30 Aug 2021

McDonalds Burger Daging Rockin BBQ

Assalamualaikum Readers


McDonalds Burger Daging Rockin BBQ | Siapa dah cuba mesti nak lagi kannn. Minggu lepas drive thru McD lepas hantar baju di dobi. Alang-alang tunggu baju settle di basuh, ternak lemak dulu. Ada 2 jenis burger. Nina pilih daging, hubby pula ayam.


Burger daging yang sedap bersama sos BBQ meleleh




Burger ayam Rockin BBQ lebih banyak sayur dari daging. Sedap juga!



Rasa sos BBQ yang pedas dan sedap bersama hirisan bawang dan tomato. Patty daging dan ayam pun tebal. Puas hati makan. Yang belum cuba dapatkan sementara stok masih ada. Hanya edisi terhad. 


29 Aug 2021

NEW Starbucks Neapolitan Frappuccino

Assalamualaikum Readers


NEW Starbucks Neapolitan Frappuccino | Pertengahan bulan lepas sempatlah cuba air starbucks keluaran bulan ogos.  Warna dalam iklan menarik untuk dicuba 🤭😅 Nasib baik lalu area airport, ada starbucks drive thru. Malas nak beratur disebabkan kes harian covid di Penang tinggi. Harga RM 21.75, mahal jugak la untuk rasa macam aiskrim.





Untuk bulan ni, ada 3 flavour. Rasa air ni lebih kurang aiskrim Nestle Neapolitan bersama topping sos coklat dan kepingan waffle. Yang pernah makan aiskrim, akan tahu. 







Yang belum cuba boleh terjah Starbucks tapi make sure jaga SOP dan jaga diri.


25 Aug 2021

Pin Google Adsense Sampai

Assalamualaikum Readers


Pin Google Adsense Sampai | Lamanya tak buka blog, banyak benda yang berlaku dalam 2 minggu lepas. Balik rumah mak, dapat surat dari GA. Nak dekat sebulan tunggu surat sampai. Alhamdulillah rezeki dari France ke Penang 😅




Semoga mood berblogging terus mengalir gitu. Sayang nak tinggal begitu saja. Bila ada anak ni memang masa tu tak ada. Nanti Nina bw kalau ada masa okay. 


10 Aug 2021

Pokka Premium Kopi Susu Vanilla

 Assalamualaikum Readers


Pokka Premium Kopi Susu Vanilla | Kalau dah nama benda free, semua flavour nak cuba 😂😂 peminat kopi light boleh cuba perisa ini sebab sedap bagi Nina.




Pokka Premium Kopi Susu Vanilla ini bila dah goncang, terus minum terasa kopi susu dan vanilla walaupun tak kuat tapi tetap ada. Kalau minum sejuk pun sedap. 


Hari-hari minum kopi pokka tak adalah risau sangat malam tak dapat tidur. Kalau kaw rasanya tak minum la. Yang best bau aroma air kopi susunya. Sekajap saja dah habis.


7 Aug 2021

McDonalds Apple Crumble Cheesecake

 Assalamualaikum Readers


McDonalds Apple Crumble Cheesecake | Bila hubby masuk gaji, siapa lagi nak habiskan duit kalau bukan isteri 🤪🤣 Selalunya kalau behave dan mendengar kata, hubby pasti akan belanja apa saja. Alhamdulillah tak berkira. 


NEW McDonald’s Apple Crumble Cheesecake - RM 9.42


Lapisan keju dan buah epal di bawah


Untuk bulan ni borong beli 2 kek perisa baru yang McD keluarkan. Tamaknya hang Nina oii 😂 Cheat day sekali sekala. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu kek-kek dari McD semuanya dari Secret Recipe. 


Sedap kombinasi isi buah epal dan keju


Kek apple crumble cheesecake ni sedap dan sesuai untuk peminat keju dan buah apple. Sedap kombinasinya, rasa lemak keju dan manis buah epal merah. Bila kunyah rasa crunchy isi epal. Tak terlalu manis. Kalau singgah McD jangan lupa order kek ni.


6 Aug 2021

Temujanji Vaksin Ditunda

 Assalamualaikum Readers


Temujanji Vaksin Ditunda | Rezeki dapat vaksin under company tapi apakan daya terpaksa hold disebabkan Nina vaksin thypoid masih perlu tunggu untuk seminggu lagi baru boleh vaksin covid pula 🤣 


Bangunan lain terpaksa drive

Alhamdulillah, harap tak ada simptom pelik


Tengahari tadi HR call suruh check MySejahtera. Baru 2 hari lepas bagi details dah dapat. Kalau tunggu kerajaan punya mereput sampai ke sudah. 


B Braun ni banyak plant dan besar, boleh kurus sebab banyak berjalan

Smooth dan tak ramai. Terjumpa sepupu Nina (tudung merah), gamak suruh cucuk di bontot 🤣

Dapat face shield free


Semoga urusan Nina dipermudahkan minggu depan. Nerves nak cucuk Pfizer 🥴🤣

3 Aug 2021

Resepi Udang Masak Kicap Pekat

 Assalamualaikum Readers


Resepi Udang Masak Kicap Pekat | Semenjak kerja ni nak update blog pun tak sempat. Serius! Nak taip pun malas tapi gagah jugak. Ini antara menu yang mudah nak masak boleh gantikan dengan ayam.





Kalau kuah tak pedas memang rasa tak sedap. Antara menu kesukaan hubby sebab boleh makan nasi macam nasj kandar. Duduk rumah boleh cuba masak nanti.   





Bahanr-bahan :


10 ekor udang besar

3 ulas bawang putih & merah (ditumbuk)

Setengah inci halia (ditumbuk)

3 sudu cili boh

2 sudu sos cili

3 sudu sos tiram

2 sudu kicap manis

Garam & gula secukupnya


Caranya :


1. Tumis bawang dan halia sehingga wangi.


2. Masukkan cili boh, masak sehingga pecah minyak


3. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap manis.


4. Masukkan gula dan garam, akhir sekali masukkan udang & bawang besar (hiasan). Siap untuk dihidangkan.


1 Aug 2021

Pokka Premium Mocha Sedap

 Assalamualaikum Readers


Pokka Premium Mocha Sedap | Lalu lalang depan cafeteria ternampak air tin Pokka ni ada macam-macam jenis flavour. Terus capai yang ini sebab nampak sedap dan laku keras. Dapat free tu yang best! 😬



Pokka Premium Mocha ini selain susu, rupanya sedap juga kopinya. Memang light dan best minum. Sesuai perisa mocha untuk orang yang tak berapa suka kopi pekat. Nanti nak cuba cappuccino pulak.

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com