lepas sempatlah cuba air starbucks keluaran bulan ogos.  Warna dalam iklan menarik untuk dicuba 🤭😅 Nasib baik lalu area airport, ada starbucks drive thru. Malas nak beratur disebabkan kes harian covid di Penang tinggi. Harga RM 21.75, mahal jugak la untuk rasa macam aiskrim.





Untuk bulan ni, ada 3 flavour. Rasa air ni lebih kurang aiskrim Nestle Neapolitan bersama topping sos coklat dan kepingan waffle. Yang pernah makan aiskrim, akan tahu. 







Yang belum cuba boleh terjah Starbucks tapi make sure jaga SOP dan jaga diri.


21 Jun 2021

Starbucks Green Tea Latte

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Green Tea Latte | Semalam tengok apps starbucks ada duit maka lepas pi pos surat terus singgah beli air sebab teringin green tea latte 🤭 Dah puas minum maka lepas dah hajat.


Green Tea Latte always my fav! Amoi tulis Lina pulak 🤦🏻‍♀️ RM 15.90

Siapa tak suka green tea mesti tak nak cuba

Green tea latte sil belanja (tukar kepada oat milk pun sedap)

Petang pula tengah mandi, SIL jerit panggil nama, rupanya keluar pi starbucks. Belanja Nina air yang sama 😂 bergelen green tea dalam perut. Minum sikit selebihnya bagi MIL habiskan. Rasa perut tak selesa minum air teh hijau dalam amount yang banyak. Itulah ceritanya dah beli air lepas tu orang belanja air. 



15 Jun 2021

Starbucks Chocolate Choux Cream Frappuccino

Assalamualaikum Readers


Starbucks Chocolate Choux Cream Frappuccino | Ratu starbucks kembali dengan airnya 🙃 Walaupun SIL no 2 dah resign kerja Starbucks dan menjadi engineer tapi dia tetap belanja air yang sesuai untuk kakak ipar (Green Tea Latte & Caramel Macchiato) kedua-duanya air panas dan sedap 😍🥰


Chocolate Choux Cream Frappuccino

Strawberry Choux Cream Frappuccino


Untuk bulan ni ada 3 perisa baru, sorang satu order air. Nina pilih chocolate choux cream frappuccion (less ice) tapi manis gilaaa ya rabbi 😌 potong kaki betol tapi strawberry choux cream sedap dan rasa tak ubah minum air ‘sakura blossom strawberry’ sebab guna paste strawberry 😋



Lepas ni kalau tak ada air baru, tetap pilih green tea latte. Walaupun panas tapi sedap, pandai barista bancuh air. Tak berapa minat minum air manis, takut Harraz kena kencing manis 🤭 Yang belum try boleh pi beli tapi digalakkan less sugar okay.


9 Apr 2021

10 Restoran Unik Starbucks Di Malaysia

 Assalamualaikum Readers


10 Restoran Unik Starbucks Di Malaysia | Seumur hidup tak pernah minum Coffee Bean atau Gloria Jean's Coffee, bukan tak nak cuba tapi pengaruh Starbucks lagi kuat, mungkin sebab bila travel nampak Starbucks mesti singgah dan sejak SIL no.1 jadi staf, hari-hari ada air Starbucks yang dibawa balik. Siap suggest flavour air yang patut dicuba 😁😋


10 Restoran Unik Starbucks Di Malaysia . Info IG


Bila agaknya Starbucks nak lantik jadi duta ni? Haha. Sejak jadi bini ni, kami berdua dah tak lepak Starbucks, disebabkan Covid jugak. Then, Nina baru tersedar dari lamunan. Hanya barista Starbucks yang pandai buat air akan di tuju bukan hanya restoran unik.


3 Outlet Starbucks di Penang crowded bila weekends. Barista tak tau lagi pandai buat air ke tak


Rupanya dalam 10 restoran, 3 hanya terdapat di Penang 😍 dan tak pernah masuk pun. Hanya lalu saja. Next time boleh singgah bawa blogger Anies bila dah boleh rentas negeri. Kesian hari-hari bagitau stress dengan kerja.


Calling all Starbucks Lovers! 💕

6 Apr 2021

Tumbler Starbucks Edisi Ulang Tahun Ke 50

 Assalamualaikum Readers


Tumbler Starbucks Edisi Ulang Tahun Ke 50 | Sempena ulang tahun yang ke 50, Starbucks mengeluarkan tumbler edisi icon ikan duyung. Dah lama nak beli tapi mahal sangat. Alang-alang SIL no.1 kerja di Starbucks, boleh beli dengan harga staf dan jimat sangat. Haha..


Tumbler Starbucks Ikan Duyung Edisi Ulang Tahun Ke 50

Selepas diskaun RM 57.40



Untuk edisi ulang tahun yang ke 50, ada 4 koleksi tumbler untuk dipilih. Semuanya bercorakkan mermaid dan cantik! Dah sold out untuk koleksi ni sebab masa SIL beli pun tinggal 2 botol saja. Rezeki dapat juga grab last minute. Harga asal RM 82 sebelum diskaun.





Kata SIL, staf tak dibenarkan beli tumbler banyak-banyak dan jual di luar. Terbaca komen kononnya stok tumbler lawa-lawa semua staf dah borong tak betul ya. Contoh dalam Malaysia hanya keluarkan 500 design untuk setiap outlet, tak mustahil tumbler Starbucks jadi limited edition. First come first serve! Ramai pemburu tumbler Starbucks dan setiap bulan akan keluar design-design baru, siapa cepat dia dapat. 


5 Apr 2021

Starbucks Sakura Blossom Strawberry Frappuccino

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Sakura Blossom Strawberry Frappuccino 🌸🍓| Alhamdulillah rezeki dapat cuba walaupun banyak Starbucks di Penang dah habis stok. Hubby tunaikan hajat ke Starbucks Mansion One (antara Gleneagles Medical Centre & Vouk Hotel). 


Starbucks Sakura Blossom Strawberry Frappuccino - RM 20.15


Sedap sangat bila barista pandai bancuh air . Certain Starbucks letak Strawberry Puree di bawah tanpa kacau jadi air rasa macam susu dutch lady . Sedap rasa masam manis ditambah choc shaved pink ala sakura as topping.



Disebabkan outlet kurang jadi tumpuan, cuba nasib cari di sini. Bukan setakat air sedap tapi barista pandai bancuh air! 😋😍 Lepas ni, boleh singgah dan request air flavour sendiri. Rasa sedap tak over sweet. Yang suka masam manis boleh cuba. Ada rasa pink guava sikit. Hilang kempunan nak rasa air Starbucks sakura masa di Taiwan 2019 dulu. 



Air sakura blossom ni seasonal (stok bahan habis tiada restock). Lebih kurang limited edition. Hasil info dari SIL no.1 yang juga staf Starbucks. Yang belum cuba, kita nasib kalau dapat. Jangan frust tau.


p/s : Entri autopublish start 5/4 sebelum admit


8 Mar 2021

Starbucks Iced Salted Caramel Cloud Macchiato Dan Egg-in-a-Hole Focaccia

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Iced Salted Caramel Cloud Macchiato Dan Egg-in-a-Hole Focaccia | Nama menu di Starbucks tak pernah tak panjang 😂😂 Masa order sampai tersasul. Baik barista yang serve sebab sudi tolong, nak bayar guna apps tapi system down, nak bayar cash takda jadi Adlan bayarkan guna duit dia dulu then Nina transfer masuk acc.


NEW Starbucks Iced Salted Caramel Cloud Macchiato 

Cloud Macchiato di atas dan bawah tu kopi

Salted Caramel Cloud Macchiato, a dreamy blend of bold espresso and cloud foam. With deliciously light layers of fluffy whipped milk foam, cascading espresso and a generous drizzle of caramel.


Itu pasal SIL bongsu suka pi Starbucks kalau ada barista hensem 😍 Nasib ada baby bump, kalau tak kena pi ambik duit di bank. Balik dari jumpa pakar dietation di KK Sungai Dua singgah starbucks sebab lapar. 


3 perisa baru untuk bulan Mac


Starbucks Iced Salted Caramel Cloud Macchiato ni rasanya pure coffee, menyesal tak tambah salted caramel sebab tak rasa langsung. Dah blend pun still rasa coffee, nasib baik order medium size. 


Egg-in-a-Hole Focaccia

A simple but hearty breakfast option to get you through the day. This egg-in-a-hole focaccia toast sandwich comes together with a sunny-side-up egg, sprinkles of mozzarella cheese, tomatoes and garnished with parsley.


Egg-in-a-Hole Focaccia rasanya macam roti pizza biasa cuma ada telur di atasnya. Kena makan panas-panas roti lembut. Certain roti-roti di Starbucks memang keras bila dah sejuk. Mek Anies jangan lupa terjah kalau baca entri ni. Haha.. siap suruh belanja bila dah boleh rentas negeri. 


29 Jan 2021

Starbucks Asian Dolce Latte

 Assalamualaikum Readers


Starbucks Asian Dolce Latte | Dah janji pada diri quota untuk Starbucks bulan ni dah patut stop. Tapi sebagai kakak ipar yang baik hati lagi cantik ni, dia ajak jugak SIL bongsu pi Starbucks untuk release tension exam. UiTM ni kalau nak buat exam jangan lah direct hari-hari. Stress oii.. Course admin pulak, banyak menghafal dari mengira 😒😔 


Starbucks Asian Dolce Latte

Double-shots of the premium, dark-roasted Starbucks Espresso Roast, combine with the uniquely developed dolce sauce


Suggest suruh dia try Starbucks Smoked Butterscoth sebab SIL jenis tak makan kacang apatah lagi pistachio. Sampai di depan kaunter lain pulak, budak ni nak kena luku (ketuk) kepala dengan Nina. Cepat-cepat dia bayar guna apps 😘😅 Nasib baik Nina order cawan kecik sebab takut tak sedap. Sekaliiiiii minum sedap!! Flavour Asian Dolce Latte ni comeback selepas dikeluarkan pada tahun 2013 tak silap. Kalau belum cuba boleh try. Tak manis sangat. Suka bab tu. 


20 Jan 2021

Burger King Hershey's Sundae Pie Dan Starbucks Smoked Butterscotch Latte Frappuccino Sedap!

 Assalamualaikum Readers


Burger King Hershey's Sundae Pie Dan Starbucks Smoked Butterscotch Latte Frappuccino Sedap! 💕 | Antara 2 benda yang nak makan. Mungkin hubby kesian tengok bini 2 hari lenguh tangan akibat inject Tetanus. Sabtu lepas, dia ajak teman pi site. Risau tak lepas roadblock Penang bridge. Nasib baik polis nampak surat terus bagi jalan (ikut mood polis). Kadang jammed sebab tahan tengok surat.



Burger King Hershey's Sundae Pie - RM 6.50


Agak comot sebab pie ni jenis aiskrim . Manis sangat untuk setiap lapisan. Sekali sekala makan tak apa

Order burger Mozarella XL Beef untuk hubby - RM 15.50 (BK ni memang tak letak sayur, rasa not bad walaupun nampak kosong)

Bayangkan masuk JPO, Mitsui, GPO tapi butik-butik semua berantai


Alang-alang singgah Batu Kawan, Nina ajak ke Design Village sebab tau hanya resto makanan saja dibuka untuk takeaway. Sebelum BK tutup kesemua branch di Penang, suka sangat Hershey's Sundae Pie, bila buka semula jauh dari rumah. Hubby order burger, dia memang tak makan BK sebab burger tak sedap, tak ada sayur macam McD. Kami berdua rindukan Wendy's 😁😋 


Salah satu site di kawasan perusahaan

Balik ke pulau guna bridge no 2, dari kawasan kilang tak ada roadblock

Starbucks Smoked Butterscotch Latte Frappuccino - RM 19.60

Boleh pilih iced atau frappe. Butterscotch + sedikit kopi tu buat aroma wangi dan rasa sedap, tak over manis

Manuka belum cuba sebab quota Starbucks untuk bulan ni dah habis


Balik dari tengok 3 site. Hubby terus ke Starbucks area rumah. Nina nak beli di Design Village tapi tak pasti Starbucks kat mana sebab keadaan sunyi dan letih berjalan. Dapatlah cuba 2 jenis minuman Starbucks untuk bulan ni. Dah boleh stop makan benda manis. Yang belum cuba boleh cari. Sementara stok masih ada. 


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com