27 Feb 2021

Daftar Shopee Mum's Club Untuk Diskaun

 Assalamulaikum Readers


Daftar Shopee Mum's Club Untuk Diskaun | Sepanjang pregnant ni alhamdulillah dipermudahkan Allah. Start beli barang-barang baby masuk 5 bulan. Beli sikit-sikit tak rasa sangat duit terbang 😂😂 Hakikatnya beratus, nanti-nanti la buat belanjawan beranak 2021. Hanya a few barang beli di Parkson, yang lain beli di Shopee masa sale 11.11, 12.12 dan disponsor oleh nenek-nenek. Shopping untuk cucu sulung kedua-dua belah keluarga 😍 Berisiko kalau keluar ke mall. 






Semoga ibu-ibu yang positive covid dan meninggal di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Stay strong mommies di luar sana yang pregnant baby PKP ni. Kawan Nina yang suggest suruh daftar Shopee Mum's Club ni sebab dia pun dah selamat beranak bulan lepas. Sama-sama share pendapat dan kami berdua baru 1st time mengandung.



Dah jadi ahli boleh shopping tanpa rasa terbeban. Yelah barang baby bukannya murah especially brand Philips Avent original. Tiruan pun banyak, kena pandai cari dan rajin baca review. Harap entri ni dapat bagi info. Banyak lagi nak share 😉


26 Feb 2021

Whittakers Tip Top Butterscotch Popcorn Ice Cream

 Assalamualaikum Readers


Whittakers Tip Top Butterscotch Popcorn Ice Cream| Untuk bulan ni, hanya grab 2 aiskrim di Family Mart termasuk Pineapple Tart Sofuto . Baru perasan selama ni aiskrim Whittaker's hanya ada di FM. Lepas ni wajib tengok aiskrim apa yang dijual lagi. Hehe.. Setiap bulan ada saja menu dan produk baru yang diperkenalkan di FM untuk memikat selera orang ramai.


Aiskrim ‘Whittaker’s Tip Top’ Butterscotch Popcorn - RM 7.00++


Rasa mewah aiskrim coklat di luar bersalut butterscotch di dalam. Bila kunyah baru ada rasa popcorn. Topping rasa macam dark coklat sikit. Fall in love! 😍


Mudah bagi peminat Whittaker's, jenama terkenal dari Auckland, New Zealand nak rasa kesemua flavour yang ada. Aiskrim yang menepati cita rasa peminat coklat premium datang dengan 2 perisa iaitu Roasted Almond & Butterscotch Popcorn. Kesemua produk tak mengandungi perisa dan warna tambahan.


Butter caramel ripple folded through creamy Tip Top butterscotch flavoured ice cream, with Whittaker's 33% Cocoa Creamy Milk chocolate & toffee popcorn.


Rasa asli dari coklat, susu dan krim segar terbaik dari NZ pasti menarik selera. Tunggu apa lagi, ajak rombongan ke FM, sementara stok masih ada 😁😋 


Terima Kasih Blogger Sal

 Assalamualaikum Readers


Terima kasih Blogger Sal yang susah-susah pos hadiah giveaway nun jauh dari KL dan berkomplot dengan Blogger Anies 😂😂 Cerita mek Nis tu sambung entri lain. Sabtu lepas, alhamdulillah selamat mendarat parcel di rumah MIL, punggung pun tak panas lagi dah Poslaju hon depan rumah. Memang dah agak parcel Sal yang sampai bukan parcel orang lain. Dalam rumah tu kaki shopping on9 ada 4 orang tak termasuk Nina 😎


Terima Kasih Blogger Sal, menarik hadiahnya

Mouse pad + Keychain Aussie & Indonesia + FM Korea & Aussie


Tersenarai antara 15 orang pemenang GA pertama yang Sal anjurkan. Alhamdulillah meriah. Tahniah buat semua pemenang. Semoga murah rezeki Sal dan rajin-rajinkan lah BW ke blognya. Banyak kisah yang menarik untuk dilihat dibaca. 


25 Feb 2021

TeaLive Strawberry Pudding Smoothies Sedap!

 Assalamualaikum Readers


TeaLive Strawberry Pudding Smoothies Sedap! | Belum masuk waktu lunch, SIL bongsu dah whatsapp suruh datang rumah nak order TeaLive, rupanya abah balik dari office sambil tengok saham dia nak belanja kitaorang. Time cuaca panas ni memang nikmat sangat dapat minum benda-benda sejuk, tak kisah air apa pun.


TeaLive Strawberry Pudding Smoothies

Dah sedut separuh baru nak snap gambar

Berhantu biskut ni, memang sedap!


Menu baru di TeaLive


Kalau order TeaLive, flavour Strawberry Pudding Smoothies memang jadi pilihan, sedap sangat pudding mixed dengan strawberi, suka rasa masam manis tu. Kami try juga biskut coklat hazelnut. Not bad! Sedap dan ranggup, bila gigit rasa krim coklat hazelnut tu umphh. Sekejap saja dah habis mengunyah. Yang tak suka kekacang memang takkan kata sedap. Try lah!  

Terima Kasih Blogger Anies!

Assalamualaikum Readers


Seorang hamba Allah bernama Khairani, dia memang suka buat surprise! Untuk tahun ni advance sikit sebab termasuk sekali dalam parcel Blogger Sal. Whatsapp saja penghubung kami, dalam fon nak mengarut banyak mana pun tak ada orang tahu. Harap habis PKP meh turun Penang, makan-makan sambil ternak lemak macam sebelum-sebelum ni.


So sweet. Cara bungkus pun sweet angat! Sampai MIL tanya "sapa hantaq parcel siap ada kotak?" Hahaha

FM Vietnam + Key chain Sabah + 2 botol Evian (macam tahu-tahu, confirm kena sorok nanti habis hubby guna 😂)


Jangan lupa jenjalan blog si kembar berdua ni (Sal & Anies). Korang pasti terhibur dengan ayat-ayat bersahaja, yang pasti bukan ayat-ayat cinta. Ehh tiber 😚 

24 Feb 2021

Mama Belanja Makan Secret Recipe

 Assalamualaikum Readers


Mama Belanja Makan Secret Recipe | Ahad lepas MIL ajak keluar menternak lemak bersama mak tok dan SIL bongsu. Alang-alang tu terus ke bank ambil duit pencen mak tok. Dari Gelugor ke Bayan Baru tak ada roadblock polis walaupun dah lebih dari radius 10km. Alhamdulillah.. bukan nak meronda tanpa hala tuju pun. Biasalah orang tua, dah sebulan tak keluar rumah kesian asyik mengadu bosan, itu yang bawa keluar.


Hokkaido Triple Cheese Chocolate

Pilihan Nina - nasi goreng ayam ranggup (menu baru) . Portion nasi banyak dan sambal sedap

Pilihan SIL - Prawn Macaroni with Cheese, sedap dan kena habiskan sebelum sejuk. Nanti muak

Pilihan MIL - Japanese Curry Rice (menu baru) . Untuk mak tok order fish & chips saja (makan sikit saja)


Balik terus ke Secret Recipe area rumah sebab selepas makan nak ke Tesco beli barang dapur. Nasib masa sampai masih ada meja untuk kami ber 4. Satu meja untuk 2 orang. Nina dan MIL cuba menu baru di SR, sementara tunggu makanan dapatlah makan sepotong kek. Rezeki mak yong yang nak tu tinggal 1 slice 😂😃 Sambil tu dapat dorang rasa kek yang Nina suggest untuk birthday mak tok bulan depan. Banyak juga flavour Nina suka tapi takda sebab PKP, susah nak dapat stok bahan kata staf.


Jangan lepaskan peluang cuba menu-menu di Secret Recepi. Ada banyak promosi untuk bulan ini. Semua tempting! 😍😍 Boleh tengok promo di bawah 👇👇



Klik untuk tumbesaran

23 Feb 2021

Homestay Best Di Arte S Residences, Gelugor, Penang

 Assalamualaikum Readers


Homestay Best Di Arte S Residences, Gelugor, Penang | Entri peram dari tahun 2019 😂😂 Seminggu lepas majlis tunang Nina, MIL suggest vacay nak bincang majlis kawen nanti bla bla sambil riadah hujung minggu. Nina tanya sorang kawan blogger dan dia suggest stay sini sebab best! Ada private lift terus ke setiap kondo 😍 Cari dalam Airbnb ada satu dengan harga berpatutan. 2D1N hanya RM 200 (after discount).


 Arte S Residences


Mudah macam ni

Stay di 26th floor

Kami di Block B


Tak dibenarkan buat BBQ


Jakuzi tak cuci. Air kotor

Boleh nampak view padang kawad USM

Tempat melepak


Arte S ni dekat pintu masuk utama USM (area Bukit Gambir). Bukan di Batu Uban tau. Ada 3 gate USM ni. Dulu sebelum PKP kerap masuk. Habis PKP, kes rendah dan boleh rentas negeri, kalau nak bercuti boleh menginap di sini. Di tepi kondo bersepah kedai makan pak arab, melayu, nasi kandar boleh pilih. Dalam USM pun ada western cafe.


Hall


Sebelah kiri pintu masuk. Set memasak lengkap



Lepas buat payment, akan dapat email serta step-by-step nak masuk ke kondo. Hanya 1 parking di basement untuk setiap rumah. Dah ambil access card di peti surat, boleh ambil kereta masuk, guard friendly sebab mostly owner kondo Arte S banyak buat homestay. Menjadi spot parents untuk menginap lepas daftar anak di USM, dekat dengan Petronas, 7E.



Bilik utama siap bilik air


Bilik air di bilik utama luas sangat dan bersih. Pintu jenis sliding door

Nina sorang saja boleh naik unicorn (bawa sendiri), 3 lagi adik ipar tak boleh naik sebab berat

Dalam cermin tu gym, pool ke 3 tu boleh kayuh basikal dalam air. Menarik!

Dah check out boleh masukkan access card dalam peti surat semula

Semua peti guna password. Tiada lagi kunci


Kemudahan di Arte S :


  • Pool bertingkat (dewasa & kanak-kanak)
  • Gym
  • Jakuzi
  • Private Lift
  • 3 Bilik (muat 8 orang)
  • WiFi
  • Parking
  • Setiap bilik ada aircond & kipas
  • Iron & iron board
  • 2 bilik air include water heater
  • Set memasak yang lengkap (hanya perlu bawa bahan memasak)
  • Pastikan sebelum check out semua barang dalam keadaan baik dan sampah sarah dibuang ke dalam bilik sampah. Kalau tak owner akan caj.


Arte S Suite Penang

3-P1, 2, Jalan Bukit Gambir, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
(book thru Airbnb)


Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com