28 Jul 2012

Happy 23th Anniversary


290789
Hari mereka berkahwin
Hari berganti hari
Minggu berganti minggu
Bulan berganti bulan kekal sehingga kini..
Alhamdulillah :)


Orang tak lama lagi nak pakai baju raya, aku pakai cheongsam


29 Julai 2012, genap usia perkahwinan mak dan bapa yang ke 23 tahun. Dah 2 dekad lebih. Selama 23 tahun jugalah mereka tak pernah menyambut hari ulang tahun perkahwinan, mungkin kerana kesibukan tidak memberi ruang untuk menyambut. Kadang2 mereka lebih suka keluar berdua naik moto. Kalau aku cuti sem mereka akan tinggal aku sorang2 kat rumah. Ish kesiannya. Haha.


Setiap tahun aku orang pertama yang wish walaupun aku still lagi tak mampu nak beli kek guna duit sendiri. In Sha Allah, kalau dah kerja nanti aku bawak pi makan terus. Biasanya mak lebih suka KFC, bapa pulak McD.. Amboi last2 aku makan di kedai mamak. Nampaknya memang takda chemistry disitu? 


Walaupun mereka suka bergaduh tapi kekal hingga kini kerana jodoh itu tetap ada dan juga masing2 akan mengalah. Well, dulu aku risau kalau2 mereka bercerai. Aku tak nak jadi macam keluarga yang cerai-berai last2 anak yang jadi mangsa. Bukan bermaksud nak cakap untuk sesiapa. Bila dah besar, mak selalu pesan supaya jadi wanita yang tabah dan banyakkan bersabar bila berkahwin nanti. Bila dengar macam tu aku rasa seram, meremang bulu roma den. Aku sayang mereka berdua sangat2.


Sedihnya aku tak dapat balik rumah minggu ni, tak dapat nak buat surprise. Entry ini takda kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah tiada. Sekian


p/s: saya anak bapa, bibir dgn mata ikut sebijik macam mak saya. Hehe


6 Jul 2012

Sajak Putus Cinta


Pretend that I'm okay


Ketika ini hatiku tidak lagi setenteram dahulu
Ketika hari pertama menjejakkan kaki di kolej, kau dan aku berbaju sedondon
Ketika itu kau mengeluarkan kata2 perlian kepadaku, aku masih lg bersabar
Ketika itu aku menyesal memakai baju yg membuatkan kawan2 mengusik aku
Ketika pertama kali diberitahu aku akan bertemu kau lagi
Ketika rakan2 heboh memberitahu aku dan kau akan sekelas lagi
Ketika itu aku rasa mahu termuntah bila mereka mengatakan kita ada jodoh
Ketika itu aku tidak pernah masuk ke kelas
Kerana aku tak bersedia untuk memandang muka kau


Dulu kau yang aku sayangi
Dulu kau yang aku cintai
Dulu kau menceriakan hidup aku
Dulu kau segala-galanya bagi aku
Dulu kau selalu menemani aku
Dan akhirnya kau juga lah yg musnahkannya


Kini aku terlalu membenci kau
Kini hati aku semakin membengkak
Kini aku masih lg tak dapat memaafkan kau
Kini dan dulu kau selalu menyakiti hati aku
Sehingga kini aku masih tak tahu kenapa kau sakitkan hati aku..untuk apa?
Sudah terlalu lama aku bersabar dengan segala macam kerenah kau


Sudah kerana aku tidak ada perasaan sayang lagi pada kau
Sudah setahun lebih kau dan aku putus
Sudah buang segala perangai gedik kau
Kerana aku jelik melihatnya


Mungkin ini sudah ditakdirkan oleh Allah
Mungkin ini sem yang terakhir untuk melihat kau
Mungkin selepas ini kau dan aku tak akan bertemu lagi
Mungkin selepas ini aku dapat memaafkan kau
Mungkin ini ujian bagi aku supaya lebih banyak bersabar


Paling aku tak menyangka
Bila kau bertanyakan tentang aku kepada teman serumah aku
Bila kau masih lagi mengambil tahu hal peribadi aku
Bila setiap kali aku berada dimana2 kau juga ada disitu
Membuatkan aku terkedu...


Jauh disudut hatiku ingin sekali kita berkawan
Ingin sekali gelak ketawa dengan gurauan kau yang dulu
Apakan daya kita sepeti orang asing


Walau apapun hakikat ia tak dapat diubah, kau dulu pernah menjadi kekasih aku
Kau juga yang memberi cinta tapi kini segalanya menjadi kenangan buat diriku Aku tahu hati kau baik cuma dengan aku saja. Mungkin bukan kerana hasutan orang ketiga, kau dan aku masih lagi berkawan.. Ini cuma coretan, bukan bermaksud mahu memburukkan sesiapa. Tetiba jiwang pula, Haduh duh duh


p/s: Lagu Kotak - pelan2 saja memberi kekuatan untuk aku melupakan kau Azrie... Cewahh sedih jugak kot 


4 Jul 2012

Happy Birthday To Me




Alhamdulillah...
hari ni bertarikh 4 Julai 2012 genap la 22 tahun
Semoga dipanjangkan umur dan dipermurahkan rezeki.. Aminn
Bila dah bertambah umur, perangai pun kena matang dan ingin berubah ke arah yang lebih baik
Tahun ni tiada kejutan membaling tepung dan telur macam tahun2 lepas
Tahun ni pertama kali sambut bersama family sejak pergi sambung belajar
Dengan usia yang masih muda banyak lagi impian yang belum tercapai dan perlu fikirkan masa depan


Terima kasih banyak2 kepada semua yang wish, banyak betol
Tak kira kat Facebook, Twitter dan Phone.. Terharu sangat2
Tak sangka ada jugak kejutan walaupun aku tak harapkan apa2
Tengs to mak sebab berjaya buat kek masa aku tengah tidoq petang tadi
Terima kasih sangat2 kepada orang yang bagi hadiah walaupun hadiah kat Ipoh sedangkan aku di Penang.
Semoga hidup mereka ceria selalu :)

Copyright © cik sukα taip Designed by azhafizah.com